Wednesday, June 16, 2010

♥ mencintai Vs dicintai ♥

salam semua...
selamat hari khamis....
yay!!!hari ni berukband naik kereta api tepat masa lah..
so,awal la kuar entry..heheh..
ok2..stop lompat2 cam munyet..
kita sambung bebelan mashimaro pule..

hari ni mashimaro dalam mood cintan cintun..
jadinyer..die mahu bebel pasal cintan cintun lah..
dah baca tajuk lum ni???
hehehe..
ok..tajuk bebelan mencintai vs dicintai..
mahu bincang pasal ape??
mahu bebel about keburukan dan kebaikannya...

jom check it out!!!!


 KAMU TERLALU MENCINTAI....

KEBAIKAN
♥cinta sepenuh hati,tak berbelah bahagi bukan juga darab berganda..
♥menghargai cinta itu...
♥sentiasa berusaha untuk semarakkan lagi cinta yang ada.
♥sentiasa bersedia untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik demi pasangan anda
♥tidak akan sekalipun percaya dengan kata2 fitnah dan khabar angin tentang pasangan kamu,selagi belum bertanya kepadanya.
♥tak pernah jemu untuk mengenali pasangan anda lebih lanjut.
♥tidak pernah jemu mendoakan kebahagiaan orang yang kamu cinta walaupun si dia bukan milik kamu..

KEBURUKAN
♥perlukan kesabran yang sangat tinggi
♥kadangkala memerangkap diri sendiri akibat terlalu mempercayai
♥kadangkala jadi buta walaupun nampak pasangan berlaku curang
♥terlalu mencintai sehingga ada yang sanggup mengorbankan dan merosakkan diri sendiri..
♥terlalu sayang si dia sehingga kamu mengabaikan perasaan orang yang lain seperti ahli keluarga dan rakan2..
♥hidup kamu hanya untuk dia dan seandainya die tiada,kamu akan terus mati wlalaupun anda masih bernyawa.

KAMU TERLALU DICINTAI....

KEBAIKAN
♥kamu akan sentiasa rasa selamat,kerana si dia akan tetap bersama kamu walau dalam apa jua situasi.
♥apa sahaja keinginan anda bakal dilaksanakan
♥hati anda akan sentiasa dijaga dan die tidak akan sesekali membuat kamu sedih
♥si dia akan menyayangi orang disekeliling anda terutama ibu bapa dan keluarga anda
♥tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kamu.
♥tidak pernah berahsia dengan kamu..

KEBURUKAN
♥ si dia akan sangat cemburu orangnya.
♥kamu akan mula berasa rimas kerana si dia terlalu mengawal pergerakan kamu.
♥ jiwa terlalu sensitif a.k.a senang merajuk
♥kamu akan menjadi terlalu manja kerana semua permintaan kamu dipenuhi
♥kamu tidak menghargai kehadirannya kerana kamu fikir si dia akan tetap disamping anda.
♥kamu selalu mengambil kesempatan..

okeyh..
dah tamat sesi bebel..
tapi sebelum tu,
ada madah nak kongsi..
madah ni diambil dari REMAJA..

"Jangan Menerima Cinta Seseorang Kerana Kepentingan Diri atau Terpaksa.Terima dengan ikhlas seperti mana si dia mencintaimu. Manakala, mencintai juga jangan terlalu melebihi batas sehingga melebihi cinta pada diri sendiri. Apa sahaja dilakukan dalam kehidupan perlu seimbang termasuklah BERCINTA"

10 tip kreatif berjimat...

salam hari rabu..
semoga semua ceria selalu okeyh!!
jangan tension2..senyum jer tau..



okeyh..
ini entry untuk hari ni..
lambat sikit harini..
berukband tertinggal keretapi..huhuhu...

so,hari ni,mm nak share dengan anda semua tentang..

10 tips berjimat dengan kreatif..
ape itu??
jomlah kita tengok...



1. BUAT bajet untuk diri sendiri @keluarga bagi yang dah berumahtangga.
-fokus pada barang KEPERLUAN KELUARGA terlebih dahulu

2.MASAK sendiri dan KURANGKAN makan di luar
-ini dapat 2 kebaikan iaitu dapat jimat duit dan dpat eratkan hubungan kekeluargaan bila dah kecoh-kecoh ramai masak kat dapur..best woo....

3.bawa BEKAL ke pejabat.
-heh,yang nih macam agak old school sikit,tapi ok what,dapat rase masakan sendiri.
yang nak diet,boleh control minyak,lemak and so ever kan??

4.Kongsi kereta
-ha.yang ni sangat patut diamalkan terutamanya di KL,yelah,kalau semua naik kereta sendiri,makin banyak la kereta kat KL kan..makinlah jammed jalan KL...

5.Jimat air,gas dan elektrik
-yang ni semua orang pun tahu,tayah cakap banyak2 lah..

6. Tanam sayuran di sekeliling rumah
-em,yang ni my family buat,kitorang ade kebun kecik,tanam serai,tanam pisang,tanam limau purut,tanam daun kesum,tanam ubi kayu,eh banyak plak..tapi pendek kata memang untung,dapat jimat and ditanggung bersih dari racun perosak.

7.Elak bawa anak semasa bershoping.
-hehehe..ini tidaklah selalu yer..sian anak2 kalau asyik kena tinggalkan..sekali2 bawalah mereka.tapi elakkan ni sebab,kalau anak2 anda ade,segala macam benda diorang masukkan dalam troli anda tu nanti..yang pening,ANDA.

8.Beli barang secara pukal.
-untuk elak dari beli ape yang tidak terdapat dalam senarai.untuk bahan2 seperti ayam,ikan,sayur,belilah stok seminggu..

9. SURVEY dahulu
-yang ni mm penah gtau dulu kot..kalau nak beli sesuatu barang,make sure anda survey dulu untuk beberapa jenama yang ada ,then baru decide.


10.Jangan terlalu pikirkan JENAMA.
-okey,jangan pening yer,kat atas kata tengok jenama yang ni kata jangan tengok jenama.
bukan begitu yer,maksudnya,kalau anda dah bandingkan 2 jenama,then yang satu tu jenama memang dikenali lah kan yang lagi satu kurang terkenal sedikit,jangan anda fikirkan jenama tu,tengok pada harga dan kualitinya.

okeyh..dah penat dah bebel,harap2 tips ni berguna untuk semua...
KITA PENGGUNA bijak..jadi buat KEPUTUSAN dengan bijak.

Monday, June 14, 2010

LELAKI...sebelum dan selepas...

salam semua..
selamat hari selasa@tuesday..
huhu..bebel lagi si mashimaro nih hari nih...

hari ni..topik yang nak bebel nih..
lelaki..sebelum dan selepas..
okey..ini bukan pasal lelaki yang dulunya boyfren anda sekarang jadi suami anda,
tapi pasal lelaki yang dinamakan kawan anda...
camne die layan kawan die,selepas dan sebelum mereka ada awek.
+ 
camane kalau lelaki yang dulunya kawan anda kini bergelar boyfren anda..
sebelum dan selepas die jadi boyfren anda...

jadi mari TERJAH!!!

KES 1:kawan lelaki rapat anda sebelum dan selepas...
scene 1
SEBELUM:
"kaulah kawan aku dunia akhirat weh,semua problem aku pun aku cite kat kau"

SELEPAS:
"ko pehal nak amik tahu hal aku nih???mak aku pun tak tanya la weh"

scene 2
SEBELUM:
"Lan(bukan nama sebenar) aku ade problem la weh..tolong aku boleyh???"
jawapan die
"no hal la membe..ko nak aku tolong ape??"

SELEPAS:
"Lan(bukan nama sebenar) aku ade problem la weh..tolong aku boleyh???"
jawapan die...
"ko tak nampak ke aku bz ni weh??mintak tolong orang lain lah"

scene 3
SEBELUM:
"weh,ko rase aku hensem tak???"(lelaki ni tanya)
dan bile si kawan jawab
"hensem apenyer...muka cam orang tak siap"
action die setakat pukul bahu jer...

SELEPAS:
"weh,ko rase aku hensem tak???"(lelaki ni tanya)
dan bile si kawan jawab
"hensem apenyer...muka cam orang tak siap"
action die:
kalau kawan tu lelaki: mahu bertumbuk
kalau kawan tu perempuan: hak ala..macam la ko tu cantik sgt..aci jual nasi lemak lagi cantik la weh!!!

KES 2: KAWAN LELAKI JADI BOYFREN(utk perempuan)

scene 1
SEBELUM:
L:aku janji,kalau hubungan kita ni tak menjadi,kita still akan jadi kawan rapat macam dulu

SELEPAS:
L:ko sape aku tak kenal la..sori..

scene 2
SEBELUM:
L:aku seronok dapat kawan ngan ko selama ni,tambah seronok sebab kita dah couple..

SELEPAS:
L:ko ingat aku suka sangat ke nak kawan ngan ko???

emph,ok..dah habis bebel..
anda rase betul tak perkara ini terjadi??
mm pernah mengalami kes 1
kes 2 hanya dalam pengamatan..
anda rasa bagaimana??





4 cara mudah buat kawan baru....

salam semua...
entry kedua untuk hari ni...
mm mahu cerite sikit tentang...
bagaimana mahu "buat" kawan...
dengan kata lain,mulakan sesi perkenalan dengan kawan baru..

ade 4 cara mudah..

1st step: senyum dan senyum dan senyum
ok..rasernyer,ini sangat berguna untuk someone yang baru masuk kerja di tempat baru ataupun kepada adik2 yang bakal masuk u tak lama lagi..boleh la try guna cara ni yer...
bile nampak orang,bagi senyuman,tapi jangan plak senyum sorang2..nanti orang hantar tanjung rambutan...

2nd step:jadi orang pertama yang bercakap
okeylah..of cos la anda yang kena mulakan kalau anda mahu "buat" kawan..
jangan duk main jeling2 manja je..
sampai bile la anda tak berawan kalau duk asyik jeling manja camtu..
awas,anda bukan dalam filem hindustan ok!!

3rd step: mesrakan lagi perbualan anda..
tapi jangan sampai orang tu jadi malas nak layan pulak...
kemukakan isu2 yang agak2 anda dan die boleh berborak sampai tak hingat dunia..
like kamu berdua dah bertahun2 kenal..

4th step: sila berhenti 
yup!!sila berhenti yer kalau agak2 orang kat sebelah tu dah merah telinga dia dengar kamu bercakap..
kang hade yang jadi kes kena baling batu sebab banyak sangat bercakap..


that's it!!
so,selamat mencuba!!!
gambar :kredit to google la..~~

Sunday, June 13, 2010

rejab datang lagi~~~

salam semua...
selamat hari isnin..
semoga minggu baru ni dimulakan dengan ceria okeyh???

"muharram safar rabiulawal rabiulakhir jamadilawal jamadilakhir REJAB syaaban ramadhan syawal zulkaedah zulhijjah."(okey..sila nyanyi yer)

nampak tak ape yang dihighlight???
yup..it's rejab..
bulan ke 7 dalam bulan ISLAM..
sekejap je kan masa berlalu..
sedar tak sedar,dah nak masuk ramadhan tak lama lagi~~
yang ade hutang puasa,dah bayar belum??
kalau belum,cepat2la langsaikan yer..

okeyh..
hari ni..mm nak share ape yang mm dapat kat ILUVISLAM
tentang bulan rejab..
definisi rejab adalah kemuliaan atau kebesaran,
dan masyarakat jahiliah pada zaman rasulullah telah mengharamkan sebarang peperangan dalam bulan ini kerana mereka menghormati bulan ini.

antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan rejab adalah:
1.berlakunya penghijrahan pertama iaitu penghijrahan ke HABSYAH(Ethiopia)
-hijrah ini terjadi bertujuan untuk menyelamatkan iman dan keselamtan diri disamping mencari tapak baru untuk meluaskan lagi AGAMA ISLAM.

2.berlakunya ISRA' DAN MIKRAJ.
-iaitu peristiwa dimana RASULULLAH s.a.w diangkat kelangit oleh ALLAH s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu yang kita kerjakan sekarang.

3.berlakunya PERANG TABUK
-Tabuk merupakan nama tempat dimana tercetusnya peperangan ini.tetapi tentera ROM telah pun menarik diri sebelum perang tercetus kerana, gerun dengan kekuatan askar ISLAM yang terdiri daripada 30,000 orang.

4.pembebasan BAITUL MAQDIS
-selepas penaklukan 60 tahun oleh pihak KRISTIAN,Salehudin al ayubi berjaya melepaskan baitul maqdis dari taklukan mereka.

5.lahirnya IMAM SYAFIE RH.

dan dari segi amalan...
yang mm tahu..
puasa pada 1 rejab amat besar ganjarannya...

okeyh..
itu jer yang mm nak kongsi..
mm harap sangat..REJAB ini lebih baik dari Rejab yang lepas bagi diri mm..


selamat menyambut 1 rejab buat semua...

mari bantu mereka....

salam semua...
ni entry kedua untuk hari ni...

dah dua hari berturut2 mm dapat msg kat inbox fb..
ye2,tau..ape korang kisah kan kalau mm dpat msg pon???

alkisahnya..
mm dapat dari brader ben ashaari..
selaku admins utk kelab blogger dekat fb(sape nak join sila klik)

so kat sini..mm compile dua msg ni sekali..
1st one..
isu yang sedang hangat diperkatakan kat seluruh dunia..
isu membantu rakyat gaza di palestin..
mm tanak terang banyak2..
tengok gambar di bwah..
dan andai kata anda rasa anda mampu beli topup 10 ringgit..
takkan ini anda tak mampu???
nak tahu lebih lanjut??
klik gambar

dan yang ke-2..
dalam kita seluruh rakyat malaysia sibuk membantu rakyat gaza,
ada antara pelajar MALAYSIA di INDIA sedang mengalami musibah...
oleh itu,mm just mahu war2kan disini...
untuk tahu lebih lanjut cerita tentang musibah 
yang melanda saudara kita ni..
jom baca kisah dia..
tepuk dada tnya hati setelah membacanya..

Saturday, June 12, 2010

[episod 1] sesi TERJAHAN mm bersama BLOG AYIE SHARING

salam semua...
selamat hari ahad..
selamat cuti..selmat hujung minggu..
semoga anda ceria di hari minggu..

okeyh..dah tengok tajuk kan??
itu maknanya,mm tak perlu gali lubang kubur untuk hasrat mm..
dan sekrang..mm dah ade peserta pertama...

a big thanx to ayie..
sebab support sesi terjahan blog mm nih..
b4 kita panjang2..jom kita tengok sikit rupe blog ayie ni..



tekan kat gmbar..untuk pergi ke blog beliau..
dan dibawah ni adalah kandungan entry beliau....

"Untuk pengetahuan Mashimaro saya menulis di blog adalah pada January 2009.Pada tahun tersebut, gaya penulisan saya sehingga sekarang sudah banyak berubah.Mengapa?

Jikalau dahulu, saya menulis entri-entri diblog hanyalah suka-suka.Tidak pentingkan kemahuan pengunjung-pengunjung blog saya.Tetapi pada kali ini, saya menulis di blog bukanlah hanya disebabkan suka-suka.Tetapi adalah ingin berkongsi dengan dunia luar tentang luahan ayie terhadap sekeliling.

Adakah sifat ini menunjuk-nunjuk?
Jikalau kita ingin sesuatu perkara yang orang lain tidak tahu, adakah mereka tidak akan mengambilnya?Perkongsian adalah penting didalam hidup kita.

Selain itu, untuk pengetahuan 
Mashimaro, blog ayie ini bukanlah mempunyai software-software sahaja.Ayie selalu berkongsi dengan pembaca-pembaca blog ayie tentang hal-hal agama islam

Agama islam?
Bukan ke mereka sudah tahu?Ya betul mereka sudah tahu.Tetapi hidup sebagai manusia, kita kena la beritahu mereka setiap hari.Nasihat mereka setiap hari kerana manusia merupakan makhluk ALLAH yang cepat lupa.

Mengapa blog saya ini tidak ada shoutmix, cbox dan lain-lain?
Kerana saya tidak mahu ada lalat datang hinggap disini.Saya mahu blogger lain membaca dan beri komen terhadap entri-entri yang saya tulis.

Jikalau ada masalah,formspring saya sudah adakan di blog ini."

emm..sekarang..tiba masa untuk mm pulak cakap kat ayie someting...

komen mm tentang blog ayie:(tak berani nak komen banyak2 as u are a great blogger)
1. layout blog yang sangat amat simple,nice to see..
2.blog ayie ringan,so,orang sangat suka mahu masuk
3. blog yang berinformasi dan sangat padat dengan tutorial.
4.pada pandangan mm lah,blog ayie juga patut ade shoutmix atau chatbox,mungkin betul ade lalat yang menghinggap,tapi still we can make friends kan.ini pendapat mm tau..
4. mm like ur blog lah~~...:)


so,ini lah hasil review dari mm tentang blog ayie..
 so,sape2 yang belum join tu..

have a great weekend kawan2..:)