Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

ape maksud famous??

assalamualaikum !selamat pagi!ouh ye..selamat hari isnin ye kengkawan!
FAMOUS!!!ouh..saya femes ke???kompom lah tidak kan~~hehe..so famous tu ape sebenarnya??errr…camne nak kategorikan satu-satu blog @blogger tu famous yer??
hurmmmmm..cer korang gtau sikit,camne erti blog famous @ blogger famous nih!
errrr…..sebelum tamat  jom scroll down tengok antara bloggers dan blog yang tuan belog rasa femes!picit gambar untuk ke blog mereka!okies!
image
image
image
image
image
image
-tamat-
p/s: ramai sangat blog famous nyer..takkan nak masuk semua dalam ni dok??huhu..blog bmm ni femes dok??

Wednesday, March 2, 2011

apa anda mahu??

salam semua..selamat hari khamis~eh???da khamis dah??ouh tidak..masa berlalu lagi..wuuu…hari ni pegi dutch lady.dan aku menjadi tukang demo senaman nanti!haha..cam lawak jer.tak dapat nak bayangkan..dah2..jom masuk topik harini.

apa anda mahu??ok,soalan ni untuk korang-korang semua lah,readers,bloggers dan sapa2 je la yang baca belog ni.

followers dah 1180,so nak la tanya korang-korang semua kan..ape yang korang semua nak ek pada satu2 blog tu.contoh la kan,korang follow blog se budak bebel ni,ape yang korang harapkan dari segi pebulisan sesebuah blog tu.eh lupa plak nak cakap..TERIMA KASIH DEAR FOLLOWER!SAYANG KORANG!


ye la,korang kalau nak follow pun mesti tengok jugak isi blog tu kan??err..ke tak??sebab macam diriku sendiri,bila nak follow blog tu mesti dalam fikiran ade perkara-perkara ni

1. Genre penulisan seseorang blogger .
- contoh,antara blog yang aku follow bergenre tutorial atau tips for blog, blog masakan,dan blog fesyen.

2. sapa pemilik blog tu
- hehee…aku suka nak follow blog tu andainya blogger pemilik blog tu jenis ramah ngan orang,free to share something dengan aku.huhu..

ha,tu bagi pikiran aku lah.so nak lah tnya korang,ape pendapat korang pasal blog bila mashimaro membebel ni,dan andai kata ade kekurangan cer cite camne boleh daku perbaiki!komen korang amat sangat saya hargai!

so,that’s all for now,thanx semua!adios!

p/s: tahniah ERY sebab dah berdomain!jangan lupa tau g jenguk ery kat sini www.eryfarieha.com
p/s: blog akan berpindah hosting tak lama lagi atas sebab dapat hadiah dari kak yanmie,jangan lupa jenguk k.yan di sini www.yanmieonline.com

Sunday, February 27, 2011

oh!blogger

salam semua..selamat hari isnin semua.semoga every each of you kat luar sana akan dapat menempuhi minggu ini dengan baik!

 

sebenarnya entry ini ditaip selepas membaca satu blog yang penuh kontroversi.tapi tayah la sebut nama blog tu kat sini ok.

 

erm,memang aku perasan , dunia blogging sekarang dah tak sama macam mula-mula aku masuk ke alam ni dulu,dan bila macam-macam dah jadi sekarang,aku mula rasa hilang minat untuk meneruskan aktiviti ni.

 

ye lah,sekarang dunia blog dah ade hakim-hakim yang tak bertauliah yang suka untuk menghukum orang,ada pemerhati yang bukan sekadar memerhati tapi juga kadang-kadang tanpa sedar menjadi batu api.

 

ouh entahlah!aku memang tak amik pot dengan benda-benda ni,secara jujur aku memang tak berapa berkembang tentang masalah-masalah dan kontroversi yang melanda dunia blog ni.

 

bagi aku selagi aku berblog dan tidak mengganggu kehidupan orang lain,itu sudah cukup.Jadi harapan aku tiada lah insan yang mengganggu kehidupan aku.ape pun buat blogger di luar sana,tulis dengan bijak,jangan mengganggu kehidupan dan penulisan orang lain.ingat!ape yang korang tulis,bukan untuk tatapan diri anda sorang,once dah korang update ke blog,seluruh pelusuk dunia boleh baca!

 

so BEWARE!cakap sila pandang kiri kanan depan belakang!Aku just nak cakap pada yang pernah terlibat sebagai mangsa dalam kes macam ni!korang bersabar!jangan risau,masih ada yang tahu ape disebalik blog korang,dan masih ada yang boleh menilai betul dan salahnya statement seseorang itu!

 

 

adios!

 

p/s: ini hanya pandangan dari seorang manusia bergelar blogger yang mempunyai harapan,biarlah dunia blogger ini aman dari kontroversi segala!peace!

 

p/s: kalau aku nak berenti blogging ade yang kisah tak??haha..perasan!

Monday, February 21, 2011

bloglist open!

salam semua...selamat berhari jumaat.jangan malas kerja akibat terpikir weekend yer!sekarang mahu mengumumkan belog baru yang telah kuwujudkan!
belog ini dibuka bertujuan untuk meletakkan bloglist anda-anda dan anda semua yang datang blog mashimaro lah kan!dan sesekali tuan belog ini iaitu cik mashimaro akan menghupdate blog ini dengan contest2.so sape mahu join??silalh yer kawan2!!!
sila klik gambar untuk ke bloglist mashimaro yer!bloglist
sape yang mahu join,anda perlu komen entry ini yer kawan2!kalau nak komen tekan roti kat bawah ni tau!dan sila ikut cara komen seperti berikut!
cara komen entry ini
nickname tuan belog:
nama blog & link:
kategori:
a)perempuan(belum berkahwin)
b)perempuan (sudah berkahwin)
c)lelaki
d)blog masakan dan tips
ok itu ajer!!!soon will update link2 anda semua ok!adios!
p/s:ini akan jadi sticky post sehingga 28/2/2011!

[tips] window’s live writer

salam semua..selamat hari selasa!!!weeehooooo…harini boleyh taip entry di waktu pagi as aku tade kelas harini!!!so weeeehoooooooooooo lagi sekali!haha.

okey2.dah2 la mengarut tu kan.sebenarnya hari ni nak lah aku kongsikan satu tips ngan korang.ramai dah blogger2 lama tulis pasal ni,tapi still macam ade yang tak tahu,so ape kata aku plak tolong kongsikan dengan korang semua kan??

ok,1st kenala perkenalkan ape itu WLW ni kan??

so,WLW ni,satu software yang boleyh diinstall untuk sesape yang guna windows lah kan.software ni bantu kita (blogger) untuk tidak kehilangan idea.kenapa?

1. sebab even korang tade internet connection,korang still boleyh taip entry korang dan save!

2. sebab dengan WLW korang boleh nampak keadaan sebenar post korang time korang taip entry korang tu ,contoh macam ni.

3. Dengan WLW jugak korang boleh letak watermark kat gambar korang.(w/p tak lah sespecial yg selalu org buat ade gmbar2 tu)

image

inilah keadaan time korang menaip di WLW.

okey,jadinya hari ni nak lah kasi tutorial sikit kat korang camne nak guna WLW ni.

1.sila download WLW di sini.

2.lepas dah download sila install macam biasa.

3.then ikut lah ape yang dia mintak kan..huhu..

4.kalau korang banyak blog pun,semua blog korang boleh masukkan tau..cara die macam gambar bawah ni.

image

image

ha,then akan keluar add acount,masukkan je lah link blog korang tu.

5. untuk tambah watermark pulak,korang buat macam ni.

image

image

so,itu jer yang mampu dikongsi setakat ni.enjoy ur blogging time!selamat mengexplore WLW kawan2Smile

p/s: dah habis pilihanraya datang plak kes macam2..huuu..sabar jela:(

Friday, February 18, 2011

Aku Curang!

salam semua..selamat petang.ouh semalam tade scheduled post la.sebab malas!haha..so untuk hari ni tuan belog hupdate petang pulok!
ni ape hal pulak curang2 nih..tak baik sungguh la..seharusnya kena setia kan????nak2 pada sesuatu @seseorang yang kita dah kenal lama,dah pernah bersama…
eh2!!jap2..b4 korang berfikiran negatif lalu berkata tuan belog kaki lelaki,mari tuan belog buka pekung di dada!tuan belog bukan curang dengan incik kekaseh hati ke hape lah!
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii……tuan belog curang dengan incik kekaseh hati no2 iaitu mr nuffnang…tak tahu citer??meh tengok gambar bawah ni


ha,perasan sesuatu tak??haaaaa…kalau anda bermata tajam,anda akan nampak 2 benda kat gambar ni,satu
-header baru yang tak berapa nak comel(gaya nak mintak kena puji)
-iklan(cuba tengok betul2)
ha…dan andainya mata korang super tajam,korang akan nampak kat bawah iklan tu tertulis ads by advertlets!nampak tak???
hahahhahahah..kalau nampak,anda dah dapat jawapan bagi tajuk entry di atas!
yes!!!!AKU CURANG!
adios!
p/s: curang ni sekejap je,nak tengok best tak advertlets ni,kalau rase secocok maka saya akan setia!kalau tak saya setia ngan mr nuffnang balik lah!

Monday, January 24, 2011

siput sedut dan redmummy?

assalamualaikum  semua..selamat sejahtera buat semua..ketika entry ini ditaip.otak dan hati tuan belog entah kemana.so sila abaikan kalau ade typing error ok?
siput sedut??ape yang korang tahu pasal siput sedut??haha.korang kompom tahu kan siput sedut ni makanan kan??mungkin nama die sama spesies macam siput babi,tapi siput sedut ni siput yang boleh dimakan.boleh disedut2 isinya bunyi srutttttt…keh2 bab bunyi tipu!effect je lebih~~hah,jom kasi korang terliur jap tengok gambar yang digoogle!!
TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

kah2.dah ade yang mengidam??mahu resepi?pegi tengok kat belog tuan punyer gambar iaitu sendukjebat.
eh.kejap..tetibe terperasan plak title entry ni ade nama redmummy kenapa ek??hohoho..orang kata siput sedut best kan???jadi pesanan buat semua,jangan sesedap siput sedut jer korang nak tulis ape-ape pasal redmummy hanya kerana korang dengar kat hotfm tadi ngan berita minggu semalam,sila study dulu yer sebelum menulis.eh jap!!ni bukan nak backup redmummy tau,ni just pesanan buat semua lah.sape2 yang suka tulis pasal blogger lain pun,jangan tulis ikut sedap siput sedut pelis..study dulu okeyh b4 tulis~~mind ur own words!
dah2..sebelum mashimaro yang tak berapa nak comel ni membebel lebih2.mari letak fullstop.okeyh bai!

Friday, January 7, 2011

GPlusMY..akhirnya!!

salam semua..eh,dah hari sabtu kan??sekejap je masa berlalu.so,selamat hujung minggu buat semua!!hah,di kala entry ini ditaip hati tengah gembira tambah eksaited tak terhingga.kenapa??sebab kejap lagi nak jumpa kawan baik ku sejak form 1+ member2 menengah rendah yang lain.ok eksaited tambah lagi semalam dapat email + dapat lepak ngan cikhelena,tia,anakperak,daydeck,manager kak ina+ aus.

ok.sekarang mari cerita pasal email…jom tengok sikit tajuk email tu..ngeh3..

image

ha,nampak2???wahahah..saje je nak bagi korang jeles kan??ok,jangan benci aku!!

ni lah email yang buat aku gembira tahap tak boleyh tdo malam tadi*tipu*
yes!!!akhirnya apa yang aku idam2kan selama ni dah dapat!!I like2!permulaan tahun baru yang BEST!!

nak tau macam mana nak jadi,korang boleh hantar application kepada nuffnang,tapi sebelum tu,pastikanlah yang korang ade kriteria ni.

Just to recap, in order to qualify for/retain membership to the Glitterati+ club, at least 2 out of the 3 criteria below need to be fulfilled:
- Actively blogging, have at least 5 blog post published a month
- 30% attendance rate to Nuffnang events, and to only participate in Nuffnang events
- 50% participation fate in Nuffnang contests

 

antara kelebihan GPlusMY anda akan diberi sedikit kelebihan berbanding ahli glitterati bias,dari segi event yang nuffnang anjurkan!!I like2 jugak..sebab eksaited nak kenal ramai lagi blogger kat luar tu..

so terima kasih nuffnang!!I love u lah!!

dengan ini,saya adalah ahli GPlusMY yang sah!!hooraaayyy!!!

adios!!

Saturday, December 25, 2010

kawan realiti vs maya (part 1)

salam semua..wuhuuuu..hari ni entry sangat lambat keluar yer kawan-kawan.dahla jumaat tade entry akibat kekangan masa di waktu siang + ketensionan di waktu malam.so,setelah mengeluarkan diri dari bilik petang tadi,maka tertaiplah entry ni.

akibat dari pada entry terbaru si gadis belang aka ery,maka terpikir aku hendak buat entry ini.

rakan realiti vs maya??ok,meh nak define dulu,rakan realiti tu kawan yang korang memang dah kenal dan dah pernah berjumpa face to face dengan orang tu,tak kira lah die budak tadika korang ke,jiran sejak kecik ke,yang penting korang memang dah pernah jumpa muka ke muka dengan die.kawan maya ape kejadah plak~~ok,kawan maya tu bukan maknanyer korang ade kawan nama maya,tapi kawan maya nih maknanyer korang kenal kawan korang ni melalui internet @ social network contohnya belog,facebook dan twitter.ok jangan lupa social network zaman jahiliah dulu,friendster + myspace.

ok,ape beza kawan realiti dengan kawan maya??pada aku sama jer,sebab,kawan realiti adalah kawan di alam maya anda jugak sebab??sebab,mostly rakan facebook anda adalah rakan-rakan anda sendiri kan??dan kawan maya boleh jadi kawan realiti,sebab kawan maya kita still boleh jumpa kat alam realiti,bukannya orang tu tak wujud pun kan..

so,ape kata anda??pada pendapat korang lah,ape beza kawan maya dengan kawan realiti dan ape baik dan buruknya dua2 jenis kwan ni,cuba komen sikit!!bagi sesiapa yang rasa nak jumpa kawan2 maya di belog.jom join big gathering esok di times square(dan lagi aku promote).

esok akan dihupdate rakan maya yang dah jadi rakan realiti~~ngee..

malam semua.adios!!

Monday, December 20, 2010

[review] Padinno.com

salam semua.maaf buat padin sebab entry review lambat keluar~~haha..dah la dah lama benau janji nak review blog padin ni.so padin,hari ni aku kasik review blog padinno.com nih.lepas ni jgn tuntut dengan aku ape-ape lagi..hahaha…

jadinya jangan duk melalut ke lain,mari kita tengok ape yang menarik tentang blog padinno.com nih.

nama blog: padinno.com
pemilik blog: padin
alamat blog: www.padinno.com

1.header

bab header ni memang terbaek lah padin,sebab blog padin pakai animation punye header,gerak2 tu~~mula-mula loading page,korang akan tengok header macam ni

image

then bila dah habis huruf2 tu bergerak,korang akan nampak header ini pulak

image

so,jangan terkejut ye kawan2Smile

2. dari segi loading time.ha yang ni aku malas cakap banyak lah padin.satu perkataan jer.SUPERB!hahaha..dah ok sangat dah loading time blog ko..

image

blog padinno.com ni memang sangat ringan dan akan buat korang masuk sekali nak masuk lagi.

3. entry yang menarik.bagi aku blog padinno.com merupakan salah satu blog yang memang aku takkan lepas dari masuk dalam sehari,tapi kan padin,aku malas nak komen kadang tu~~hahaha…so,nak tau antara entry menarik belog padinno.com?

image

ini,bukti pageviews untuk entry yang popular tahun ni~~yang ni aku amik dari sini

so,untuk padin,ini ajer aku boleh kasik review,dan untuk yang dah masuk bloglist ku~~seperti yang dijanjikan,setiap selasa satu2 dari anda akan direview.

-the end-

p/s: semalam pergi pratonton filem khurafat,so stay tuned,review bakal keluar dalam masa terdekat..

Thursday, December 16, 2010

pencapaian BMM

salam semua...oleh kerana tangan gatal nak taip,tapi idea kurang nak keluar,tetibe teringat joe bagi idea,buat tentang pencapaian blog kan~~so tangan terus gatal taip dan mencari sumber2 yang dipercayai sebagai bukti.

ok,entry ini bukan mahu menunjuk sebab tuan belog tahu,belog die adalah blog picisan kang takut plak ade yang cakap,blog biasa je,tapi ada hati nak cite pasal pencapaian blog kan??huhu..tak kisah nak cerite jugak.mahu bebel untuk berkongsi jugak..

so,nak bagi pencapaian setahun macam tak mampu sebab takde sumber,statistik yang kat blogger dashboard ni hanya ada dari mei 2010-disember 2010.so kira setengah tahun punya pencapaian la kan..

jom kita tengok pageview blog ni yang tak seberapa..

image

ini diambil dari statistik yang ada di dashboard blogspot.

image

ini juga dari statistik blogsopt.so,overall 38,246 pageviews dari Mei2010-Dis2010,kan dah kata belog picisan.wahahha..

image

dan ini adalah senarai post yang selalu dilihat dan diview orang ramai,hahhahaha,yup.entry basikal yang paling ramai view.kalau korang nak tahu,itulah keyword yang paling membawa view untuk BMM ni..

ok,dah cite pasal pageview kan??mari cite sikit pasal nuffnang plak,jom kite tengok betapa picisan nyer blog BMM ni,jom geledah pageview BMM dari 16nov-12 dis di Nuffnang

image

dan ini hasil dari nuffnang BMM,ouh,ini adalah selepas dicashout 2 kali,

image

so,pendek kata alhamdulillah,blog ini semakin meningkat pencapaiannya.er,kawan2 yang membaca,silalah bagi komen macam mana nak tingkatkan lagi pencapaian blog ni,hee..nasihat pakar sangat dialu-alukan.time kaseh..

adios!!

Monday, December 13, 2010

[review] tomato gurl’s life

 

salam semua…selamat hari selasa.seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas,setiap hari selasa,mm akan mengreview belog yang dah tersenarai dalam list team bebel kan??tapi,sebelum review team bebel,kasi settle yang b4 ni dulu,ok??

sekarang mari kite review blog tomato gurl’s life
nama pemilik: cik tom
blog link: http://tomatogurlslife.blogspot.com/

ok,jangan tunggu lama2 silelah klik link tu sekarang~~eh jap,kalau nak klik lepas dah baca  dan komen pun ok..jom baca surat cinte untuk cik tom..

1.loading time

image
ha,ini print screen masa loading page cik tom and cik tom tahu kan??ini adlah ok..

2. header

image
ok,mm sangat suka header cik tom,sebab header cik tom ade pacman gerak2..I like2.menarik2..

3. isi kandungan

ok,dari segi penulisan belog dan pengisian belog,bagi mm,cik tom punyer belog banyak pengisian.dan antara pengisian yang ade dalam belog cik tom adlah tutorial yang berguna untuk new blogger.so,new blogger,silalah jenguk belog ni yer,tak rugi pon..

4. ucapan untuk cik tom

untuk cik tom,belog cik tom cukup kemas,dan cik tom ade gaya penulisan tersendiri.sso,keep it up ok!!semoga cik tom semakin bertambah baik dalam dunia ni…

dan b4 berakhir,mm mahu tolong cik tom promote belog die.
belog cik tom tersenarai dalam BBPM,

silalah vote cik tom kalau suka yer,di no.305 group 8!!

so hepi blogging semua!!!

Saturday, December 11, 2010

bloglist kini dibuka!!!

salam semua…uhuh,dah 2 hari tade update harini mm kembali..errr…terlalu banyak tag,huuuu..hutang terlalu banyak sangat sampai dah tak ingat ni~~ayoyo…sori yer kawan2..lepas ni kena buat to do list..

ok2,malas nak hupdate panjang2 nih..just nak bukak penyertaan kepada mana-mana blogwalkers sekalian yang teringin nak masuk bloglist mm*erk,ade ke??*
untuk meninggalkan link blog anda di ruangan komen ini,okeyh,err…nak mintak sikit boleyh??

sape2 yang nak masuk dalam list team bebel nih,boleyh tak alang2 dah tinggal link kat komen kan,cuba komen sekali ape yang korang suka + tak suka ngan blog ni dan cadangan penambahbaikan.errr..komen je ok,tayah buat entry,ini bukan contest pun..heee…

tolong ek korang,nanti sape2 yang dah letak komen kat sini,korang boleh check list name korang kat menu tab kat atas nih..yang lambang macam ni..

image

ha,nampak kan??so nanti boleyh check kat situ k..insyaallah will be update setiap hari.+ untuk pengetahuan korang jugak,sesiapa yang dah masuk dalam list team bebel ni,akan direview satu persatu oleh mm.dan untuk adil kan keadaan,mm telah memilih hari selasa untuk mengreview semua senarai blog yang ada dalam list team bebel ni.

tapi,b4 start review team bebel ni,mm akan tunaikan janji mm untuk review 3 blog yang masih belum direview lagi.so,silalah yer semua..Smile

 

happy blogging semua!!!

p/s: esok ade jamuan taman besar-besaran,jadi mari tidur!!niteSmile

Monday, November 29, 2010

a small gathering with “seniors”

salam semua…
salam hari selasa…ade yang rindu??mungkin padin sorang kot.hahah..sekarang mm kembali..maaf semua tak berblogwalking,tak mengomen,seminggu di KL dihabiskan dengan persiapan program pemakanan sihat di Kg Baru.
and semuanya dah berakhir ahad lepas..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.sebelum program tu berjalan mm ade lah mengisi masa lapang dengan program lain.sabtu sebelum program mm pergi melawat pameran pengantin di PWTC.eh jap,bukan mm nak kawen tau,zaman tu jauh lagi,ni hanya kebetulan sebab kononnyer ade rehersal untuk dinner ANSARA malam tu.
Malam ANSARA 2010,mm terlibat sebagai usher,hohoho,bangga dapat berdiri dan duduk menunggu di bilik menunggu bersama orang2 besar,dan yeah!!dapat amik gambar degan Dato’ Mukhriz Mahathir!!tapi sayangnya gambar pada kamera orang lain..tak dapat nak tunjuk bukti!!
then ahad bertungkus lumus berprogram dengan Program Pemakanan Sihat di Kg Baru,alhamdulillah sekali lagi,ade sambutan dari pihak penduduk,TERIMA KASIH!!
dan sekarang mari masuk tajuk entry,small gathering with “seniors”.ok mereka bukan senior sekolah ye kawan2,tapi mereka yang berlagak “seniors” sebab mm sangat kecik dipandangan mata mereka.ade ke patut,dikatenyer mm baru habis upsr???haish..awet muda sungguh mm kan??
seronok sangat sebab memang dah lama planning untuk jumpa si chearmster a.k.a budak besar ni,tapi tak pernah berjaya.sekali jumpa kali ni dapat jumpa blogger lain plak,antara yang datang aus dan redlinda,tapi cik redlinda taleyh join lama sebab ayah redlinda eksiden,semoga ayah redlinda cepat sembuh yerSmile
untuk Aus: thanx sebab datang memeriahkan lagi acara chearmster membuli aku.selamat berkenalan di alam nyata.
untuk ery farieha: ko tayah tacing2 ok!!kalau tak lagi teruk kite ber2 di buli..
untuk penganjur utama @chearmster: thanx sebab belanja aku + amik n hantar aku + membuli aku..hahaha..aku enjoy ngan korang walaupun tekak aku perit tengok ko menjerit.lain kali jangan serik nak jumpa aku lagi.
kat bawah ni gambar mm ngan aus time melepak kat Nz curry house,kat sinilah tempat mm dibuli sampai rase nak menangis*ok tipu*
gambar ni dicapture oleh chearmster menggunakan blackberry torch kesayangan die.die amik time kitorang tunggu order,siyes aku tak perasan.
*terbayang time die belagak tunjuk bb torch die dalam kereta*
hah nak baca lagi??
pegila tengok chearmster buli mm.
eh,gambar redlinda dengan tuan empunye bb torch tade plak~~
huhu..oklah..penat dah taip..layan!!

[review] it’s all about me & mizz dayana

salam semua..selamat berhujung miggu..weekend datang lagi,tapi weekend ni bz untuk mm..
ok,firstly before start nih,nak mintak maaf sangat2 dekat cik adik yang bernama syu ini..sori yer,entry kuar lambat dari yang dijanjikan,so many things to do,nak hupdate pun tak sempat.
so,ini janji mm..JOM REVIEW!!
eh,jap..review kali ni lain sikit tau..2 blog dalam 1 reviewSmile
nama blog: it’s all about me
pemilik blog: syu90
nama blog: mizz dayana
pemilik blog: dayana @ dd
jadi jom kita tengok ape yang ade dalam dua2 belog nih


1.loading time
image
ok,1st of all untuk loading time,yang 1st tu blog syu,yang 2nd blog dd,
so,dua2 belog loading time BAGUS!!tahniahSmile
2.follower
image
ini follower belog syu
image
ini follower blog dd
ok,kenapa ade beza yer,belog dd tak femes ke?ouh tidak,
sebabnye,dd baru lagi bukak belog ni,dan belog dd cam tak berkembang lagi,
jadi kawan2..jangan lah malu2 jom jadi follower belog dd,die tulis BEST!blog SYU pon sameSmile
tapi jangan jadi follower lelap tau.
3. komen
image
ini antara bilangan komen kat post belog syu
image
dan ini antara bilangan komen kat blog dd..
so,boleyh tengok kan,beza antara blog yang dah mmg agak dikenali dengan baru nak berkembang,
so cik dd,aku doakan blog ko berkembang yer kawan lama!!aku suka cara ko tulis,cara tersendiri no copy paste.
untuk syu,belog dah ok,cuma mm rase mungkin syu boleh tengok balik susun atur widget belog syuSmile
lastly,sorry to both of u,sebab entry lambat &
HEPI BLOGGING!!!

Tuesday, November 23, 2010

hentikan penderaan kanak-kanak…

salam semua..semoga sesiapa yang membaca ini akan terbuka hati dan minda mereka,betapa terseksanya mangsa dera.
dera??apa itu dera??jom tengok apa itu dera di wiki.
so,kes penderaan kanak-kanak ibarat cendawan yang tumbuh lepas hujan sekarang,lepas satu-satu kes yang timbul.
entah kenapa,dalam kalangan manusia wujudnya golongan seperti binatang yang tak berperikemanusiaan mendera kanak-kanak yang masih belum tahu selok belok dunia yang penuh tanda tanya ini.
gambar menunjukkan statistik penderaan kanak-kanak yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 2008
entah apa salah mereka,mereka dipukul,diseksa,disakiti,sehingga ada antara mereka yang trauma akibat kekejaman ini.Penderaan bukan sahaja dari aspek fizikal,sekarang,penderaan seksual juga sering kali kita dengar.
Dunia semakin dipenuhi dengan manusia yang bernafsukan haiwan yang sanggup memperkosa kanak-kanak yang baru menjengah umur 3 tahun sekali pun.apa dosa kanak-kanak itu,mereka kanak-kanak yang masih tak tahu apa-apa.mengapa mereka menjadi mangsa.

ini.umairah.salah seorang mangsa penderaan yang telah pergi meninggalkan dunia akibat dari kekerasan.

dan ini,insan yang bertanggungjawab di atas kematian adik umairah.Dimana letaknya kasih sayang seorang ibu,andai pembunuh anak disayangi????
kanak-kanak insan yang masih suci,masih baru dalam dunia ini.mengapa pergunakan mereka,kenapa berkeras dengan mereka,kenapa harus menyakiti mereka??kenapa???
dan kalau lah mereka mampu untuk bersuara,aku pasti ini yang ingin mereka sampaikan

STOP HURTING US!!JANGAN SAKITI KAMI LAGI!!
jadi,kita semua sebagai rakyat Malaysia yang berhati mulia,
marilah kita sama-sama,bersatu hati menunjukkan yang kita semua membantah penderaan kanak2!!
unicef