Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

Monday, August 9, 2010

salam ramadhan:)

salam semua....
lama sungguh tak hupdate..
dlam sejarah nih tak hupdate dekat seminggu..
maaf bagi yang menunggu..
masalah lappy membelenggu hambe untuk hupdate...
anyway..
thanx a lot sebab still dtg walaupun hamba tak berblogwalking..


harini dah 09 ogos 2010,
lagi 2 hari untuk menuju 11 ogos 2010 bersamaan 1 ramadhan..
so,it's time utk kita semua umat ISLAM seluruh dunia berpuasa..
inilah masa untuk menambah amalan dan pahala..
tapi jangan bulan ramadhan je rajen beribadah,
tapi bulan lain tidak..
jangan3x ok!!!





just a simple short update untuk anda semua.
selamat berpuasa semua:)

Sunday, June 6, 2010

tahniah buat anne!!!

salam semua...
pagi:)
awal giler hupdate arini...
as ganti semalam takde entry kan....
by the way,mm mintak jasa baik kalian untuk sama-sama sedekahkan al-fatihah 
buat arwah pak cik dan sepupu mm yang telah kembali kerahmatullah berjarak 2 minggu antara mereka.
al-fatihah..
semoga roh mereka dicucuri rahmat ALLAH..

 ok..back to the  story...  
korang kenal tak sape anne ni??
rasenyer sape yang selalu dengar hot fm pasti tau..
anne,atau nama sebenarnya
Putri Andreanna Syigim Mohd. Razalli,akan diijabkabulkan a.k.a dimarriedkan pada 12 jun 2010,
iaitu hari sabtu ini,dengan pengarang jantung hatinya,Nik Mahathir Zainudin.

so,4 tahun usia percintaan mereka,
harapannya semoga hubungan yang suci ini terus bersama sehingga akhir hayat..
tahniah buat ANNE DAN NIK!!
jom layan gambar mereka yang mm amik sumber dari KOSMO!




oh!!!mereka sangat romantik la...i like:)

Tuesday, June 1, 2010

cantik dan sihat

salam semua.....
huhu..dah lama tak kasi tips sharing is caring kt sini kn...

so,today mahu bagi tips lagi..
bukan pasal blog sebab mm baru lagi,tak layak pun..
yang layak hnya mereka yang dah berjaya..

so..
sila jangan mengarut panjang2 yer cik hatisamronkin..hehehe...

tips hari ni..
makanan:cantik dan sihat...
biasa la..kalau dah umah mm memang isu makan la jadi tajuknya..
yelah..amik sains pemakanan kan..

so..mari kita mula..

ape yang boleh kita makan untuk jadi cantik dan sihat???

1.
bukan tomato man tau..
dan tips untuk tomato
-makan sekurang-kurangnya sebiji tomato 3-5 kali seminggu
-pilih yang segar dan kalau boleh yang organik gitu.

2.
bukan kiwi kasut tau..
dan tips untuk kiwi pula:
- cuba ambil dalam bentuk jus dan kalau ingin tambah susu,pilih susu rendah lemak
- jangan ambil berlebihan sebab kiwi juga ada lemak.

3.
brokoli yang sangat sedap lagi2 kalau fresh dari ladang..
tips untuk ini:
-jangan masak terlalu lama sebab nanti vitamin2nya akan terserap ke dalam air.

4. 
yogurt...tak kisah yang ade perisa atau yang asli.
tipsnya:
- makan 3-5 kali dalam seminggu
-pilih yogurt yang rendah lemak

5.
strawberi..
ha..yang ni mm tau..mesti ramai suka kan??
tips untuk strawberi..
-makan segenggam strawberi 3-4 kali seminggu
-boleh dibuat jus atau campur dalam salad.

okeyh..dah tamat dah tips...
jom2..listkan makanan2 ni dalam makanan bulanan untuk di shopping...

"makan untuk sihat"

notes:mm dapat buffered lagi..thanx nuffnang n kawan2 blogger...sayang anda semua..


Sunday, May 23, 2010

[hangat] Tips mengurangkan kedutan

salam semua....

adus2..incik berukband sangat2 menunjukkan perasaan tak puas hati dengan mm tau~~~
sedih betul tak dapat nak blogwalk..tapi tape!!!demi kwan2...mm tetap akan blogwalk jugak tau!!!!

emmm..tua???
sape tua angkat dahi!!!!!
hahaha..mesti tade yang nak ngaku kan..
tengok cam mm..mm muda lagi tau..baru 12 tahun...
hahahaha...ok PERASAN!!!

tapi kalau sapa jumpa dengan mm muka dengan muka face to face..
mm dengan yakin nye...dan confidentnya....
korang akan cakap mm cam budak sekolah menengah punyer!!!
tak caya???JOM JUMPA!!!!
hahaha..ok2..sebelum entry ni lebih karam ke laut....
jom ikuti bebrapa tips yang senang untuk diamalkan...
untuk meminimumkan kedutan2 di muka anda ye sedara sedari...
dah rase cam jual barang kat smartshop plak

10 tips kurangkan kedutan;

1. Pemakanan Sihat...
lebihkan pengambilan sayuran,buah-buahan,dan soya bagi memperbaiki struktur kulit.sila elak makan makanan segera, berminyak dan berlemak.

2.Lindungi dari sinaran matahari...
sila jangan dedahkan muka anda kepada matahari pada jangka masa yang lama,sbb sinaran uv akan menyebabkan kedutan muncul.gunakan krim yang sesuai seperti SPF15 @ 20. (yang nak sumber vitamin D dari matahari..hanya sampai kul 10 tau..bukan matahari kul 12)

3.Gunakan krim pelembap.
bukan buat diri anda menjadi 'lembap' tapi guna krim pelembap.tapi pastikan anda pilih krim yang sesuai dengan jenis kulit anda.krim ini akan membantu mewujudkan keserasian antara krim dengan kulit wajah.

4.Tidur yang BERKUALITI
bukan barang je yang perlukan kualiti,kita juga memerlukan tidur yang berkualiti.tidur sekurang-kurangnya 6 JAM SEHARI. dan tidur dalam keadaan kuak lentang terlentang bagi mengurangkan kedutan.

5.Pelindung mata...
mata merupakan salah satu tempat dimana kedutan kelihatan.jadi pastikan anda menggunakan sunglasses yang sesuai ketika di bawah cahaya matahari dan tidur yang cukup juga melindungi mata.

6. Banyak makan IKAN
ikan mengandungi omega-3 yang merupakan salah satu protein yang banyak membantu dalam membina struktur kulit.

7. bersenam secara TERATUR
tidak memerlukan masa yang lama,cukuplah sekadar 20-30 minit setiap hari..diingatkan harus dilakukan SETIAP HARI!!

8. AIR yang cukup
minum air dengan cukup iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau pun lebih bergantung kepada kadar aktiviti yang kita lakukan dan juga cuaca sekitar.

9. bersihkan sisa solekan bukan sisik ikan..
pastikan anda membersihkan sisa solekan sebelum anda tidur bagi mengelakkan pori-pori kulit wajah daripada tersumbat~~

10. BERHENTI MEROKOK
berdasarkan kajian di london, individu yang merokok mempunyai risiko 40 peratus lebih tinggi terhadap kedutan.mahu muka cantik???sila lah BERHENTI MEROKOK.

merepek sudah bagi info pun sudah..
so sekrang masa untuk publish...
hehehe..dan masa untuk blogwalking dilancarkan..
have a nice weekend kawan2~~


Thursday, May 20, 2010

tips suara macam siti

salam semua...
hadui....sekarang mm da tukar jadi burung hantu la kawan2...
malam dah berjaga plak...

nak wat cane..
siang2 berukband nih segan nak keje..
dah malam baru hilang kemaluan nak berkhidmat~~

sapa nak suara macam siti????
sila angkat dagu anda!!!!!!!
bukan siti fatimah atau siti salihah..(tiada kaitan dg sesiapa)
tapi siti NURHALIZA...


sape mahu suara macam siti..
sila minum air rebusan kuda laut selama sebulan ye...


dan sila berkumuh dengan cuka dengan rajinnya...

serius bomoh ni nak bunuh orang..


eh..sabar2..
kang ada plak yang pendek akal buat jugak kang..
ini hanyalah rekaan seorang bomoh tua kepada seorang perempuan yang sangat teruja untuk jadi artis...

bila dah mahu..ape yang kita pikir tak logik pun kita sanggup buat...
tak nak cakap banyak lah...
juz to remind..

SILA FIKIR DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN!!!

enjoy semua....

Tuesday, May 18, 2010

cantik itu ape???

salam semua..
1st of all...mm nak mintak maaf sangat kat semua yang dtg blog mm harini..
broadband agak2 malu2 segan2 nak bekerja arini..
so..malam ni baru dapt berblogwalking..sori yer kawan2..
ape2 pun..thanx sbb still sudi menempel kat sini..
bebel ngan mm...
sayang korang semua..


emm..oleh kerana brodband malu2 tadi..
mm sgtlah bosan..
alih2..teringat la macam2 kenangan lama..
dan finally..come to dis question...

CANTIK..ape ye tu???
sesungguhnya..mm tidak lah cantik secanatik siti nurhaliza atau sesiapa saje..
tapi bagi mm,mm selalu menganggap diri mm cantik...
tapi bukan cakap kat orang lain tau..
ni juz 4 my own motivation..
dan lagi satu...
kepada sesiap yang selalu rendah diri kata anda tak cantik..
anda salah..
sebenarnya anda cantik...
semua insan dalam bumi ALLAH ini cantik...
semua yang ALLAH jadikan..sangat cantik..

tapi mungkin dimata orang lain anda tak cantik..
sebabnya..cantik itu subjektif tau..
dan fikir punya fikir..then mm terfikir..ape definisi cantik seorang perempuan di mata seorang lelaki???
dan termuncul la lagu CHANTEK dari altimet difikiran
lalu di google..dalam sungguh maksud lagu nih..
dan kat sini.mm nak rumuskan ape maksud cantik dimata lelaki..melalui lagu ini..


hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa


kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara

apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu

dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga

dalam lirik ni...pandangan cantik adalah:

1. pandai jaga hati orang tua
2.pandai mengambil hati seorang lelaki..bukan dari segi pemakaian atau rupa sahaja.
3. seorang yang sangat pandai menguruskan harta lelaki tersebut.
4. seorang yang patuh pada AGAMANYA...
chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka
di jiwa...
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu

aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju

dan ini..kesannya..
seorang lelaki yang betul2 telah tertarik terhadap KECANTIKAN seorang wanita yang bergelar isteri kepadanya...


chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa...
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu... 


persoalannya:
cantikkah kamu??dan apa definisi cantik pada mata kamu~~

dan untuk wanita...mari renungkan firman ALLAH ini..

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang 
dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan  seorang 
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat
dimana cinta itu ada."

Monday, April 26, 2010

award utk kamu2 yang mm syang..


salam...
hehhe..ok..sebelum menutup hari ni...
mm nak cakap time kaseh bnyak2 kat miss mm...(bkn nma sendiri ok)
miss MM stand 4 MISS MIRROR yang chantek la...
hahaha..


hehehe..
arini ramai puji mm
dan ramai yang dtg jenguk mm..
siyes sangat terharu..
cuma air mate segan silu plak nak kuar..hehehe...

okeyh..award nih kan..hanya untuk blogger2 perempuan
yer sayang2 sume..
jadi blogger2 lelaki yang syg mm
nnti mm bgi award lain ea...(hahaha..gedik gile)

so..
miss mirror kate..
bagi award nih kat 15 orang tau..
kalau boleyh nak bagi semua..tapi sebab ade syarat 15 jer..

berikut adalah blogger chantek yang bertuah..

1. nana joe---sebab nana puji mm chantek tadi..
2.effie syang..jangan tension2 k...nnti tak chantek..
3. cik aisyah darling..thanx selalu dtg blog mm yer aisyah santek..
4. cik reine yang cantek nun jauh disana..windu kamu...
5. cik yaya ku yang selalu merindu..kamu chantek..lalalala...
6. cikmin---lalalallaa...mama yang chantek kepada faheem..~~
7.cikgu dahlia yang maintain chantek..kan cikgu??
8. cik ellis sayang...jangan cari kopi janda lagi..mm kan chantek..hahaha..
9.cheqpjoy yang sempoi..lalalalala...
10.hot mama yang memng hot la...~~
11. cik madihah..thanx tau menjenguk2~~
12.lyana--adik abang yer~~~
13.ery farieha yang santek~~~

lagi 3 orang tatau la nak tag sape...
yang penting..MM sayang semua tau...

*note untuk penerima award--sila klik kat award tuh untuk syarat2 ok??*