Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, March 7, 2011

akademi fantasia 9 kembali | aznil kembali lagi!

salam semua..selamat hari selasa semua…seperti biasa ,sila mulakan hari anda dengan sarapan pagi!
so,seperti yang semua orang tahu kan,semalam (isnin,7 maz 2011) merupakan tarikh pengacara akademi fantasia musim ke9 diumumkan.ramai yang dok tunggu-tunggu hari ni sebab banyak spekulaasi yang datang kan.
tapi seperti ramai yang mahu,Aznil telah kembali ke persada Akademi Fantasia, n uknow what,aku tengok AF sebab aku nak tengok paknil tau!tapi yang musim ni,tatau boleyh tengok tak.
dan untuk pengetahuan korang semua.ini merupakan akademi fantasia yang terakhir akan dijalankan.itulah sebab utama kenapa warga akademi fantasia membawa kembali Aznil hj Nawawi menjadi pengacara untuk musim ini.Bak kata azlin,pengurus saluran astro ria,ia bak sireh pulang ke gagang!
so,harapan daku untuk Pak Nil!semoga berjaya pak nil!u r the best!:) dan untuk semua peserta selamat berjaya!tahun ni sorang je pakai tudung..
dan dengar2 khabar berita blogger akan diundang ke Akademi Fantasia kali ni.nak tahu sapa yang dapat,korang kenalah tungggguuuuuu…hehe..adios!
image
gambar peserta akademi fantasia 9,nk tahu info lanjut sila prgi murai


jangan lupa tengok AF9 ,bermula sabtu,2 April 2011 di saluran 104,astro ria!:)

Saturday, February 19, 2011

Oh ! Pilihanraya….

salam semua..selamat hari ahad!hari untuk aku berehat disamping assignment yang semakin melambung kalah bukit beroga!ouh ok tipu!
dan oleh kerana aku banyak lagi keje lain.aku malas nak merepek lagi!mari teus kepangkal jalan yang tak berapa nak benar nih!
ops!sebelum merepek lagi panjang!peringatan untuk semua,entry ini bukan lah nak kata aku ni promahasiswa ke ape ke,parti ape ke.no no no n no!aku tak suka parti2 bagai nih!aku tak suka politik lah senang cite!
rasenye semua student ipta sedang terlibat dengan event yang sama untuk minggu ni kan??iaitu demam @ minggu kempen untuk pilihan raya kampus (PRK).dan yes!ukm kl yang agak terpencil ni pun haruslah terlibat jugak kan.
dan kat sini,aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku tak berapa nak suka yang hanya boleyh korang nampak time minggu kempen ni.*peringatan sekali lagi,ini aku katakan untuk semua dan bukan untuk mana-mana parti kampus yang ada*
1. time nilah persahabatan korang yang 4 tahun selama di kolej boleyh jadi sangat rapuh semata-mata kerana perbezaan parti!
2. time dah jadi calon,hamboi bukan mainlah korang tegur orang macam orang ni 10 orang je smpai semua orang lah ko nak tegur,tapi bila dah menang.ada ko tanya khabar??
3. time manifesto ya allah janji kau macam tak hingat lah sume.cara macam semua benda lah korang boleyh bagi,tapi bile dah nak letak jawatan,satu ape pun aku tak nampak manifesto kau!

-seperti biasa kredit gambar dari google imej-
so sebelum entry ni habis nak lah aku ingatkan semua.bukan tak boleh berparti bagai,tapi jangan berlebihan.anda student lagi,ingat tu.dan yes!buatlah pilihan yang betul!kuasa di tangan anda semua!
adios!
p/s: gaya macam aku yang bermanifesto sekrang kan??ade orang nak undi aku tak??hahaha…*teringat kenangan pernah bagi manifesto time kat matrik dulu!!woooooaaaaa..macam tak percaya ok!*

Friday, February 18, 2011

farish aziz kahwin!

salam semua..selamat hari sabtu!oh aku da taleh nak bergembira di hari sabtu sebab setiap sabtu aku akan ade kelas dikala petang!memang lari lah sume plan!nak main kejar2 pun tak sempat!
ok,mari kita kembali ke tajuk asal!sila tengok gambar dibawah dahulu,dan anda akan paham!

-kredit gambar dari ohbulan!-
haaaaa…jadi inilah citenyer!farish aziz yang terkenal dengan cite kau dan aku + pengacara CHOPP!di tv9 ni dah pun selamat jadi suami orang.
tahniah Farish dan isteri zahrah fowzi!
comel kan diorang nih.si isteri itu seorang peguam tau!dengar khabar nya diorang dah bercintan selama 14 tahun!wooooooaaaaaaa!!!
tahniah!!!!semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke akhir hayat:)

Tuesday, January 4, 2011

AJL 25|4 days more to go!!

Salam semua!!WOOAAAAA!!2 hari tanpa entry..wakaka..mahap la yer~~sekarang dah 3rd week untuk sem ini~~so makanya assignment menimbun2 tak hengat duni~~jadi blog terabai sedikit.jangan risau sedikit jer terabai~~anda semua still disayangi ok!!

ok dah jangan panjang lebar mari ke tajuk entry.AJL 25!!korang perasan tak??tinggal lagi 4 hari untuk ke AJL 25!!semua artis2 AJL sedang aktif berlatih sebaik mungkin untuk bagi yang TERBAEK untuk anda semua selaku penonton..

ha,so mari kite lihat senarai susunan penyanyi dan lagu yang bertanding pada malam ahad ini

  1. Sempurna (yuna)
  2. Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok)
  3. Pelita (A.P.I/ Loque)
  4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)
  5. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)
  6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)
  7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
  8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)
  10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)
  11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril)
  12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
  13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)
  14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)

list kredit to selangor2u.com

kredit gambar:google imej

untuk semua artis yang terlibat!!GOOD LUCK SEMUA!!!*ceh ayat macam ade artis baca blog aku*

jadi,agak2 lagu mana yang menang???korang sokong sape??korang suka lagu mana??

hahha,so nak tahu keputusannya??jangan lupa tengok AJL 25,9 Januari 2011,TV3@Stadium Putra Bukit Jalil.

kita tengok sapa yang kena!!!adios!!

notakecil:aku suka semua lagu dalam ni~~nak semua menang boleh??

Saturday, January 1, 2011

4 orang yang meletops 2010

salam semua…huhuhu..lambat plak kuar entry kan??orang lain sebuk buat entry 1january,aku??haha..tape lah~~daku sibuk tak sempat nak buat entry~~ceh ayat kalah menteri..

ok,tetibe macam nak buat entry pasal nih~~hahaha..yang ni bukan senarai orang femes dalam hidup semua orang kot,tapi maybe korang pun setuju kot dengan pendapat aku~~hahaha..dah jangan nak mengarut panjang2 ok!!jom kite cekidaut sapa yang femes 2010 nih~~

1. khairul fahmi che mat (KF) yang macam ade gam gajah kat tangan die

ok,gaya super cool dari KF~~gambar amik melalui google imej yer kawan2

dan ini adalah KF juge ye sedare sedari,tapi zaman rambut panjang,jgn salah anggap kata pelakon korea sesat plak~~

 

2. hanis zalikha yang super cun yang kalahkan Dato’ Siti dalam pencarian google..

inilah hanis zalikha yang hot gitew~~tayah kenalkan pun korang kenal kot~~hehe

ha.ni lah tajuk ahkbar yang keluarkan berita ni~~huyyooo!!sampai masuk surat khabar singapore wa cakap lu~~hebat kan??

3.irine nadia marcello dan aizulmarcello

ha,kenal tak sape ni??kompom lah korang kenal kan??hehe.diorang memang meletops,tapi bila menang blog pilihan malaysia tu,merka double triple meletops ok!!

gambar dari blog irine nadia

gambar dari blog aizulmarcello

4. safee sali yang macam boleh jadi pemain MU lepas ni..

hehehe..nak terbang ke mana agaknya penjaring gol yang hebat ni??

tahniah buat safee sali yang berjaya dapat penjaring gol terbanyak untuk piala suzuki AFF!!terima kasih sebab buat Malaysia menang merangkap mendapatkan cuti untuk semua rakyat Malaysia!!!tahniah MALAYSIA!!

hah,okey dan yang paling meletops nak tau sape??

P1010616

hehehe..kompom lah budak yang kena peluk ngan RINA SALLEH  tu~~~hak2..jangan marah ha~~sekali sekala perasan meletops!!

adios!

p/s: still terkejut dengan pemergian faizal yusop hari ni.ape pun takziah buat keluarga beliau dan alfatihah buat beliau.amin.

Wednesday, December 29, 2010

tahniah MALAYSIA!!!!

salam semua..semoga korunk semua sihat hendaknya.sori 2 hari tanpa update sebab tuan belog demam lepas balik gathering..but alhamdulillah sekarang getting betterSmile

ok,semua orang dah tahu kan pasal ni??yes MALAYSIA menang 4-2 semalam,walaupun sebenarnyer malaysia kalah pada final ke2 di Indonesia,tapi kita tetap menang!!

bagi mm.perlawanan kali ini sangat berbaloi!!semua satu malaysia bersatu hati dalam menyokong Malaysia,twitterland memang tayah cakapla,semua duk tweet pasal bola,even kt kolej mm ni pun,mlm ni bergema suara warga kolej bersorak.

apa pun yang mm nk cakap tahniah untuk semua pemain malaysia!!dan tahniah untuk khairul fahmi penyelamat malaysia dan safee sali,ramai yang syang diorang lebih malam niSmile

 

hehe,sesiapa yang ade hati kat incik KF kite ni,silelah rase down sekarang sebab die dah berpunya,sile ushar blog awek beliau kat sini

hah,dan 1 berita baik untuk semua,PM dah umumkan cuti umum untuk semua jumaat iniSmile

so,slmat bercuti,happy new year!!adios!!

Wednesday, December 15, 2010

keputusan PMR 2010

Salam semua…kan dah kata harini entry melimpah ruah dah macam hape dah blog aku ni..padan muka korang penat baca entry aku..hahhaa,tapi penat ke??tayah la penat,baca belog je pun bukan suruh baca buku anatomi atau fisiologi kan??
dah sebelum aku mengarut lagi panjang,aku mahu mengucapkan TAHNIAH kepada semua calon-calon SPM yang dah tamat pun peperiksaan SPM 2010 harini.yes!!korang dah nak masuk alam yang makin complicated sila bersiap sedia..
okay dah,motip kedua aku taip belog ni,aku nak tolong promot gathering yang dua orang “seniors” aku ni organise.ala bukan gathering ape sangat pon just sesi lepaking bersama blogger2 untuk mengeratkan silaturrahim..nak tahu lebih lanjut,sape minat karoke boleh jenguk blog chearmster,sape minta bowling boleh lepak belog si aus.
okay dah cukup,mari pergi motip utama.juz nak inform kat adik-adik yang amik PMR 2010,korang dah boleh lah siap2 nak berdebar sebab result korang akan keluar pada khamis depan @ 23.12.2010.kalau tak percaya boleh check kat bharian online nih..http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeputusanPMRdiumumKhamisdepan/Article

yang penting sekarang adalah tawakkal,dan doa,kerana korang dah usaha sedaya termampu..
dahla,penat menaip.mahu merambus!!selamat malam!!

Tuesday, December 14, 2010

Biggest Loser Asia 2

salam semua..oh wow,2 entry today??entah2 banyak lagi lepas ni~~idea datang mencurah2 nih…

ok,sape selama ni mengikuti rancangan The Biggest Loser Asia 2 yang disiarkan kat channel DIVA,702 Astro???kalau sape yang mengikuti,pasti tahu kan ,semalam 14.12.2010 adelah penentuan siapa yang layak bergelar The Biggest Loser Asia yang ke 2.dan 3 orang finalis telah layak bertanding dalam finale semalam,iaitu genghis dari filipina,nai yang hensem dari thailand dan juga Raj dari singapura.

dan akhirnya title The Biggest Loser Asia yang ke 2 dirangkul oleh Raj from singapore yang berjaya menurunkan 67kg berat badan for about 3 months duk dalam rumah agam itu..fuyooohhhhh!!!67kg in 3 months,memang super mantap lah!!!

jom kita tengok transformasi mereka bertiga..


ini mereka yang lama:kredit gambar:google

 

 

 

 

 

 

 

ini mereka yang baru:kredit gambar:msn news

pencapaian mereka

genghis mula dengan 161 kg dan berakhir dengan 104kg loss 57kg

nai mula dengan 137 kg dan berakhir dengan 74kg loss 63kg

raj mula dengan 144kg dan berakhir dengan 77 kg loss 67kg

 

so,mereka dah dapat kehidupan baru mereka yang lebih sihat.anda tak mahu??

Wednesday, December 8, 2010

blogger,anda sedar??

salam semua..selamat hari rabu…sihat tak??harap2 sihat ok,kalau tak sihat sile lah makan ubat yer.ok,idea nak update entry memang sangat susah nak dtg sekarang nih,so bile tetibe idea dtg,haruslah aku menaip dengan lajunyer~~

ok,perhatian untuk sape2 yang rasa empunyer diri iaitu anda adalah seorang blogger,boleyhlah teruskan pembacaan yang bukan blogger pun baca lah jugak,boleh bagi pandangan kan??as a readers.

hah,ni aku nak bagi pendapat je lah tau.kalau korang sume perasan lah kan,sekarang ni blog tumbuh macam cendawan lepas hujan kan??banyak gile kot..hohoho.tak kisah lah nak bnyak makin meriah lah dunia blogging ni..

tapi,dalam kita seronok berblogging,korang sedar tak yang sebenarnye,once korang dah masuk alam ini,nak2 yang dah serius kan,korang sebenarnya diperhatikan??

tak percaya???korang mesti pernah dengar kan,kes AC Mizal buat laporan polis kata blogger fitnah die??dan korang mesti pernah dengar kan pasal ade blogger yang ditangkap sebab keluarkan isu-isu sensitif??

blogging memang seronok kalau kita semua bersatu padu.Bukan tak boleh memberi pendapat,cuma berpada-pada lah memberi pendapat.Ingat!!anda diperhatikan..

so,motif entry kali ni just nak mengingatkan,bukan sebagai orang yang pandai tetapi sekadar mengingatkan sesama rakan.Aku bukan orang lama dalam dunia blog ini,tapi aku juga bru bermula,yang mana baik kita boleyh ikut,yang mana buruk kita perlu tegur.

so,happy belogging semua!!!!

 

p/s: saje letak yang ni di penghujung entry,aku nak bagi header + makeover belog kepada mana-mana 3 readers @blogger yg nak.sape nak komen entry ni.thanx.

Monday, November 22, 2010

fenomena di Malaysia…

salam semua…selmat pagi mungkin lebih sesuai untuk entry ini,
ok,sebelum melalut lebih panjang,mahu bagitau..sepanjang minggu ni,blogwalking + update entry hanya akan terjadi waktu tengah malam yer kawan-kawan..
sebab??sebab hanya mampu menumpang berukband kawan jer sekarang.
jadi,sudah alasan,sekrang meh cite tajuk entry..
fenomena??tahu tak fenomena tuh ape??
jom try cari kat wiki yer..
Fenomena merupakan suatu peristiwa yang nyata, sesuatu fakta, pewujudan atau perubahan yang dapat dilihat dan merupakan sesuatu yang istimewa. Misalnya: hujan, ribut, angin monsun, pelangi dan sebagainya.
ini wiki cakap,tapi bagi aku,bila sebut fenomena ape yang terlintas kat kepala,bencana alam!!tapi ade 2nd thing yang aku terfikir,fenomena=trend masa kini.
boleh tak cakap macam tu??huhuhu..dan antara fenomena yang terjadi di Malaysia

1.Fenomena Dato’ Syed Muzaffar-siap timbul kain nama kain angkasawan,huih,Malaysia sangat bangga dapat hantar angkasawan ke angkasa.
2. Fenomena Maher Zain-okeyh yang ni sedang hangat terjadi,even budak kicik pun boleyh hafal lagu beliau,but lagu beliau sangat super duper best!
3.fenomena bertudung-okeyh ni bukan fenomena bukak tudung cabut tudung tau,tapi trend tudung yang macam2,antaranya,tudung Siti,tudung Rozita Che Wan lah.paadahal RCW tak pakai tudung pun still ade tudung die..

ini tudung siti

ini tudung RCW

4. Fenomena yang paling aku benci kat Malaysia ni,fenomena buang bayi.hah,yang nih aku rase cam nak hemouk jer kepala orang yang wat keje nih!!!so,mari same2 banteras fenomena yang last nih ok!

dah,cukup lah aku melalut.korang jangan segan silu nak komen yerSmile
ADIOS!!!!

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011

salam semua...
haip2...
hari nih 2 entry~~
tahniah lah buat diri sendiri sebab dah lama tak hupdate 
2 kali sehari..

okeyh,usah panjang lebar sebab isi entry bakal panjang
tapi tak lebar.
semua pun tahu hari ni.
pembentangan BAJET 2011 oleh PM kita kan??
so,
mm mahu lah listkan beberapa yang menarik perhatian hamba yer..:)

tema:TRANSFORMASI KE ARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI
strategi asas:
1. mendaya kembali pelaburan swasta
2. membangunkan modal insan
3. mensejahterakan hidup rakyat
4. memantapkan penyampaian perkhidmatan awam

- pembinaan hospital UIA di kuantan(boleyhlah hamba pergi lepas ni)
- program inkubator kemahiran ibu tunggal(xberapa nak paham,tapi mesti konsepnyer nak tolong ibu tunggal kan??so,hamba like2:))
- small office home office iaitu program latihan 3 bulan untuk wanita OKU:)
- cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari,tapi ini tertakluk pada cuti bersalin 300 hari untuk sepanjang perkhidmatan.
- gaji posmen meningkat kepada rm1285,manakala gaji guard mencecah rm 1000++(jadi kepada posmen dan guard2 sekalian,sila lah bekerja dengan tulus dan ikhlas)
- 20 juta untuk Akademi Bola Sepak di Pahang(wahai pemain bola sepak negara +bakal2 pemain bola sepak negara,sila berjuang hingga menang!!)
- kadar tol PLUS,tidak akan dinaikkan dalam masa 5 tahun ini:)(semua orang pun senyum nih)
- bantuan kewangan rm 500 kepada penjawat awam gred 54 dan kebawah,dimasukkan disember ini.
- penghapusan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat Malaysia,seperti beg tangan(yang nih redmummy suka)
- 150 juta ringgit untuk rebat bayaran bil elektrik.(time kaseh kerajaan)
- kadar elaun bagi imam dinaikkan kepada rm750,dan guru kafa kepada rm800,(wuu..abah tak merasa kot,abah bilal)
- ha,lupe cukai untuk telefon bimbit juga telah dikecualikan:)

ok,itu hanya sebahagian daripada isi kandungan bajet 2011 yang disampaikan tadi,
kalau nak tahu lebih lanjut,bolehlah cari di blog sis dahlia yer:)
overall mm rase kerajaan dah memikirkan dari setiap aspek untuk bajet kali ini:)

dahlah bebel,penat!
ADIOS!!:)

p/s:jangan ade yang pelik tengok post ni kejap align left kejap center yer~~hehe:)cubaan pertama:)
p/s: semoga bajet ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan negara:)


Monday, October 11, 2010

kisah dan tragedi 101010

salam semua..
selamat petang..
ini hanya entri yang pendek2..
hanya ade gmbar dan sedikit ayat2..
tak percaya??

sila ke bawah
perkahwinan 4 selebriti malaysia

1.Dato' Sheikh Muzaffar+Datin Dr.Harlina
kredit gambar: gadis mawar hitam


2. perkahwinan bienda dan suami
kredit gambar: zon artis

GAMBAR KAHWIN BIENDA

3. Perkahwinan Aqasha + Noor Baizura
kredit gambar: zon artis

GAMBAR KAHWIN AQASHA

4. Perkahwinan pemilik sani ekspress,Dato Wan Mohamad Sani Salleh dan isteri.
kredit gambar: mat kepoh


dalam 4 pasangan ini bersatu hati,
ade insan yang kehilangan orang yang mereka sayang..

alfatihah buat keluarga mangsa nahas di Tol Simpang Ampat semalam.
15 orang telah disahkan meninggal dunia,
12 meninggal semalam,dan 3 lagi disahkan meninggal di hospital hari ini.

muka_hadapan
kredit gambar: cikgu dahlia

p/s: kemalangan ngeri ni buat hamba rase gerun untuk naik bas lagi,tapi itu memang kenderaan rasmi untuk balik kampung,semoga hal2 macam ni tak jadi lagi.
p/s: facebook telah diactivate buat sementara waktu,bakal diactivekan semula suatu ketika nanti.harap maklum.

Thursday, September 23, 2010

Syafiah Humaira[pendapat]

salam semua..
selamat malam,
ouh2.b4 membebel lebeyh panjang,
mahu lah hamba meminta ampun maaf (eceh,macam raya punya maaf plak)
sebab semalam tak dapat bwalk merata2..
semalam internet main cikucak ngan hamba..
tapi harini dah ok!!:)weee:)

ok,
rase hamba la,
hamba jarang nak sentuh isu2 dalam surat khabar kan??
kadan2 ade,tapi tidak dikupas pun,
sekadar inform korang je yang kat paper tu ade cite tu..

tapi harini,
bile hamba bukak harian metro online,
hati hamba tergerak untuk menaip entry ini..

sebelum membebel lagi dan lagi,
nak mintak maap dulu andai ade terkasar bahasa ke hape..
ini hanya pandangan ye kawan2..

'Saya tetap sayang dia' 

itulah tajuk salah satu berita dalam paper harini 
ini berita tentang proses perbicaraan kes pembunuhan
Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu..

tak tahu tentang kes ini??
dipendekkan cerita,kes ini adalah kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan
yang telah dibunuh oleh teman lelaki ibunya sendiri..

dan,yang dibesarkan dan diwarnakan biru itu adalah kata-kata ibu si kecil yang dibunuh itu.
bukan sayang kepada si kecil,tetapi kepada si pembunuh,

ini ayat dari si ibu itu,
“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” 

ape kah maksudnya???
lelaki itu sayangkan anaknya??sayang sampai sanggup bunuh ye??
sayang apekah itu??
kucing sayangkan anak tak plak membunuh..
ouh apekah hati seorang ibu..:(
sedih sungguh tatkala baca berita ni:(

dan ini antara feedback pembaca harian metro online:


 
 ok lah,da tanak komen banyak2 lagi dah,
hanya satu perkataan SEDIH!
ape kata anda??

p/s: ehem2..macam ade BE baru yang nak melekat~~mintak2 la BE,boleh cashout kali ke 2~~heheh 
  


 

Sunday, June 20, 2010

UPSR dan PMR dimansuhkan???ape kata anda????

salam semua...
selamat hari isnin..
sihat tak harini????
mm harap semua sihat2 ajer k..

okeyh..semalam mm tengok berita..
tup2 dgr kerajaan dalm proses pertimbangan untuk mansuhkan UPSR dan juga PMR untuk tahun 2011 akan datang..
tapi ini masih dalam pertimbangan pihak kerajaan...

kerajaan minta pendapat dari semua pihak...
bagi pihak mm,
mm rase seperti tidak relevan seandainya kedua2 peperiksaan umum ini dimansuhkan...
bayankan,belajar 17 tahun,kemudian baru ade spm...

dan.kalaulah upsr dan pmr dimansuhkan,
mm rase tak relevan untuk MRSM dan sekolah asrama penuh diwjudkan lagi~~~

huhu..ape2 pun,pikirlah sedalam2nya sebelum buat keputusan,
jangan jadi seperti isu judi bola sepak yang akhirnya,ramai kena tangkap...
ape kata anda plak??jom komen2::)

Monday, June 7, 2010

isu ISRAEL kejam!!!!!




salam semua....
hahhaa...selmat hari selasa...
harini mm datang lagi..
dengan perubahan wajah bila mashimaro membebel nih..
maaf la yer..tengah mencari blog template yang sesuai dengan hati..

so,back to the topik..
semua orang pun tengah kecoh kan pasal isu ni???
mm tak pernah sebut lagi kot pasal nih
walaupun topik ini hot sekarang..
so,
PM kita,sangat amat prihatin tentang hal nih...
dan beliau telah pun mengemukakan 15 usul khas yang dibentangkan
dalam dewan rakyat semalam..

nak tahu apa usulnya..
jom baca kat bawah..

(1) Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam;

(2) Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;

(3) Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mencela Israel dan bukannya semata-mata membuat kenyataan yang lemah;

(4) Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza;

(5) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);

(6) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ);

(7) Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);

(8) Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak;

(9) Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini;

(10) Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;

(11) Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;

(12) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis;

(13) Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki, Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis;

(14) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat;

dan

(15) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.

mm sangat sokong dengan usul2 yang disebutkan.
anda bagaimana???

Sunday, February 28, 2010

TSUNAMI MENYERANG DUNIA LAGI!!!!BE WARE!!!

salam semua.....

wah....diriku sudah kembali ke normal!!!!!
FESTIVAL 1 MALAYSIA dah tamat...
selesai sudah tanggungjawab ku...
ade satu lagi sedang menunggu giliran..(dinner kolej la plak)
Onion IconOnion IconOnion IconOnion IconOnion IconOnion IconOnion Icon

okeyh...
harini semua orang kat dunia ni pun GEMPAR cite pasal TSUNAMI yang datang kembali...

Malaysia pun telah diberi amran untuk mengambil langkah berjaga2 untuk menghadapi tsunami...

tengah kat Malaysia ni panas terik,tetibe je dengar amaran TSUNAMI..
betapa besar kuasa Yang Maha Esa,ALLAH S.W.T.

juz take a look on dis video,
antara kemusnahan yang jadi dekat Chile..

em,ok lah...sila la renung2kan yer...
semua yang jadi ade hikmahnya..

selamat malam semua!!!!

Onion EmoticonsOnion EmoticonsOnion EmoticonsOnion EmoticonsOnion EmoticonsOnion EmoticonsOnion Emoticons

nota ibu jari kaki: esok kena test masak2 untuk jual nnti...wish me luck yer~~