Showing posts with label gaya hidup. Show all posts
Showing posts with label gaya hidup. Show all posts

Friday, December 17, 2010

futsal dan perempuan

salam semua..selamat hujung minggu..ouh no,ini adalah weekend terakhir dirumah~~esok dah nak bergerak ke kolumpa terchenta.semangat tade lagi nih.macam mana ni..:(

ok,dah stop mengadu domba kat orang,mari teruskan dengan tajuk entry.futsal dan perempuan.errr…ape pendpat korang??pelik,tak sopan,bagus,baik,aktif,ok,sila bagi pendapat korang.

ok,bagi tuan belog,futsal dan perempuan untuk zaman sekarang dah pelik,sedangkan bola sepak pun dah ada untuk permpuan di peringkat sukan antarabangsa kan??so,tak lah pelik kalau perempuan main futsal.

errr…tapi mungkin ada yang berfikir perempuan yang main futsal @ bola sepak ni tak sopan.yelah negara kita ni kan negara timur,perempuan ayu-ayu melayu terakhir lah kan dalam pikiran.tapi sila berfikiran terbuka yer,tak semestinya orang perempuan yang berfutsal ni ganas.bak kata adnan sempit,dalam hati ade taman der..

sebab sebenar aku tulis entry ini adlah aku jugak pernah main futsal,dan yes!!futsal sangat mengujakan.the right way untuk bersenam.tapi kan,dah lama ni tak main..rindu tau.nak main tapi kan tade geng..ouh sedih2..

dah lah,malas nak cakap panjang-panjang,nanti lagi sedih.dah la semalam dijeleskan oleh 5 sekawan yang berkarok dan berbowling sakan di kolumpo sane!!!erk!!benci korg!!!!

 

private_1_89f6c51f30e63998a5ab572b6531d7792814b7eca4aef1fd643ed092eccbc651l

ni lah gambar team futsal aku time dekat matrik!!and yes!!1 kali juara,dan 1 kali naib juara.cari aku kat mane!!!dah layannnnnn~~~

Sunday, December 5, 2010

sakitnya…..tak tahan!!!

salam semua!!!wuaaaaaaaa..sakitnya..tak tahan!!!!erk,kenapa ngan tuan belog nih,macam sakit tenat jerk.errr,tak tenat pun kalau tenat dah gol(mati) dah @ tade dah entry nih..

dalam banyak2 sakit,antara sakit yang paling sakit adalah sakit gigi!!er.abaikan ayat bm tonggang langgang itu,motif I sampai kan??selain mengandung,sakit gigi antara yang terseksa sekali,ceh,gaya cakap cam I penah nganding plak.harap maaf ini I dengar dari orang la..

 

serius sakit weyh!!tak tipu!!sangat sakit..
bayangkan I menangis dari pagi sampai malam sebab menahan sakit,
tapi time tengahari pegi umah orang kawen,I control ayu jer tau~~

ni ade orang bagi petua kat I macam mana nak ilangkan sakit gigi:

-letak halia,kat tempat yang sakit tu,ok tak berani nak try sebab halia tak sedap!!
-gigit 2 bunga cengkih kat tempat sakit,pun tak pernah cuba sebab cam tak sedap jer,haha
- tumbuk bunga cengkih tu,letak kat lubang kat gigi,ini untuk gigi berlubang and yes,I penah buat dan berkesan

so,sape2 yang ade perasaan cam I sekarang mesti paham ape I rase.jom amalkan petua tu,kot2 berjaya.dah,I nak tdo!!zass!!

Saturday, December 4, 2010

jiran

salam semua..selamat pagi???bangun2!!!dah pagi ni~~matahari pun dah keluar..eerk!!apahal eksaited melebeyh ni~~huhu…eksaited sebab I jadi anak tunggal kat umah sekarang..best wuu!!!ikut jerk mana parents pergi~~rasa macam kanak-kanak balik ok!!

ok2.stop cakap keeksaitedan aku nih..mari kita bincang isu diatas..atas mane?tu yang kat tajuk entry tu lah~~JIRAN!!sape ade jiran angkat tangan!!!!majoriti antara kita pasti ada jiran kan.even rumah sebuah2 pun,yang paling dekat itu still dikira jiran kan??

jiran1

ini contoh jiran yang hidup aman dan damai

jiran21

dan ini,contoh hidup berjiran yang tak patut ada

so,harini I nak cite kat u all satu scene yang berlaku di alam nyata.baru jer terjadi kat my family.er,ini bukan untu memburukkan sesiapa,cuma rasa terkilan yang menyebabkan I mahu cerita.so,hopefully tade antara kita yang berperangai sebegini rupa tau.

alkisahnya,adelah satu family ni,er,nak kata jiran macam boleh jugak lah kan,sebab rumah diorang lorong depan umah i.nak dijadikan cerita semalam adalah hari perkahwinan anak sulung family nih,dan khemah perkahwinan dipasang betul2 di depan rumah i.

tapi kan,satu keluarga I tidak dijemput untuk hadir ke kenduri tersebut,erk,patut ke tak patut???kitorang tak kisah la diorang nak jemput ke tak kan,bukan kebulur sangat pun nak makan nasi orang kahwin,cuma rasa terkilan,sebab ada mulut2 yang berbunyi kata keluarga kami kera sumbang,orang tengah kenduri kat luar,kitorang tutp pintu rapat2 tak keluar tunjuk muka lansung.

hadoilah,buat apa kitorang nak tunjuk muka,kami tak dijemput ulang suara kami tak dijemput,takkan lah kitorang buat muka tebal pergi kenduri tu kan??so,ape kata anda??kalau korang kt tempat I,ape u olz rase??share sikit..

ingat senang ke jadi xxxs???

assalamualaikum dan hai!!!salam sejahtera buat semua readers BMM.ha engkau tajuk kali ni adalah amaran kepada semua orang!!!*gaya cam garang sangat jerk*

hai,sekarang ni kalau duk lah mane2 pun duk dgar orang kata susah kalau jadi xxxl kan???tapi sebenarnya jadi xxxs lagi susah weh!!!daku merasakan keadaan itu..wuuu..seksa2..

kalau orang tu saiz XXXL,boleh lah jugak carik baju kan,coz ade jugak baju yang dibuat untuk diorang,tapi aku???XXXS??mane ade weyh,yang ade pun XS je yang mampu daku jumpa,wuuu…sedeyh,hanya mampu beli baju saiz kanak-kanak,tu pun kadang-kadang saiz paling besar untuk budak kecik pun still besar kat aku..ape cite? ??

sedeyh tau jadi XXXS ni,meh nak dedahkan cerita,kalau main bowling aku terpaksa pilih kasut saiz 2,tu pun besar sebenarnya tapi aku buat-buat muat je sebab orang yang bagi kasut tu mesti tengok aku 2-3 kali sebab tak percaya,ye la budak umur 6 tahun pun pakai kasut saiz 3,aku??

then,bile dah jadi XXXS ni kan,korang mesti dipermainkan~~hahaha..pasti dibuli macam aku ngan ERY FARIEHA yang dibuli oleh ANAKPERAK,AUS dan CHEARMSTER,tapi tape,aku tak kesah korang nak cakap ape,sebab aku ingat cikgu aku cakap time jumpa aku dikala umur aku 18 tahun,”awak ni dah umur 18 tahun tapi still macam 12 tahun”ha.kan dah awet muda tu,so jangan rendah diri yer kalau berdepan ngan orang.*dalam hati aku duk cakap,tayah rendah diri cikgu,memang dah rendah dah"*

*eh,daku tak jual kasut,ni amik gambar google jer*

ha,so,jangan cakap orang XXXL je yang susah tau,sian kat orang-orang XXXS macam aku nih rasa terpinggir.Ingat senang jadi XXXS???ape2 pun plis bersyukur dengan diri sendiri okeyh??sapa yang XXXS jugak??meh mengaku kat sini meh.

ops!!jap nak pecah rahsia,aku beli kasut kat bahagian kanak-kanak tau,saiz kasut aku 32,try la pegi tengok kat kedai kasut,besar mana kaki aku!!pastu nak gelak.SILAKAN!!!

adios!!

Wednesday, December 1, 2010

tips: diet dengan cara masakan….

salam semua!!!selamat pagi!!!gud morning!!!heh.siap 2 bahasa lagi..nih dah terlebih tido ke hape..semalam mode entry macam tade hati,hari ni dah macam terlebih hati plak..

hehehe…sebelum entry bermula,ingin daku berkata.semoga sihat sejahtera kawan2ku!!!okeyh,sape yang baca entry ni pagi,anda dah breakfast??makan ape??yang tengahari sudah lunch??argh,snang cite,korang mkn ape yer tadi??

ha,meh datang dekat sini meh,nak bagi tips nih..korang mesti suke tips2 macam ni,nak2 golongan yang nak kurus tu kan??meh2 kite baca tips ni..

diet nih,tak semestinya untuk kite kurus je yer saudara saudari,tapi diet ni adalah untuk mendapatkan kesihatan yang baik,in other word,control ur food.so,as it is to control ur food,tak bermakna korang juz kena kawal banyak mana korang makan tau,korang harus jugak lah jaga cara korang masak makanan tu..

gmbar ihsan incik google:)

so,makanan yang sihat adalah makanan yang guna cara masakan

-merebus

-kukus

-salad

-panggang atau bakar(tapi jangan makan yang hitam sebab itu salah satu punca kanser)

dan antara cara masakan yang kurang sihat adalah

-bersantan

-bergoreng(minyak yang banyak)

so,marilah semua mengamalkan gaya hidup sihat dengan salah satu caranya dalah makan dengan cara yang sihat dan betul!!

selamat mencuba semuaSmile

Monday, November 22, 2010

fenomena di Malaysia…

salam semua…selmat pagi mungkin lebih sesuai untuk entry ini,
ok,sebelum melalut lebih panjang,mahu bagitau..sepanjang minggu ni,blogwalking + update entry hanya akan terjadi waktu tengah malam yer kawan-kawan..
sebab??sebab hanya mampu menumpang berukband kawan jer sekarang.
jadi,sudah alasan,sekrang meh cite tajuk entry..
fenomena??tahu tak fenomena tuh ape??
jom try cari kat wiki yer..
Fenomena merupakan suatu peristiwa yang nyata, sesuatu fakta, pewujudan atau perubahan yang dapat dilihat dan merupakan sesuatu yang istimewa. Misalnya: hujan, ribut, angin monsun, pelangi dan sebagainya.
ini wiki cakap,tapi bagi aku,bila sebut fenomena ape yang terlintas kat kepala,bencana alam!!tapi ade 2nd thing yang aku terfikir,fenomena=trend masa kini.
boleh tak cakap macam tu??huhuhu..dan antara fenomena yang terjadi di Malaysia

1.Fenomena Dato’ Syed Muzaffar-siap timbul kain nama kain angkasawan,huih,Malaysia sangat bangga dapat hantar angkasawan ke angkasa.
2. Fenomena Maher Zain-okeyh yang ni sedang hangat terjadi,even budak kicik pun boleyh hafal lagu beliau,but lagu beliau sangat super duper best!
3.fenomena bertudung-okeyh ni bukan fenomena bukak tudung cabut tudung tau,tapi trend tudung yang macam2,antaranya,tudung Siti,tudung Rozita Che Wan lah.paadahal RCW tak pakai tudung pun still ade tudung die..

ini tudung siti

ini tudung RCW

4. Fenomena yang paling aku benci kat Malaysia ni,fenomena buang bayi.hah,yang nih aku rase cam nak hemouk jer kepala orang yang wat keje nih!!!so,mari same2 banteras fenomena yang last nih ok!

dah,cukup lah aku melalut.korang jangan segan silu nak komen yerSmile
ADIOS!!!!

Tuesday, October 19, 2010

[TIPS] Naikkan berat badan

salam semua..
selamat pagi..
huhuhu...dah lama tak stay up ditengah pagi..
ok..ini bukan stay up,tapi ini bakal tak tdur smpai subuh..

oleh kerana tak tidur,
hati teringin nak taip entry..
jadi mari share sedikit tips:)

hari ni hamba yang banyak membebel 
mahu share sikit tips kepada 
hamba manusia kat luar sana yang nak kasi naik sikit berat badan
oh2.sudah tentu hamba terasa

1.sila makan makanan yang tinggi tenaga.

contohnya:kentang,jagung,roti dan nasi(sebab makanan ni kaya karbohidrat)

2.gantikan minuman bergas kepada jus buah-buahan

anda dapat kurangkan gula dan juga dapat menambah vitamin c dan kalori dalam 
badan anda:)

3.tambah kuantiti hidangan yang anda ambil

contoh:dari 1 senduk,kepada 1 1/2 senduk.

4.disarankan mengambil snek,antara selang masa makan.

contoh snek yang anda boleh ambil seperti buah-buahan

5. makan ikut masa

ini penting sebab badan anda sudah terbiasa dengan masa yang 
biasa anda makan,dan andai terlambat,badan akan mula rasa lemah.

6.  aktiviti fizikal

sila tukar pegangan bahawa hanya orang gemuk yang perlu bersenam.
orang yang kurang berat badan juga perlu bersenam yer rakan-rakan


selamat mencuba:)
kalau ada hasil bagi tau eh!!!
adios!!

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011

salam semua...
haip2...
hari nih 2 entry~~
tahniah lah buat diri sendiri sebab dah lama tak hupdate 
2 kali sehari..

okeyh,usah panjang lebar sebab isi entry bakal panjang
tapi tak lebar.
semua pun tahu hari ni.
pembentangan BAJET 2011 oleh PM kita kan??
so,
mm mahu lah listkan beberapa yang menarik perhatian hamba yer..:)

tema:TRANSFORMASI KE ARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI
strategi asas:
1. mendaya kembali pelaburan swasta
2. membangunkan modal insan
3. mensejahterakan hidup rakyat
4. memantapkan penyampaian perkhidmatan awam

- pembinaan hospital UIA di kuantan(boleyhlah hamba pergi lepas ni)
- program inkubator kemahiran ibu tunggal(xberapa nak paham,tapi mesti konsepnyer nak tolong ibu tunggal kan??so,hamba like2:))
- small office home office iaitu program latihan 3 bulan untuk wanita OKU:)
- cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari,tapi ini tertakluk pada cuti bersalin 300 hari untuk sepanjang perkhidmatan.
- gaji posmen meningkat kepada rm1285,manakala gaji guard mencecah rm 1000++(jadi kepada posmen dan guard2 sekalian,sila lah bekerja dengan tulus dan ikhlas)
- 20 juta untuk Akademi Bola Sepak di Pahang(wahai pemain bola sepak negara +bakal2 pemain bola sepak negara,sila berjuang hingga menang!!)
- kadar tol PLUS,tidak akan dinaikkan dalam masa 5 tahun ini:)(semua orang pun senyum nih)
- bantuan kewangan rm 500 kepada penjawat awam gred 54 dan kebawah,dimasukkan disember ini.
- penghapusan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat Malaysia,seperti beg tangan(yang nih redmummy suka)
- 150 juta ringgit untuk rebat bayaran bil elektrik.(time kaseh kerajaan)
- kadar elaun bagi imam dinaikkan kepada rm750,dan guru kafa kepada rm800,(wuu..abah tak merasa kot,abah bilal)
- ha,lupe cukai untuk telefon bimbit juga telah dikecualikan:)

ok,itu hanya sebahagian daripada isi kandungan bajet 2011 yang disampaikan tadi,
kalau nak tahu lebih lanjut,bolehlah cari di blog sis dahlia yer:)
overall mm rase kerajaan dah memikirkan dari setiap aspek untuk bajet kali ini:)

dahlah bebel,penat!
ADIOS!!:)

p/s:jangan ade yang pelik tengok post ni kejap align left kejap center yer~~hehe:)cubaan pertama:)
p/s: semoga bajet ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan negara:)


Tuesday, August 24, 2010

mahu kurus???

salam semua..
selamat hari rabu..
eh2..dah 15 ramadhan dah~~
maknanya lagi 12 hari nak balik..
ouh lama lagi!!!!

ops!!!tajuk ku apekah???
ade yang berminat???

hehehe..
bulan puasa ni cnfrm ramai yang akan kuarkan ayat ni
"heheh,puasa ni boleh la aku diet sikit"
eh2.jangan tak ngaku..
cnfrm ade la~~hehhee...
ni ade la fenomena biasa ok!!!

alkisahnya,
patutnya memang boleh membantu anda untuk diet,
tapi kalau dah time buke tu 
melantak meja penuh makanan..
memang alkisahnya..
korang g timbang berat kat shopping complex,
die cakap
"ANDA BERAT"
wakakaka...mahu tercabut biji mata korang nanti~~
kat sini mahu la hamba sharing sikit ilmu yang hamba dapat as budak sains pemakanan kan..
ni basic je la..
hambe pun baru beginner yang tak berapa nak pakar lagi..


1st korang kena tau intake kalori korang semua dalam sehari..
ini anggaran je la ea..
approximately,untuk umur 
20-39 (f) perlukan 2000 kcal
manakala 
20-39(m) perlukan 2500 kcal

okeyh yang ni yang dicadangkan tau,
tapi tak semua akan ikut yang dicadangkan tau~~
ikut keadaan dan fizikal anda..
so,untuk yang mahu kurangkan atau tambahkan 0.5 kg /week.
anda haruslah berusaha menurunkan/menambahkan kalori anda sebanyak 500 kcal..
caranya: kurangkan saiz makanan anda,kurangkan minyak dalam makanan(untuk yang nak tambah berat,sebaliknya ok)

bayangkan 0.5kg/week=2kg/month..
kan berbaloi tu,
tayah nak susah -susah korang nak makan ubat macam2..
change ur life style,
eat healthy,do physical activity,
u can choose the way u live.

heheh..orait!!!
ni basic je tau..
mungkin nak tau banyak lagi kan??
nah..
mm bagi sedikit rujukan


ok!!
dah habis..sape rase ini berinfo!!!
sila angkat tangan pastu tekan like & komen!!!wakaka..

p/s: lagu raya dah kuar kat radio,tapi kat bilik hamba dah lama dah~~~ngeh3...adios!!

Wednesday, August 18, 2010

facebook dan kanak-kanak

salam semua...
selamat hari khamis...selamat 9 ramadhan..
alhamdulillah,panjang lagi umur untuk puasa...

sebelum hambe start membebel tanpa menghiraukan apa2 kat sekeliling hamba..
hamba nak mintak maap awal2 dulu...
kot2 la ape yang hamba tulis ni bakal menggores dan menang hati anda yang terasa..
ini hanyalah pandangan dari seorang hamba yang walaupun fizikalnya kecik,
tapi akalnya sudah matang(ececce..puji diri sendiri plak kan)

FB??
rasanya semua orang dah tahu pasal FB kan??
macam2 motif orang kat luar sana join fb..
for me:
hamba buat fb sebab trend sekarang~~
tapi itu time mula2 la..
pastu bila dah lama2 
motif hamba nak main game plak..
tapi bila dah bosan,tukar lagi,
motif hamba adalah mencari kawan2 lama hamba yang dah lama terpisah dari hamba..
dan motif itu tercapai bile hamba dapat jumpa cikgu-cikgu + kawan-kawan hingusan hamba...
dan anda??
ape motif anda bukak akaun FB??
tepuk dada tanya hati~~

okeyh,,intro dah agak panjang disitu..
jadi mari pendekkan isinya..
apa pandangan anda kalau budak 6 tahun@kanak2 sekolah rendah ada akaun fb??
hamba tatau ape motif mereka ok??
nak kata nak connect ngan kawan2 yang terpisah rasanya kawan2 boleh jumpa kat sekolah..
ibu2 bapak2,
anda tengok tak ape anak anda lakukan??
anda check tak??
anda tak kisah ke anak2 anda terjebak dengan "benda2" lain??
hello,anak tu baru 6 tahun kot,senang gile nak terpengaruh,
kalau boleh,jauhkan anak2 anda dari terjebak dari hal ini,ok???
hamba nak cakap lebih2 hamba tade anak lagi kan..
so ini juz pandangan dari hamba..

sekali lagi..harap maaf pada yang terasa..
kalau sayang anak,biarlah dengan cara yang betul,
jangan terlalu manjakan mereka kerana..
most kes lari dari rumah terjadi bila kanak2 @ remaja 
tak dapat ape yang mereka nak..
ye lah,dah selalu ibu bapa ikut jer,n suddenly tak ikut..
memang meroyan la budak tu~~

fikir2kan ok:)
sharing is loving:)

Saturday, April 24, 2010

ayuh kecek kelate...

hahaha...
entry kali ni adalah untuk menghilangkan gian mahu kecek kelate..
lamo sungguh ambo dop kecek kelate..
so,untuk demo2 hok dop pehey tuh..
sori yer..hahaha..

ambo nih ado daroh kelate..
haha..tapi bukey siam deh..
kelatey tulen gitu..
tapi gak..
bila duk pehey 21 tahun..
vocabulary ambo iley meta..
hahaha..
tapi gak pahtu ambo duk mara pc 2 tahun..
buleyh kecek mula la weyh~~

hahaha..tapi ambo dop leh kecek kelate ngey bukey oghey kelate..
tahu la..nok kecek kelate,ambo keno ado gu dlu..
hahaha..kalu demo oghe kelate otomatik ambo kecek kelate lalu la weyh~~

hahaha...
lawak gile okeyh..aku merapu tak hengat dunia kali nih..
hnya mereka yang paham bahasa kelantan paham...

sape2 hok nok belaja kecek kelate..
marilah belaja ngan mm..
hahaha..kita tok leh kupik ilmu weh..
nih ade oghe tuh ghoyak ko mm la..
mm tolong cakap balik..hahaha...

okeyh..mm da mengarut akibat menghadap nota2 yang bertambun ini..
sila suruh mm setudi..jangan setado...
okeyh2..malam semua..

note:hahhaa..sorila tertaip 3 entry plak hari nih~~

Thursday, April 22, 2010

cerket...

salam jumaat semua...
huhu..mood menulis hari nih lambat sket dtg...
walaupun sebenarnye idea nih dari semalam datangdalam kepala..


cerket..
ape tu??hehhe..pernah dgr cerpen??
ini sepupu sepapat cerpen la..
kalau cerpen tu cerita pendek..
cerket pula..cerita ketot!!!
hehehe..buleyh tak buat tafsiran gtu??
heheh..seketot tuannye yang "comel" nih..
ok..sila jangan muntah..

cam ni cite die..
kat sebuah kampung nih,nama kampung tuh..kampung tak selamat dah..heheh.
ade la se"pair" suami n wife..
nama yang wife die,tini,
nama suami die,hamid..
okeyh..sila faham..nama ini tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah tiada....


tini dan hamid disatukan atas dasar pilihan keluarga*pengaruh ADAMAYA sungguh*
tapi,hamid ni,depan mertua je die baik smpai pijak semut pun semut tak mati..
tapi kalau belakang mertua dan parents die..
huish..dialah hulk hogan..rasernyer kalau hulk hogan tengok pun
tak ngaku sedara..

keje die..kuar pagi balik malam..salah2..tengah malam..
pagi gi keje..balik keje pegi berjimba ngan pompuan lain..
balik mabuk,die dush2 wife dia...

hamid memang tak ambik tahu lansung pasal tini.
yang die tau..die balik,die nak makan,
kalau tade...memang jawabnye, badan dan muka tini jadi bahan makanan tali pinggang die..

sampai satu tahap,
tibe2 tini jatuh sakit..
tapi hape hamid peduli???
die tau,die balik,die still nak makan..
kalau tak semngat hulk hogan die datang...

sepanjang seminggu tini ni sakit..
hamid tetibe tak balik rumah..
tataulah ape sebabnyer..
sakit tini dah semakin teruk..
sebabnye tini ade ketumbuhan di perut..
dah tahap kritikal,tapi dia tak bagitau hamid..
ye la..macamana nak bagi tahu..
orang tuh sakit pun die tak amik peduli..

alkisahnya,
tini terlantar hingga nafas terakhir seorang diri..
dengan ditangannya ade sepucuk surat..

dua hari kemudian,
hamid balik..mencari2 dimana tini..
kali ini bukan untuk memukul,tapi memohon ampun maaf..
memohon maaf dari kesalahannya yang sangat banyak terhadap tini..

rupa2nya selama ni,
perempuan yang melayan hamid adalah rakan tini sendiri.
tini yang memintanya berbuat demikian..
kerana tini rasakan dia tak mampu menunaikan tugasnya itu..
kerana skitnya..
dan suaminya juga perlukan zuriat..
dan malam itu barulah segala pekung dibuka..

tapi sayang,
hamid dah terlambat..
sampai nyer hamid dirumah..
hanya mampu untuk melihat wajah yang kaku,
rohnya telah diambil ALLAH..
isteri yang selama ini dicaci,dihina,dimaki,dipukul,
telah kembali menghadap ILAHI...

dan saat hamdi merangkul isterinya ke dakapan,
hamdi terpandang sepucuk surat..
surat tu camni la lebih kurang...


ke hadapan suami ku yang disayangi,
maafkan segala dosaku sepanjang kita melayari bahtera ini,

ingat tak saya pernah sebut K.A.S.U.T???
sebenarnya,k.a.s.u.t yang tini maksudkan..

kalau ada sayang untuk tini...
ye..kalau ada sayang untuk tini,abg..

kalau ada sayang untuk tini,
tini minta,abang tunaikan hajat terakhir tini..
walaupun tini tak mungkin dapat melihatnya...
tini minta,abang jadilah suami yang baik buat siti,
jaga dia,dan dapatkan zuriat abang.
maaf sekali lagi dari tini sebab tak dapat penuhinya untuk abang..
tini doakan kebahagiaan bersama abang..
akhir sekali,kalau ada sayang untuk tini,abang doakan tini aman disana ye bang..


salam sayang,isterimu,tini.

*end*

nota: buat suami2 dan lelaki2 di luar sana,isteri itu adalah amanah untukmu,jaga lah dia seeloknya..
nota: terima kasih buat DARKBATMAN yang telah mengreview my blog...

say NO!!!!!

salam semua...
selamat petang..haha..(kan gud nite itu utk orng nak tido)

okeyh..
malam nih nak bagi info lagi buleyh???
nak info tak???

tengah2 baca notes teringat plak kat blogger2 tersyang..
*hahhaa..terharu tak nih*

okey..
b4 nih da cakap pasal makan yang sihat kan??
tahukah anda,kanser boleh dicegah melalui pemkanan yang sihat??
cececeh..dah jadi cam cikgu dah...

ade gaya tak cikgu dahlia??hehe...


hari nih..
nak share some info pasal ANTIOKSIDAN..
mesti pernah dengar kan??
okeyh..antioksidan ni adlh..bahan yang boleh menghalang berlakunya kanser..

now,nak cite,ape yang kamu2 semua boleh makan..
as one way to cegah kanser~~~

okeyh..
makanan2 tu adalah..
makanan yang ber vitamin A,C dan E,Selenium ..

1.
vitamin A boleh didapati daripada sumber2 seperti,
hati,telur,minyak ikan kod,dan sayuran dan buah2 yang warna kuning dan oren..
lebih digalakkan makan dari buah2 dan syur..sebab,kalau makan bnyak sgt hati tu,nnti boleh jadi toksik pule..
vitamin A ni jugak,baik utk mata tau kawan2...

2.
vitamin C-boleh dapat dari buah2an & sayur ye kawan2..
boleh elak kanser esofagus,perut n banyak lagi..
untuk sayur2.jangan masak lama2 k..nnti vitaminnyer hilang..

3.
vitamin E-kita boleh dapat dari minyak sayuran..itu untuk yang terbaik lah..
tapi minyak mask yang kita guna iaitu minyak kelapa sawit tu pun sumbang vit.E jugak..
dicadangkan guna minyak zaitun yer kawan2..

4.
selenium-ok..untuk selenium plak..sumber boleh didapati daripada..
makanan laut,hati dan juga bijian...

okeyh..tu infonyer..
jadi..
marilah kita..sama2..
prihatin terhadap pemakanan kita ok..
cegah kanser dari hidup kita..
say NO to kanser..

Tuesday, April 20, 2010

tips b4 pergi shopping

okeyh...
ade lagi ke yang masih setia macam lagu..
aku masih setia tuh~~hahaa..
okeyh...

yang masih setia..
jom2..mm ade lagi tips nak bgi nih..
hehehe,..
kan orang cakap..sharing is caring caring..
so sharing is loving..heheh...

kalau semalam mm cite sal makan sihat..
ni kaedah shoping yang sihat..
hahha..
should try ok~~


1. sila makan kenyang2 b4 anda bershoping..
reason die..bile kita dah kenyang..
tahap selera kita time tengok makanan2 yang terjual akn rendah..
oleh itu..save la duit anda kat situ..hehehe:p


2. sila jangan bawak troli..

hehee..reason die..kalau anda bawak troli..
anda berkemungkinan akan bershoping ikut saiz troli..
slagi ade ruang..slagi tuh la nak sapu semua barang kat supermarket tu..

3. sila buat list b4 anda pegi shopping yer rakan2...

bila dah buat list nih..
jangan plak tak reti tahan nafsu..
sebab..klau buat tak ikut..baik tak payah buat..
bazir kertas jer..
dah tak green earth dah kat situ~~

4. sila jangan bawak duit banyak2..


haish..kalau bawak duit bnyaknih..
mau la nnti dah tengok tinggal 10 sen baru sedar..haha...
*okeyh..ni kutuk diri sendiri*

5. sila jangan bawak kad ATM anda


hahaha..kalau anda tak bawa duit tapi bwak atm kad..
tade gunenyer yop..hhahha...so,sila amalkan secara seiring dan sejalan bak kata lagu broery marantika..ngan dato s

6. klau boleh sil cari supermarket yang tade atm dan jauh dari mesin atm..
hahhaa..ade ke??


okeyh..yang last nih susah nak buat sbb duk tengah bndar kan..

okey..dah penat taip..
sila la amalkan..
lau menjadi..gtau~~
hehe..