Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts

Friday, April 16, 2010

jumaat=hari 4 sharing

salam semua...
selamat hari jumaat buat semua..
tetibe dtang idea nih..
idea untuk buat slot sharing is caring...
slot sharing is caring hanya pada jumaat..
untuk bagi sikit renungan+peringatan
buat diri mm dan rakan2 sume...

so..untuk hari pertama..
mm nak share ngan sume pasal cite keinsafan MALIK NOOR..atlet bodybuilder negara kite
*ketul2 darkbatman dah ala2 ketul2 malik noor gak*

mm baca nih dari blog beautiful nara
jemput baca ea semua..
mm mengalirkan air mata baca cite nih..

betapa ALLAH sayang umatNYA..
sebesar mana dosa kita..
andai kita taubat padaNya...
dengan sesungguhnya..
insyallah ALLAH itu maha pengampun...
selamat membaca semua..

nota pendek: ini entry ke 100..sangat teruja..!!!

Saturday, February 27, 2010

K.E.J.A.M.....manusia ke haiwan????

salam 1 malaysia semua(hohohoho..aura festival 1 malaysia tak habes agi)

ok..merepek...
tengok tajuk!!!!!
setelah dah beberapa hari tak hupdate belog yang dirindui akibat tanggungjawab lain(bertanggungjawab ke??)
arinih tetibe rase nak mengamuk kat belog nih...

MSN Onion Emoticon SetMSN Onion Emoticon SetMSN Onion Emoticon SetMSN Onion Emoticon SetMSN Onion Emoticon Set

sedih,kecewa,hiba,dan segala macam perasaan timbul bila cik mashimaro(ok..tukar nama)
membelek akhbar online..(cet skema plak)

emm..klik sini untuk baca..
aduyai..

MSN Onion IconsMSN Onion IconsMSN Onion IconsMSN Onion IconsMSN Onion IconsMSN Onion IconsMSN Onion IconsMSN Onion Icons

lpas satu-satu kes yang timbul..
tu belum masuk kes buat anak tak reti nak jaga...

klik sini plak untuk baca pasal trend buang anak...

sedar tak,anak tu amanah Allah,that's why la ade sesetengah pasangan yang kawin dah 2 3 tahun,tapi belum dikurniakan cahaya mata..
mungkin Allah rase anda belum cukup kuat untuk membesarkan anak itu dengan baik...
jadi,mungkin kita boleh selidik ape kurangnya lagi,
mungkin bukan pada status kesihatan kita tapi apa2 disekeliling kita...

hai...sedangkan haiwan yang tade otak pun sayang anak die..
kenape manusia yang ada akal tak boleh nak sayang anak mereka???
manusia dah jadi haiwan ke????
gunalah akal yang membezakan kita ngan haiwan tuh dengan sebaiknya..



ok2..da penat beleter..
to all yang blogwalking..
akan ku jelajah kemudian k!!!
sayang korang semua sangat2!!!!

Onion EmoticonsOnion EmoticonsOnion EmoticonsOnion EmoticonsOnion Emoticons

MSN Onion IconMSN Onion IconMSN Onion IconMSN Onion IconMSN Onion IconMSN Onion IconMSN Onion IconMSN Onion IconMSN Onion Icon

Tuesday, February 9, 2010

bila anak mengungkit tentang ibunya....

salam...emmm...sedih kan ayat tu....ape la nak jadi..
anak boleh ungkit tentang ibunye..
tak sedar ke kamu yang ibu kamu dah besarkan kamu dengan penuh kasih sayang...
sedar tak keberkatan itu terletak pada ibumu..
sedar tak kamu sesungguhnya murka hidupmu kalau ibu mendoakan yang buruk terhadap mu..
tahukah kamu yang kita tak boleh mengucapkan ah sekali pun terhadap ibu...

maaf...entri teremo pulak..
sape2 yang dengar HOT FM petang tadi will know kenapa tetibe entri ni di postkan kat blog nih...
sesungguhnya sangat la BENGANG mendengarnye....

oklah..tamo bebel panjang2..juz nak kongsi dis one article..
marilah baca dan renung2kan...

luahan hati seorang ibu tunggal selama 29 tahun yang mempunyai 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
Suami yang dikasihi telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1979. Seorang anak lelakinya terpaksa bekerja kontrak, seorang anak perempuan bekerja guru dan tujuh lagi masih bersekolah. Pencen yang diperolehi daripada arwah suaminya sebanyak RM500 memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.
Bagi meneruskan hidupnya bersama 10 orang anak beliau terpaksa menoreh getah yang berada di sebelah rumah. Ini kerana tiga daripada tujuh orang anaknya yang bersekolah tinggal di asrama luar daripada daerah tempat tinggalnya. Sudah tentu perbelanjaan lebih daripada yang sepatutnya.
Kegigihan ibu itu bekerja tidak mengenal erti panas, penat, pening yang penting baginya; anak-anak tujuh orang itu perlu diberi pelajaran dan makan yang cukup. Setiap bulan beliau akan bercuti menoreh untuk mengambil wang pencen di pejabat pos (ketika itu).
Masa inilah ibu muda (ketika itu umur beliau 45 tahun) belanja besar beli ayam, daging untuk menjamu anak-anaknya. Segala kesusahan membesarkan anak-anak, ibu muda itu tanggung sendirian. Walaupun dua orang anaknya sudah bekerja tetapi gaji kontrak dan guru (ketika itu) berapa sangat. Lepas duit baju dan makan mereka bolehla.
Keperitan dan kesusahan ibu tunggal itu terbalas apabila sembilan orang anak-anaknya berjaya menamatkan persekolahan masing-masing. Walaupun ada sebahagiannya tidak dapat meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), namum mereka mendapat pekerjaan dengan jabatan kerajaan dan swasta. Inilah yang dapat membanggakan ibu tunggal tersebut.
Lebih menggembirakan apabila ibu tunggal itu dapat mengerjakan haji pada tahun 1985. Kegembiraan terserlah dan beliau bangga dengan kejayaan anak-anaknya. Namun, `langit tidak selalu cerah'. Kegembiraan dan kebahagiaan yang dikecapi bersama 10 orang anak-anak itu tidak bertahan.
Sepuluh orang anak-anaknya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak-anak. Ibu tunggal itu kini tinggal bersendirian di rumah usang peninggalan arwah suaminya ditemani anak sulung perempuan yang kurang pendengaran dan tidak berkahwin.
Apa yang menyedihkan empat orang anak lelakinya yang menjadi kebanggaan suatu ketika dahulu; telah lupa akan tanggungjawab untuk menjaga dan menghormati ibu tunggal itu. Empat orang anak-anak lelakinya lebih mengutamakan isteri dan mentua masing-masing.
Lebih memeranjatkan apabila anak sulung lelakinya seolah-olah menanti `saat terhentinya' nadi ibu tunggal mulia ini. Penulis terkejut apabila mendengar luahan anak sulungnya; `Bila mak aku mati aku yang akan mewarisi kebun ini'.
Penulis dapat menyelami kekecewaan hati ibu tua itu sekiranya ucapan kasar dan biadap anak sulung lelaki itu didengari ibu tersebut. Anak menantu perempuan yang lain pula sanggup menuduh, menghina ibu tua itu dan mahu pembahagian tanah diserahkan kepada suaminya (anak ibu tunggal ini).
Nasib ibu tunggal itu ibarat `Sudah jatuh ditimpa tangga'. Empat anak lelaki tidak kisah ibunya manakala isteri mereka pula menjadi `batu api' supaya seluruh ahli keluarga itu kucar kacir.
Hanya anak bongsu lelaki yang tinggal di sebelah rumah menjadi harapan ketika beliau mahu ke hospital, bank dan sebagainya.
Ibu tunggal itu telah dua kali menjalani pembedahan kanser tekak. Sekali kakinya terpaksa disimen kerana jatuh dan kini beliau terlalu lemah tidak boleh berjalan seperti biasa. Beliau memerlukan tongkat untuk berjalan. Nafsu makan terhenti. Hanya bubur, susu dan roti menjadi alas perut sementara nafas dikandung badan.
Empat orang anak lelaki beliau apabila mengetahui ibunya sakit hanya tahu mengarah adik bongsunya; `Hantar emak pergi hospital, mak makan ubat ini...mak tak boleh makan lebih protin, lebih karbohidrat dan sebagainya...hanya itulah yang mereka tahu'.
Mereka tidak pernah cuba menyelami hati ibu tua ini. Mereka jarang membelai ibu tua ini. Yang mereka belai hanya isteri-isteri mereka. Kejam!
Kini ibu tunggal yang dahulunya gagah dan tidak pernah kenal erti penat dan panas, hanya mampu tersenyum `tawar', apabila mendengar gelak ketawa cucu-cucu daripada (anak perempuannya) yang datang dua hari sekali. Manakala tiga orang cucu daripada anak lelaki bongsunya sentiasa berada di rumahnya setiap hari.
Inilah penawar yang boleh melupakan seketika kekecewaan, kesedihan, kesayuan, kehampaan serta penderitaan yang ditanggung oleh ibu tua ini.
Pengorbanan selama 75 tahun melahirkan, mendidik, membesarkan anak-anak tidak pernah diharapkan balasan. Namun, sebagai anak-anak tidak pernah terlintaskah di hati mereka bahawa `Ibu merupakan permata bagi setiap insan'.
Jika ibu tidak wujud di dunia ini apakah kita semua boleh berada di tempat masing-masing sekarang ini. Bagi penulis, tidak seorang ibu yang mahu dibalas dengan longgokan emas, berlian, intan, kebun, rumah besar dan duit yang menggunung.
Seorang ibu hanya mahu perhatian, kasih sayang dan belaian daripada anak-anak. Apa ertinya anak jika tidak pernah mengenang jasa? Apa ertinya kekayaan jika kekayaan itu tidak dapat memberikan sedikit kasih sayang kepada ibu tua yang tinggal sepi di pondok usang.
Kalian! Hidup kita ibarat roda. Adakala kita berada di atas dan tiba masanya kita berada di bawah. Pengorbanan seorang ibu tidak ada tolok bandingnya.
Apakah erti pengorbanan seorang anak kepada keluarganya jika tidak mendapat reda daripada Allah SWT. Dan bukankah reda Allah itu datang daripada reda ayah dan ibu.
Fikirkanlah....

Wednesday, January 20, 2010

mari buka mata,buka hati,buka minda....

salam semua...semoga anda semue berbahagia..*hehehe..terskematik pule*

okeyh..dikala line internet hari nih sayang kat cik empunyer belog,cik empunyer belog pun gunakanlah dengan seadanya...MSN Onion Emoticon

kat sini,cik empunyer belog nak share sumtin dengan blogger2 semua..
maybe dah ade yang tau pasal nih...

cik empunyer belog ader bca satu blog nih...
sape yang ade fb maybe dah add dis page as one of ur fan group..

sesungguhnya,belog nih barjaya membuka mata,hati dan minda cik empunyer belog...
banyak rupernyer benda yang dah terjadi di dunia ini...
dan cik empunyer belog sesungguhnya terlalu kerdil di alam ini....
*bab rendah itu..memang daku*

so,ape kate,semua dari kite,lapangkan sedikit masa untuk bukak dan baca dis belog...
sesungguhnya,cik empunyer belog bukan orang yang banyak ilmu,terpulang lah untuk anda semua judge me..
juz wanna share..
sesungguhnya,hati ini masih belum putih~~~*tetibe teremo*MSN Onion Icons

okeyh2~~tu je nak share...
selamat malam dari..

Saturday, January 16, 2010

TOLONG???!!!!!

salam semua..bile taleh tido..inilah kejenyer....belog lah jadi tempatnyer..hehehe....(sib baik ade belog nih)MSN Onion Emoticons

since taleh tido kan..cik empunyer belog pun menggunakan masa yang ade..belek2 paper yang lepas2(online punyer paper...)terbukak la satu berita nih....

lpas baca jer berita nih..cik empunyer belog rase macam...ade lagi ke???aku termasuk dalam golongan ni ke??aku ade sifat ni ker????*ok2...jangan confius*

ape yang ade???hehee...ade lagi rupenyer orang yang jujur sekrang..tu lah yang cik empunyer belog fikir...dan cik empunyer belog pun terlintas lah dalam kepala...ade ke sifat tu pada empunyer diri yang bercakap nih???(anda???ader???)

ok2..xmo cakap panjang2 lah...baca dis artikel k...

moral of the story: kasih ibu sangat mendalam...jangan sesekali menidakkan ape yang ibu ucapkan...

mode: wuuuu...rindu ma~~~MSN Onion Icons

****************************************************************************************************************

NEW YORK – Seorang pemandu teksi rakyat Bangladesh di New York, Mohammad Mukal Asadujjaman menyatakan dia memulangkan sebuah dompet yang mengandungi wang tunai lebih AS$21,000 (RM70,192) dan barang kemas kerana ibunya kerap menasihatkan dia supaya selalu berlaku jujur.

Mohammad menyatakan demikian selepas dia memulangkan sebuah dompet mengandungi wang tunai dan barang kemas yang ditemui dalam teksinya kepada sekumpulan pelancong Itali.

Salah seorang pelancong itu, Felicia Lettieri berumur 72 tahun tertinggal dompet tersebut yang mengandungi wang, barang kemas dan pasport rakan-rakannya pada Krismas lalu.

Kakak Lettieri, 72, dari Long Island memberitahu bahawa pemandu teksi itu menyelamatkan percutian mereka dan berkata: “Kami amat menyukai apa yang telah dilakukannya.”

Mohammad melihat wang kertas euro dalam dompet itu selepas dia membukanya untuk mengambil alamat tempat tinggal pelancong tersebut.

“Ibu saya ialah sumber inspirasi saya. Dia (ibunya) menyatakan selalu berlaku jujur dan bekerja keras,” katanya.

Mohammad menghubungi seorang rakannya dan memandu sebuah kereta sejauh 80 kilometer menuju ke alamat yang ditemui di dalam dompet tersebut.

Namun, mereka mendapati tidak ada sesiapa pun berada di rumah itu.

Mohammad kemudian meninggalkan nombor telefonnya dan sekeping nota.

Telefon bimbit pemandu teksi itu kemudian berbunyi dan dia kembali ke rumah tersebut untuk memulangkan dompet berkenaan.

“Mereka berasa cukup gembira,” kata Mohammad.

Dia merupakan imigran dan pelajar sebuah kolej sepenuh masa dekat apartmennya di Queens.

Mohammad mula memandu teksi beberapa hari dalam seminggu kira-kira tiga bulan lalu.

Pemandu teksi itu mengakui bahawa wang itu boleh membiayai pengajiannya tetapi berkata: “Hati saya menyatakan ia (mengambil wang itu) tidak baik.”

Mohammad turut enggan menerima sebarang ganjaran dengan menyatakan dia bukannya tamak. – AP


salam sayang,