Friday, August 27, 2010

mengaji dan anda???

salam semua..
salam nuzul quran:)
eh2..dah masuk 18 ramadhan baru nak ucap kan???
tape lah..
asalkan ade kan??

sebut pasal nuzul quran,
tahu ke ape itu nuzul quran???
ke tahu nuzul quran = cuti umum je???

meh la hamba cite sikit..
eh2..
tak jadi lah nak cite..
kome baca kat sini je ea


okeyh..
heheh...dah pendek sikit entry nih...
bile cite nuzul quran,teringat lah al-quran kan??
bila ingat kat kitab suci ni,teringat la zaman mengaji dulu...


p/s: sila klik gambar untuk kenal dua budak comel ini:)

zaman mengaji yang macam-macam perangai...
kalau hamba dulu,mengaji kat umah tok guru hamba + mengaji kat umah ngan abah..
rotan itu adelah habuan utama ye pada waktu itu...
balik sekolah,mandi2,pakai baju kurung,pakai bedak2 sikit,amik beg mengaji,
pastu jalan kedek2 pegi umah tok guru..
hamba tak merasa pun mengaji kat KAFA..

hehehe..
tapi hamba tahu,
kalau budak2 KAFA ni,
balik KAFA konfirm singgah kedai,
lepas abis mengaji,
pegi beli tora lah dindang lah,nini cokelat celup lah..
hahha..kenangan3..

tak pun balik pergi beli ABC + keropok lekor panas2..
memang terbaik lah..

budak2 sekarang ada lagi tak yang mengaji kat umah orang??
korang2 pun jom lah kongsi2 cite korang time ngaji dulu..
cite nakal ke,cite sedih ke,cite kelakar ke,apa2 lah..
teringin nak tahu ni..

citer tau kengkawan:)
hehhee..
oklah..
tu dulu ea..
ADIOS!!


Tuesday, August 24, 2010

mahu kurus???

salam semua..
selamat hari rabu..
eh2..dah 15 ramadhan dah~~
maknanya lagi 12 hari nak balik..
ouh lama lagi!!!!

ops!!!tajuk ku apekah???
ade yang berminat???

hehehe..
bulan puasa ni cnfrm ramai yang akan kuarkan ayat ni
"heheh,puasa ni boleh la aku diet sikit"
eh2.jangan tak ngaku..
cnfrm ade la~~hehhee...
ni ade la fenomena biasa ok!!!

alkisahnya,
patutnya memang boleh membantu anda untuk diet,
tapi kalau dah time buke tu 
melantak meja penuh makanan..
memang alkisahnya..
korang g timbang berat kat shopping complex,
die cakap
"ANDA BERAT"
wakakaka...mahu tercabut biji mata korang nanti~~
kat sini mahu la hamba sharing sikit ilmu yang hamba dapat as budak sains pemakanan kan..
ni basic je la..
hambe pun baru beginner yang tak berapa nak pakar lagi..


1st korang kena tau intake kalori korang semua dalam sehari..
ini anggaran je la ea..
approximately,untuk umur 
20-39 (f) perlukan 2000 kcal
manakala 
20-39(m) perlukan 2500 kcal

okeyh yang ni yang dicadangkan tau,
tapi tak semua akan ikut yang dicadangkan tau~~
ikut keadaan dan fizikal anda..
so,untuk yang mahu kurangkan atau tambahkan 0.5 kg /week.
anda haruslah berusaha menurunkan/menambahkan kalori anda sebanyak 500 kcal..
caranya: kurangkan saiz makanan anda,kurangkan minyak dalam makanan(untuk yang nak tambah berat,sebaliknya ok)

bayangkan 0.5kg/week=2kg/month..
kan berbaloi tu,
tayah nak susah -susah korang nak makan ubat macam2..
change ur life style,
eat healthy,do physical activity,
u can choose the way u live.

heheh..orait!!!
ni basic je tau..
mungkin nak tau banyak lagi kan??
nah..
mm bagi sedikit rujukan


ok!!
dah habis..sape rase ini berinfo!!!
sila angkat tangan pastu tekan like & komen!!!wakaka..

p/s: lagu raya dah kuar kat radio,tapi kat bilik hamba dah lama dah~~~ngeh3...adios!!

Monday, August 23, 2010

senyum....

salam semua...
selamat hari selasa.
ouh2..dah 14 hari dah puasa...
maknanye malam ni start la witir with qunut kan??
jom2..kita g terawikh malam ni jom~~hehehe...
ok2..
semalam mood sedih kan??
hari nih dah gembire balik...
hehehe...
anda nak senyum tak??
nah..hamba bagi video nih kat korang..
dengar lagu ni..
konfirm anda senyum~~hehhe:)
tekan play tau~~~...
kat bawah ni lirik die..

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

tengok..kan dah kate..
mesti korang senyum punyer lah..:)
selamat senyum semua:)
adios!!!kelas menunggu~~

Sunday, August 22, 2010

oh nuffnang..kenapa ni~~~~-____-

salam semua...
selamat hari isnin~~~
hari ni mood hamba sedih dalam gembira...
gembira sebab 4 the whole day hamba tade kelas ok...
tapi sedih sebab..
ntah kenapa incik nuffnang yang hensem merajuk dengan mm...


kenapa ni nuffnang???
kenapa status gelihati hamba kena tarik???
ape salah hamba???
waaa....
tolong!!!!!!
habis BE sume dah jadi half dah...


kenapa NUFFNANG...
pliz2...
hamba dah tnya helpdesk nuffnang..
hopefully nuffnang baik hati bagi status gelihati balik kat hamba..

hamba sangat setia dengan nuffnang...
atas tepi tengah blog hamba semua nuffnang..
bersih dari kekasih lain...


tOLONG!!!!sedih ok:(
ok dah.oleh kerana tade mood..
stop dulu.bye.

Saturday, August 21, 2010

kenangan raya....

salam semua...
selamat sahur yer..
huhu..semalam tak sahur arini kul 4 dah terkejut taleh tdo lagi dah..
hamik kau!!
ok2...
entry kali ni taknak merepek meraban intro panjang2..
mari kite terus ke tajuk entry..
apa disebaliknya..



nampak gambar diatas??
kalau tak nampak mungkin anda boleh jumpa optometrist
ape disebalik gambar ni..

nampak tak seorang lelaki dalam 3 gambar ni???
he is my hero..
hero paling gagah,paling berani,paling kuat,paling tabah,paling saya sayang....
my abah..
nik ismail nik kar..
dan cerita yang berkait dengan kenangan raya ni..
ada kaitannya dengan my only abah...
di pagi 1 syawal 1426 hijrah(ok yang tahun tu tak berapa nak pasti sebenarnye)
pagi yang hening,mungkin disaat orang lain sedang bersiap aku dan family juga sudah bersiap 
berpakaian baju raya masing2..
semua adik beradikku sudah bangun kerana memang menjadi kebiasaan keluarga kami..
untuk pergi menziarahi kubur arwah nenekku selepas abah pulang dari masjid..
alkisahnya,abah pergi ke masjid yang jauh dari rumah kerana tanggungjawab abah sebagai bilal disitu..
hari itu seperti hari-hari biasa..
abah turun awal pagi,dikala semua orang sedang berusaha untuk bangun(aku lah tu)
dan kami di rumah sudah mula amik turn untuk mandi dan bersiap..

tapi hari itu abah pulang agak lambat dari kebiasaan ...
kami dirumah tetap menunggu dan menunggu..
dengan hati masing2 yang sedang dalam keresahan,tapi ditenangkan fikiran itu...
lama menunggu,tibe-tibe..
telefon abah berbunyi ....

semua yang dalam bilik sudah diam untuk mendengar perbualan ma..
rumah jadi sunyi sepi seketika dari bunyi pinggan mangkuk dan kami yang sedang bersiap..
ma bercakap sesuatu dengan pemanggil tersebut,
tapi aku yang tika itu berada dalam bilik tak dapat menangkap apa yang ma perkatakan hinggalah 
tiba-tiba ma panggil along dan 
"long,cepat siap,abah accident,kerete kena hempap pokok"

dan saat itu,dalam baju kurung raya aku,
aku terjelepok ke lantai..
aku tak kuat..tak kuat dengan berita itu..
baju ku dah basah dengan air mata..
sepeninggalan ma,semua adik beradik yang tinggal di rumah dah tak sedap duduk..

aku tak keluar dari bilik,
mata sudah semakin membengkak..
air mata ibarat tiada lagi untuk dikeluarkan..
dalam hati hanya mampu berdoa

"ya allah selamatkanlah bapa ku..
sesungguhnya hati ku tidak kuat ya allah,
hamba masih belum dapat membalas jasa-jasanya ya allah,
hamba belum berpuas bermanja dengannya ya allah,
aku belum puas menjaganya ya allah
masih banyak dosaku padanya ya allah"

********************************************************
dipendekkan cerita...
hari itu merupakan hari raya aidilfitri yang paling berairmata bagi aku....
dan alhamdulillah,
abah boleh pulang pada hari yang sama,
abah dijahit di bnyak tempat,
di muka,di lidah,oh tak ingat dimana lagi..
tapi hati aku sangat bersyukur..
terima kasih ALLAH kerana masih memberi peluang kepada ku..
peluang untuk berbakti kepada ibu dan bapa ku..
sesungguhnya,mereka lah no 1 dihatiku..
mereka yang membesarkan ku dengan begitu tabah,
yang sabar melayan kerenahku dari hari pertama aku dilahirkan..


"YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR KEDUA IBU BAPA KU YA ALLAH"

****************************************************
semoga kita semua sentiasa menghargai mereka,
mereka yang dah banyak berjasa kepada kita...

salam ramadhan buat semua..

p/s: entry ditaip dengan muka yang basah dengan air mata..ya allah..aku rindu keluargaku..semoga keluarga ku sentiasa dirahmati ALLAH:)

Friday, August 20, 2010

dan bila....

salam semua...
selamat hari sabtu hari org shopping raya...
macamana puasa anda???
harap sume ok yer:)
alkisah nak la citer sket..
smlm hamba g jln2 cari pasal ngan adik hamba kat SOGO n jln TAR...
gile lah ramai orang...
tu nasib baik pegi ari jumaat klau pergi hari sabtu 
takut adik hamba cari hamba mcm ayah cari anak hilang plak...
ouh2...
best2,kuar dapat belikan baju rayer 4 my parents...hiiii....:)
dan adik pun dapat beli baju untuk dia..
aku jer tak beli apa2...
then dari jln tar kitorang berpatah balik pegi pekeliling untuk solat..
n then straight away naik monorel ke chowkit...
kami berbuka di restoran LALA SEAFOOD...
the food is awesome:)
nih ape yang kitaorg mkn...
*imej dari google*


tom yam campur...




telur dadar



kerabu mangga




sambal belacan


3 nasi putih

2 ais batu


1 teh o ais limau+ sirap ais





hahaha..
ini lah jadi dan bila kami berdua keluar:)
tu jer nak citer:)
jap2,cuba teka berapa kami habis utk menu2 diatas?






p/s: akibat kepenatan,tidur tak sedar diri lalu tak bangun sahur:(

Thursday, August 19, 2010

buat misz terra:)

salam semua..
selamat subuh di hari jumaat..
sedar tak dah 10 ramadhan ni???
sekejap je kan??hehhe...
ok....
dah baca tajuk entry kan??
mari kita proceed dengan isinya..

2 hari lepas misz terra
ada datang bertandang ke rumah hamba nih..
lalu datang mengomen...
dan sekarang mahu lah hamba tunaikan permintaan beliau...

1. macam mane nak buat button like dekat post tu kan???
hamba tatau bagi tutorial,hamba pun tengok tutorial dekat blog orang tau...
so,begini caranye..

pergi je dekat blog liyanaa..
dan terra akan dapat jawapannya...
hehehe:)
 
2.macam mana nak pasang commentluv.
 ok....yang ni plak..
terra boleh pegi dekat blog ariff shah
kat situ die ade ajar,and in bm ok~~
susah nak cari tau...


so,dah smpai dah hajat untuk terra...
selamat mencuba yer terra:)
ade masalh sila la tnya..
untuk yang lain bolehla kalau nak cuba..
"sharing is loving"