Sunday, February 20, 2011

shawl earing untuk dijual

salam semua..selamat petang isnin..:)semoga anda memulakan minggu baru ini dengan gembira dan baik!
ok kawan-kawanku sekalian.update belog kali ni sebab nak let go shawl earing yang cantik2 ini.ade 13 helai semuanya.
harga:
1-RM10
3 –RM 28
+ RM5 UNTUK POSTAGE
DSC_0000014DSC_0000015

sold out
DSC_0000016DSC_0000017DSC_0000018DSC_0000019

-sold out-
DSC_0000020DSC_0000021DSC_0000022DSC_0000023DSC_0000024DSC_0000025DSC_0000026
ok,ini gambar shawl2 ini yer kawan2.sila pilih mana yang berkenan di hati.
sape berminat boleh tinggal kan komen @ boleh email ke hatisamronkin@yahoo.com
kat bawah ni contoh pemakaian  shawl ni..
dinner mig phreak-id (9)
so,semoga ada yang berkenan!!!adios!
p/s: tertunai sudah lah tanggungjawab sebagai pengundi!

Saturday, February 19, 2011

Oh ! Pilihanraya….

salam semua..selamat hari ahad!hari untuk aku berehat disamping assignment yang semakin melambung kalah bukit beroga!ouh ok tipu!
dan oleh kerana aku banyak lagi keje lain.aku malas nak merepek lagi!mari teus kepangkal jalan yang tak berapa nak benar nih!
ops!sebelum merepek lagi panjang!peringatan untuk semua,entry ini bukan lah nak kata aku ni promahasiswa ke ape ke,parti ape ke.no no no n no!aku tak suka parti2 bagai nih!aku tak suka politik lah senang cite!
rasenye semua student ipta sedang terlibat dengan event yang sama untuk minggu ni kan??iaitu demam @ minggu kempen untuk pilihan raya kampus (PRK).dan yes!ukm kl yang agak terpencil ni pun haruslah terlibat jugak kan.
dan kat sini,aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku tak berapa nak suka yang hanya boleyh korang nampak time minggu kempen ni.*peringatan sekali lagi,ini aku katakan untuk semua dan bukan untuk mana-mana parti kampus yang ada*
1. time nilah persahabatan korang yang 4 tahun selama di kolej boleyh jadi sangat rapuh semata-mata kerana perbezaan parti!
2. time dah jadi calon,hamboi bukan mainlah korang tegur orang macam orang ni 10 orang je smpai semua orang lah ko nak tegur,tapi bila dah menang.ada ko tanya khabar??
3. time manifesto ya allah janji kau macam tak hingat lah sume.cara macam semua benda lah korang boleyh bagi,tapi bile dah nak letak jawatan,satu ape pun aku tak nampak manifesto kau!

-seperti biasa kredit gambar dari google imej-
so sebelum entry ni habis nak lah aku ingatkan semua.bukan tak boleh berparti bagai,tapi jangan berlebihan.anda student lagi,ingat tu.dan yes!buatlah pilihan yang betul!kuasa di tangan anda semua!
adios!
p/s: gaya macam aku yang bermanifesto sekrang kan??ade orang nak undi aku tak??hahaha…*teringat kenangan pernah bagi manifesto time kat matrik dulu!!woooooaaaaa..macam tak percaya ok!*

Friday, February 18, 2011

farish aziz kahwin!

salam semua..selamat hari sabtu!oh aku da taleh nak bergembira di hari sabtu sebab setiap sabtu aku akan ade kelas dikala petang!memang lari lah sume plan!nak main kejar2 pun tak sempat!
ok,mari kita kembali ke tajuk asal!sila tengok gambar dibawah dahulu,dan anda akan paham!

-kredit gambar dari ohbulan!-
haaaaa…jadi inilah citenyer!farish aziz yang terkenal dengan cite kau dan aku + pengacara CHOPP!di tv9 ni dah pun selamat jadi suami orang.
tahniah Farish dan isteri zahrah fowzi!
comel kan diorang nih.si isteri itu seorang peguam tau!dengar khabar nya diorang dah bercintan selama 14 tahun!wooooooaaaaaaa!!!
tahniah!!!!semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke akhir hayat:)

Aku Curang!

salam semua..selamat petang.ouh semalam tade scheduled post la.sebab malas!haha..so untuk hari ni tuan belog hupdate petang pulok!
ni ape hal pulak curang2 nih..tak baik sungguh la..seharusnya kena setia kan????nak2 pada sesuatu @seseorang yang kita dah kenal lama,dah pernah bersama…
eh2!!jap2..b4 korang berfikiran negatif lalu berkata tuan belog kaki lelaki,mari tuan belog buka pekung di dada!tuan belog bukan curang dengan incik kekaseh hati ke hape lah!
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii……tuan belog curang dengan incik kekaseh hati no2 iaitu mr nuffnang…tak tahu citer??meh tengok gambar bawah ni


ha,perasan sesuatu tak??haaaaa…kalau anda bermata tajam,anda akan nampak 2 benda kat gambar ni,satu
-header baru yang tak berapa nak comel(gaya nak mintak kena puji)
-iklan(cuba tengok betul2)
ha…dan andainya mata korang super tajam,korang akan nampak kat bawah iklan tu tertulis ads by advertlets!nampak tak???
hahahhahahah..kalau nampak,anda dah dapat jawapan bagi tajuk entry di atas!
yes!!!!AKU CURANG!
adios!
p/s: curang ni sekejap je,nak tengok best tak advertlets ni,kalau rase secocok maka saya akan setia!kalau tak saya setia ngan mr nuffnang balik lah!

Wednesday, February 16, 2011

Contest Aksi Makan yanmieonline.com!

salam semua…selamat hari khamis!wuhuuuu…dah lama tak menjoinkan diri ke alam contest2 nih sume sebab dah makin malas kan.tambah pulak banyak contest yang nak kena letak banner kat sidebar.memang double malas lah kan!
so oleh kerana di alam twitter,aku telah agak rapat ngan kak yan kan,jadi haruslah support kak yan kan.mahu join ini contest lah!so tayah nak berjela2 ayat intro ini syarat contest!
1. Buat 1 Entry “Contest Aksi Makan yanmieonline.com” dan linkback ke entry ini
2. kemudian Postkan Link Entry di ruangan komen ini dan kalau sudi LIKE Facebook Yanmieonline *takde paksaan*
3. Tambah ayat nie di bawah entry korang “Contest Aksi Makan Yanmieonline.com di taja khas oleh Fivio.com dan SuaraPeople.com“
4. takde…itu je….ehehe
nak maklumat lanjut terjah blog kak yan sendiri~!

ok jadinya ini lah gambar yang dipertaruhkan!haha..setelah diedit.sila ikut arah cerita yang betul.dari kiri kekanan.betapa tak ayunya budak kecik nih makan!
jiran2makan
last sekali!ayat penutup entry kali ini bukan adios tapi!
Contest Aksi Makan Yanmieonline.com di taja khas oleh Fivio.com dan SuaraPeople.com”

Tuesday, February 15, 2011

esok masih ada…

salam semua..berjumpa lagi kita dalam entry yang ke340 bagi belog ini.hari ni mode nak menulis dah jatuh sikit.huhu.sikit je lah.kalau banyak dah lama tutup dah blog nih kan?so hari ini mahu berpuisi sikit boleyh??
andai hari esok masih ada.
masih ada kah masa untuk kita?
andai esok masih ada.
masih sempurnakah kita?
andai esok masih ada
masih adakah semua insan yang sayang kita?
andai esok masih ada.
masih mudakah kita?
andai esok masih ada.
adakah kita akan terus lupa?

andai esok masih ada
semoga sinar kebahagiaan sentiasa bersama kita.
dah lah penat dah taip!sila bagi komen anda yer kawan2!haha..kalau nak kutuk pun boleyh~~:)
adios!
p/s: lepas ni memang akan ade post yang akan keluar within 12-1 am.sebab entry ini akan discheduled kan:)

Sunday, February 13, 2011

kalau kamu cantik…

assalam semua..selamat hari isnin..semoga hari ini segalanya bermula dengan baik.dan semoga baik sepanjang minggu.selamat kembali bekerja pada yang bekerja dan selamat kembali ke kelas buat pelajar2 semua tak kira peringkat mana.
so,cantik!ape definisi cantik pada korang?sebenarnya cantik ni sangat sensitif kan?sebabnya katalah ada 2 orang pompuan ni,dinilai oleh 2 orang lelaki dan pompuan.maybe gadis A dikatakan cantik pada mata si penilai A tapi tak cantik dimata penilai B.dan maybe gadis B cantik dimata penilai B,tapi tak cantik dimata penilai A.
so,kalau kamu cantik,patut ke kamu duk mengwar2kan kepada seantero dunia yang orang lain tak cantik!orang lain tak cantik,awak sorang je cantik.pernah salah seorang kawan ku berkata;
“sebenarnya manusia yang duk sibuk kutuk orang lain kata tak cantik ke hape tuh,sebenarnya dia lah yang tak cantik”
ok,aku tak paham disebalik kata-kata dia tapi yes,lelaki punya pandangan tentang cantik mungkin tak sama dengan pandangan pompuan tentang cantik.
ape2 pun yes.anda cantik dan yes anda cantik lagi,tapi tak perlu menghodohkan orang lain,tak perlu nak kutuk orang lain ok!
maaf andai ada yang terasa tapi ini bukan entry yang dispecial kan untuk sesiapa sekadar pandangan di mata seorang manusia yang sedar diri nya tak berapa cantik,tapi setelah mendapat motivasi,ya!saya cantik!mungkin tak cantik di mata kau dan kau dan kau,tapi biar aku nampak aku cantik!

-kredit gambar dari mediamalaya-
adios!
p/s: tak sabar nak cuti esok.motivasi sudah mula meningkat.terima kasih my beloved readers!komen korang sangat bermakna!