Thursday, September 2, 2010

himpunan msg rayer:)

salam semua..
wahaha..siyes la mood hamba dah mood rayer terlampau..

semalam kad rayer,
arini msg rayer plak kan???
jom baca msg2 rayer yg menarik ni:)



mercun dah berbunyi,
lagu raya dah berkumandang,
anak ayam dapat lari,
anak itik kena tendang,
kad raya malas beli,
hantar sms lagi senang:)

biar rambut segelap ALMOND LONDON,
asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT,
biar iman sekental DODOL,
jangan senipis REMPEYEK,
biar jiwa selembut BAULU,
asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA,
senyumlah semanis WAJIK,
agar lebaran yang disambut,
lebih bermakna:)

sekotak mancis secawan madu,
selaut kasihseluas rindu,
salam manis penuh syahdu,
salam aidilfitri dariku untukmu:)

walau jauh bukan halangan,
sms dihantar tanda persahabatan,
kuphon maaf selama berkawan,
salam aidilfitri tanda ingatan:)

b4 aidilfitri datang,
b4 ramadhan pergi,
b4 operator bz,
b4 msg asik pending,
b4 kredit abis,
salam aidilfitri buat semua..:)

masak lemang sambil berdiri,
hendak makan di aidilfitri,
nak hantar kad raya posmen dah cuti,
sms sahaja dapat kuberi.:)

terciptanya cinta tak mengenal sempadan,
tercipanya rindu tak mengenal perasaan,
terciptanya sayang tak mengenal gerangan,
terciptanya biskut hanya untuk dimakan:)


ohoi!!!selamat dapat inspirasi dan dapat penuhkan inbox semua kawan anda dengan msg:)
adios!!!


Wednesday, September 1, 2010

moh le baca!!!

salam semua...
selamat hari rabu...
hoho.kan dah kate,
hamba mmg takkan boleh kalao tak post kat belog nih.
dah kata i ni belogger tegar..

okeyh..
saje je nih..
nak bagi tips sikit..
tahu tips ape??
ouh...lain kali lah bagi tips..

saje je ni..
nak tanya pendapat anda2 semua yang dtg bace belog nih..

korang rasa sakit mata tak tengok cat belog ni???
kalau sakit mata atau tak berkenan mana2 part,silalh komen..
hamba terima dengan hati terbuka..
lagi satu..
agak2lah kan,
kalau ade 3 kategori,
iaitu kategori 
a)blogger bising tapi blog cam hampeh
b)blogger bising tapi blog cam berguna
c) blogger yang peramah+friendly+tak kedekut ilmu+blog yang berguna.

mane yang korg nak vote bagi kat hamba??
nak kutuk??
ouh2..silalah hamba tak kisah..

okeyh..perlu smbung setudy yer.,.
masih belum merdeka dari test~~
adios:)

p/s: hari ni keluar dewan periksa senyum lebar cam dpat makan kfc:)tanak countdown balik lagi~sebab nnti lagi sedih sebab exam tak habis lagi:(

Monday, August 30, 2010

MERDEKA!!!

salam semua...
huhu..
ini adalah entry pendek untuk kedatangan merdeka..
hadui..tengah exam pun tangan still gatal nak taip entry..
demi negara terchenta:)

selamat merdeka semua!!!
tapi merdekakah anda???
ape maksud erti kata merdeka buat anda???


tepuk dada tanya diri sendiri..

hamba belum merdeka dari belenggu peperiksaan mid sem..
hamba sudah merdeka dari belenggu kehabisan tiket bas,sebab dah beli tiket,
lagi 3 hari hamba merdeka lah!!

tapi yang pastinya,
MALAYSIA tercinta dah 53 tahun merdeka!!!
mari nak highlight sikit..
53 TAHUN MERDEKA!!
ok..dah nmpak kan??
hehhee..
so ape erti kata merdeka ni semua pada korang??

dah tade penjajah,boleh hidup bebas,
dah tak perlu makan ubi kayu macam orang dolu2 zaman tentera bintang tiga,
makanan bertimbun2 nak-nak kat bazar ramadhan..

anda rasa anda cukup menghargai tak kemerdekaan ni????
hihi..
oklah,kalau macam hamba,tade kereta kan??
so hamba nak tunjuk hamba sayang malaysia ,
hamba letak lah bendera malaysia kat sini!!
korang nampak tak??
hehhe:)

ape2 pun..
SELAMAT MERDEKA yer kawan2..
kita mungkin dah merdeka dari penjajah,
tapi mungkin pemikiran kita perlu juga dimerdekakan:)
fikir2-fikirkan ok!!!


imej dari pakcik google!!:)

Sunday, August 29, 2010

mood raya...

salam semua...
selamat hari ahad..
hari semua orang boleh rehat..
tapi hamba tak dapat...


huhuhu..
dikala semua orang dah countdown masa untuk raya,
dah checklist barang-barang raya..
dah mengemas beg balik kampung..
hamba hanya mampu 
memasang lagu raya 
untuk meneman hamba dating dengan cik pemakanan lanjutan..


orang lain kira baju raya,
hamba kira kalorie intake,
orang kemas baju raya,
hamba kemas barang periksa...


uwaaaaa...
esok sampai jumaat hamba exam mid sem tau..
doakan hamba yer rakan2..
sape2 yang baik hati,
belikanlah baju raya dan kuih raya untuk hamba..
nak bagi duit raya pon hamba tak kisah..


hohoho..
oklah adios!!!



walaupun semgat dah semangat raya..
jangan dilupa 
hari kemerdekaan negara kita!!!

Friday, August 27, 2010

mengaji dan anda???

salam semua..
salam nuzul quran:)
eh2..dah masuk 18 ramadhan baru nak ucap kan???
tape lah..
asalkan ade kan??

sebut pasal nuzul quran,
tahu ke ape itu nuzul quran???
ke tahu nuzul quran = cuti umum je???

meh la hamba cite sikit..
eh2..
tak jadi lah nak cite..
kome baca kat sini je ea


okeyh..
heheh...dah pendek sikit entry nih...
bile cite nuzul quran,teringat lah al-quran kan??
bila ingat kat kitab suci ni,teringat la zaman mengaji dulu...


p/s: sila klik gambar untuk kenal dua budak comel ini:)

zaman mengaji yang macam-macam perangai...
kalau hamba dulu,mengaji kat umah tok guru hamba + mengaji kat umah ngan abah..
rotan itu adelah habuan utama ye pada waktu itu...
balik sekolah,mandi2,pakai baju kurung,pakai bedak2 sikit,amik beg mengaji,
pastu jalan kedek2 pegi umah tok guru..
hamba tak merasa pun mengaji kat KAFA..

hehehe..
tapi hamba tahu,
kalau budak2 KAFA ni,
balik KAFA konfirm singgah kedai,
lepas abis mengaji,
pegi beli tora lah dindang lah,nini cokelat celup lah..
hahha..kenangan3..

tak pun balik pergi beli ABC + keropok lekor panas2..
memang terbaik lah..

budak2 sekarang ada lagi tak yang mengaji kat umah orang??
korang2 pun jom lah kongsi2 cite korang time ngaji dulu..
cite nakal ke,cite sedih ke,cite kelakar ke,apa2 lah..
teringin nak tahu ni..

citer tau kengkawan:)
hehhee..
oklah..
tu dulu ea..
ADIOS!!


Tuesday, August 24, 2010

mahu kurus???

salam semua..
selamat hari rabu..
eh2..dah 15 ramadhan dah~~
maknanya lagi 12 hari nak balik..
ouh lama lagi!!!!

ops!!!tajuk ku apekah???
ade yang berminat???

hehehe..
bulan puasa ni cnfrm ramai yang akan kuarkan ayat ni
"heheh,puasa ni boleh la aku diet sikit"
eh2.jangan tak ngaku..
cnfrm ade la~~hehhee...
ni ade la fenomena biasa ok!!!

alkisahnya,
patutnya memang boleh membantu anda untuk diet,
tapi kalau dah time buke tu 
melantak meja penuh makanan..
memang alkisahnya..
korang g timbang berat kat shopping complex,
die cakap
"ANDA BERAT"
wakakaka...mahu tercabut biji mata korang nanti~~
kat sini mahu la hamba sharing sikit ilmu yang hamba dapat as budak sains pemakanan kan..
ni basic je la..
hambe pun baru beginner yang tak berapa nak pakar lagi..


1st korang kena tau intake kalori korang semua dalam sehari..
ini anggaran je la ea..
approximately,untuk umur 
20-39 (f) perlukan 2000 kcal
manakala 
20-39(m) perlukan 2500 kcal

okeyh yang ni yang dicadangkan tau,
tapi tak semua akan ikut yang dicadangkan tau~~
ikut keadaan dan fizikal anda..
so,untuk yang mahu kurangkan atau tambahkan 0.5 kg /week.
anda haruslah berusaha menurunkan/menambahkan kalori anda sebanyak 500 kcal..
caranya: kurangkan saiz makanan anda,kurangkan minyak dalam makanan(untuk yang nak tambah berat,sebaliknya ok)

bayangkan 0.5kg/week=2kg/month..
kan berbaloi tu,
tayah nak susah -susah korang nak makan ubat macam2..
change ur life style,
eat healthy,do physical activity,
u can choose the way u live.

heheh..orait!!!
ni basic je tau..
mungkin nak tau banyak lagi kan??
nah..
mm bagi sedikit rujukan


ok!!
dah habis..sape rase ini berinfo!!!
sila angkat tangan pastu tekan like & komen!!!wakaka..

p/s: lagu raya dah kuar kat radio,tapi kat bilik hamba dah lama dah~~~ngeh3...adios!!

Monday, August 23, 2010

senyum....

salam semua...
selamat hari selasa.
ouh2..dah 14 hari dah puasa...
maknanye malam ni start la witir with qunut kan??
jom2..kita g terawikh malam ni jom~~hehehe...
ok2..
semalam mood sedih kan??
hari nih dah gembire balik...
hehehe...
anda nak senyum tak??
nah..hamba bagi video nih kat korang..
dengar lagu ni..
konfirm anda senyum~~hehhe:)
tekan play tau~~~...
kat bawah ni lirik die..

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

tengok..kan dah kate..
mesti korang senyum punyer lah..:)
selamat senyum semua:)
adios!!!kelas menunggu~~