Monday, February 28, 2011

harapan….

salam semua..selamat tengah malam,dan selamat pagi buat semua!semalam entry macam agak serius jadi hari ni,kasi ringan-ringan je tajuk entry.

 

so,kita dah pun menjejak masuk kebulan mac,ouh tanpa sedar dah 3 bulan kita berada di tahun baru ini,tapi ku rasakan seperti tiada apa lagi yang dapat kucapai buat tahun ini.

 

harapan ku cuma satu,mahu menggembirakan orang tuaku dengan keputusan examku.itu satu-satunya impian dan harapan aku!terlalu tinggi harapan itu buat seorang aku!

 

h

 

untuk sesiapa yang rasa dia hilang harapan,dia terasa dirinya jatuh,dengarkan dan hayati lirik Insyaallah-Maher Zain versi Melayu.

 

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

semoga Allah akan terus bersama kita dan terus membuat kita kuat!

-tamat-

 

p/s: masa terlalu cepat berlalu..mac sudah tiba,bermakna final exam ku semakin dekat!oh TIDAK!

Sunday, February 27, 2011

oh!blogger

salam semua..selamat hari isnin semua.semoga every each of you kat luar sana akan dapat menempuhi minggu ini dengan baik!

 

sebenarnya entry ini ditaip selepas membaca satu blog yang penuh kontroversi.tapi tayah la sebut nama blog tu kat sini ok.

 

erm,memang aku perasan , dunia blogging sekarang dah tak sama macam mula-mula aku masuk ke alam ni dulu,dan bila macam-macam dah jadi sekarang,aku mula rasa hilang minat untuk meneruskan aktiviti ni.

 

ye lah,sekarang dunia blog dah ade hakim-hakim yang tak bertauliah yang suka untuk menghukum orang,ada pemerhati yang bukan sekadar memerhati tapi juga kadang-kadang tanpa sedar menjadi batu api.

 

ouh entahlah!aku memang tak amik pot dengan benda-benda ni,secara jujur aku memang tak berapa berkembang tentang masalah-masalah dan kontroversi yang melanda dunia blog ni.

 

bagi aku selagi aku berblog dan tidak mengganggu kehidupan orang lain,itu sudah cukup.Jadi harapan aku tiada lah insan yang mengganggu kehidupan aku.ape pun buat blogger di luar sana,tulis dengan bijak,jangan mengganggu kehidupan dan penulisan orang lain.ingat!ape yang korang tulis,bukan untuk tatapan diri anda sorang,once dah korang update ke blog,seluruh pelusuk dunia boleh baca!

 

so BEWARE!cakap sila pandang kiri kanan depan belakang!Aku just nak cakap pada yang pernah terlibat sebagai mangsa dalam kes macam ni!korang bersabar!jangan risau,masih ada yang tahu ape disebalik blog korang,dan masih ada yang boleh menilai betul dan salahnya statement seseorang itu!

 

 

adios!

 

p/s: ini hanya pandangan dari seorang manusia bergelar blogger yang mempunyai harapan,biarlah dunia blogger ini aman dari kontroversi segala!peace!

 

p/s: kalau aku nak berenti blogging ade yang kisah tak??haha..perasan!

Friday, February 25, 2011

siti sarah & shuib sepah kahwin hari ni!

salam semua….selamat pagi sabtu!huhu..bru tgh mlm tadi hupdate sekrang hupdate lagi.tapi kali ni hupdate ringkas je!

 

 

ha,inilah mereka yang super comel!sama2 kecik orangnya.so,harini adalah hari mereka akan disatukan!

 

buat SS,sarah n shuib,selamat pengantin baru semoga kekal ke akhir hayat!

 

berita tamat!kalau nak tengok gambar lagi boleh pegi beautifulnara!

 

p/s: wuuuuu..baju itu cantik!!!:)

lone ranger?

salam semua..selamat berhari sabtu,selamat berhujung minggu.oh yeah seperti biasa hari sabtu aku akan dilengkapi dengan kelas yang SERONOK!haha..paham2 sendiri lah maksud seronok tu.

 

so,today mahu cerita pasal lone ranger!yes!lone ranger bukan power rangers pink!atau pun renjer hutan!

 

 

lone ranger dalam cerita aku nih berdefinisi,seorang manusia yang hidup dia hanya dengan dia.maksudnya die tak bergantung dekat orang lain.tapi dia still ade kawan,cumanya tak pelik kalau nampak dia makan sorang2,keluar sorang2,pegi kelas sorang2,hati kayu,ha macam tu lah.

 

dan sekarang saje jer aku nak gtau,aku rasa aku dah termasuk kategori ni dah!nasib baik aku tak masuk kategori renjer puteri!haha..

 

so,pada aku lah,best jugak jadi lone ranger ni,tahu kenapa??sebab aku dah payah nak sentap2 dengan ape yang orang buat kat aku.hati batu plak dah kan..hahah..serius lah aku katakan semenjak jadi lone ranger ni,sentap2 tu payah sikit la aku nak rase.tapi kadang2 ada lah sentap jugak kan~~~hee…

 

tapi ape pun.pada sape2 yang jadi kawan ku di alam maya ataupun di alam nyata!terima kasih korang!korang tetap sahabat aku!aku still memerlukan korang jugak!cumanya sekarang aku nak berubah untuk cuba adapt dengan keadaan.ye lah nanti kalau tetibe ko tercampak jauh dari family kawan2 sume,tadelah ko rasa weird sangat!

 

so doakan aku berjaya jadi lone ranger!haha..apekah???salah doa tu,doa yang sepatutnya doakan aku jadi kawan yang baik dan hati aku kuat!sayang korang!

 

 

-kredit gambar dari google-

 

p/s: selamat 1tahun5bulan1minggu buat si dia!

 

p/s: ok tak template beru nih??

Thursday, February 24, 2011

comel ke?(part1)

DSC_0000029
DSC_0000028DSC_0000027
assalam semuaaaaa……selamat hari jumaat!okey,entry dibuka dengan menayang gambar kesayangan aku untuk 2 minggu nih!
yahooo!!!tamat sudah zaman menjadi ibu dan bapa si tikus..bagi makan,tukar serbuk kayu,cuci sangkar,bagi minum air.ha!lengkap lah cuma tak mandikan jer!
tapi korang tau tak!kerana tikus ni lah!buat aku rase trauma nak mati sampai tangan menggeletar tak henti bila ade satu tikus ni “bergaduh” dengan aku!ha,memang tikus tu pun trauma ngan aku jugak!mana taknya.aku terlepas ekor die dan ala2 tercampak macam orang campak mayat kena bunuh dalam sungai tuh(kesan tgk drama hindustan).eh lupa,sebab menatang nih jugak la daku mengalirkan air mata ketakutan!
dah lah tikus!aku dah ucap sayonara kat kau tadi kan!selamat menghadapi hidup kat dunia ni untuk beberapa hari lagi!eh,jap.lagi 3 hari je lagi,then.jeng jeng jeng~~anda berada di perhitungan~~………
-tamat-to be continued-

p/s: sangat amat terima kasih buat insan tersayang sebab buat hari saya gembira!<3<3<3

Wednesday, February 23, 2011

[tips] indoor exercise (dance)

salam semua..selamat hari khamis!weeeehoooo lagi sekali sebab aku tade kelas!yeah!boleyh bergumbira suka hati..lalallaa..
ok2.tidak mahu berpanjang lebar mengarut.oleh kerana aku dah lama tak share tips pasal pemakanan,diet @ kesihatan kan??so today aku ade satu video yang aku rasa menarik untuk share dengan korang.
video ni aku cari sebab aku ade satu tugasan berkaitan dengan ni,and aku rasa this exercise yang amoi2 ni ajar agak simple untuk dilakukan,so cekidaut ok!
incase video ni taleh bukak kat blog ni.cuba pergi ke page ini
http://v.youku.com/v_show/id_XNTU2NDg2MjQ=.html




ok!selamat menonton dan mencuba ok!kesihatan hak milik setiap insan!selamat berjaya!
adios!

p/s: esok mahu layan kembar siang~~nanti daku review okeyh!

Monday, February 21, 2011

bloglist open!

salam semua...selamat berhari jumaat.jangan malas kerja akibat terpikir weekend yer!sekarang mahu mengumumkan belog baru yang telah kuwujudkan!
belog ini dibuka bertujuan untuk meletakkan bloglist anda-anda dan anda semua yang datang blog mashimaro lah kan!dan sesekali tuan belog ini iaitu cik mashimaro akan menghupdate blog ini dengan contest2.so sape mahu join??silalh yer kawan2!!!
sila klik gambar untuk ke bloglist mashimaro yer!bloglist
sape yang mahu join,anda perlu komen entry ini yer kawan2!kalau nak komen tekan roti kat bawah ni tau!dan sila ikut cara komen seperti berikut!
cara komen entry ini
nickname tuan belog:
nama blog & link:
kategori:
a)perempuan(belum berkahwin)
b)perempuan (sudah berkahwin)
c)lelaki
d)blog masakan dan tips
ok itu ajer!!!soon will update link2 anda semua ok!adios!
p/s:ini akan jadi sticky post sehingga 28/2/2011!