Monday, November 29, 2010
a small gathering with “seniors”
[review] it’s all about me & mizz dayana
Tuesday, November 23, 2010
hentikan penderaan kanak-kanak…
[review] ♥ duniaku cumeyl ♥
Monday, November 22, 2010
fenomena di Malaysia…
Fenomena merupakan suatu peristiwa yang nyata, sesuatu fakta, pewujudan atau perubahan yang dapat dilihat dan merupakan sesuatu yang istimewa. Misalnya: hujan, ribut, angin monsun, pelangi dan sebagainya.
Friday, November 19, 2010
kisah aidiladha 2010
salam semua…
selamat malam minggu..
ouh,ade yang tunggu hupdate ke??
maaf lah yer,tuan rumah punyer mood hupdate pegi bercuti,ni baru nak dapat angin2 mood balik..
maapkan hamba yer..pada golongan yang belum direview,tunggu yer kengkawan,entry akan kuar balik hari isnin yersila jangan marah hamba,nanti korang cepat tua,dah tak cantik dah..hiiii…
ok,ni tanak hupdate panjang2 pun,
saje nak datangkan balik aura menghupdate daku..
tapi sebagai tanda mintak maap,
meh nak bagi resepi sikit,
resepi daging black pepper,yang mana ada lagi daging korban tu,bolehlah cuba yer kengkawan..
ade 2 style kat sini..
: daging black pepper :version 1:
bahan2:
- daging (ikut suka hati la nak bnyak mana)
- lada hitam( yang ni pun ikut suka hati,kalau nak berapi,letak bnyak2)
- garam( ni pun ikut cukup rasa korang lah)
- air
- sos tiram(kalau ade,tade ganti ngan serbuk perasa,sikit je ok)
- bawang merah & putih,untuk menumis.
cara2:
1.campur garam,lada hitam yang ditumbuk dan gaul dengan daging,biarkan sekejap
2. panaskan minyak dalam kuali dan kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah
3. masukkan lada hitam yang dah ditumbuk halus dan digaul dengan air masak,ke dalam kuali.tambahkan garam dan perasa secukupnya.
4. masukkan daging dan tunggu sehingga empuk,sila pastikan anda menambah air sekiranya terlalu kering.
5. sila masukkan dalam pinggan dan anda dah boleh makan
okeyh,sudah siap resepi dari hamba,silalah cuba yer,ada lagi resepi yang bakal dihupdate
gambar dari google yer
adios!!
Tuesday, November 16, 2010
[review] ♥fully written by me♥
Monday, November 15, 2010
aidiladha 2010
salam semua…selamat hari selasa,
esok dah nak raya kan???jadinyer..entry ini adalah entry ringkas buat semua pembaca BMM..
“SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA”
dan ucapan untuk semua..
- sila jangan makan daging dengan banyaknya andai anda ade darah tinggi.sila lah berjaga-jaga.
- kepada sesiapa yang menjalankan ibadah qurban,semoga segala amalan anda ini dilakukan dengan ikhlas dan semoga amalan ini diterima ALLAH s.w.t
- kepada semua umat ISLAM yang berada di MEKAH,sila doakan mereka semua selamat menunaikan ibadah haji mereka,dan semoga mereka selamat sampai ke destinasi mereka selepas itu.
- pada kanak-kanak,adik2 sila jangan mintak duit raya atau adik2 bakal menjadi halimunan di kalangan ahkak2 dan makcik2.
- pada yang suka memasak tapi dah pening nak masak daging-daging yang bakal banyak tu camne,nantikan entry2 resepi dari BMM
- pada semua warga IPTA yang dah bercuti,selamat bercuti,nikmati cuti anda,dan pada yang baru ingin memulakan perjuangan di medan peperiksaan,Selamat menghadapi peperiksaan
ini kambing dan biri-biri mahu berkata2:
“selamat hari raya kawan-kawan,makan daging kitorang ni jangan banyak2 tau”
p/s: dah ade keje2 memasak menunggu daku~~
Sunday, November 14, 2010
kisah semalam
salam semua..selamat hari isnin..
ini entry kisah semalam kisah yang panjang untuk diriku.dalam entry ini mm bahasakan diri aku yerini jadual aku semalam,sile tengok dengan teliti
ahad-14112010
7.00 pagi- bergerak berjalan kaki dengan konon-konon mind setting sihat weh jalan kaki pagi-pagi.Berjalan menuju ke KG BARU.
8-00 pagi- dah sampai di Kg Baru,ouh rasa macam tak dijemput pun ade,sebab kitorang datang,tapi kawasan sekeliling macam sunyi.oh aku rasa cam pendatang asing terhormat.
9.00 pagi- taklimat dimulakan sebelum program,dan aku tak terlibat untuk shift klinikal pagi,jadi di pagi itu haruslah aku dan kawan-kawan yang lain bertungkus lumus berpeluh hamis untuk mencari mangsa untuk klinikal.hehe..
10.00 pagi- pelanggan pertama kami sampai,dan kami dah buat muak senyuman paling manis tahap semut pun takut nak datang sebab takut kena diabetes,tapi malangnya,sambutan macam tidak menggalakkan.jadi bergerak lah kami sekeliling Kg Baru untuk mencari target.tapi aku,jadi penyambut tetamu di pintu,sebab tu kot orang tanak datang.
11.00 pagi-12.00 tengahari- rutin memaniskan muka dan mulut diteruskan tapi senyuman dah turun tahap kemanisan sebab kaki dah mula lenguh berdiri dikala matahri memacak di atas kepala,baju dah basah macam mandi hujan dek kerana peluh.
12.30 tengahari- selepas perut diisi dengan makanan yang sedap,hati dah senang,aku memulakan tugasku iaitu menjaga stesen pemeriksaan tekanan darah,ouh tak pernah buat sebelum ni,tapi BERJAYA!!dan yer,tekanan darah sendiri yang rendah.
1-4 petang- tugas dijalankan dengan penuh komitmen,dikala kawan2 lain sedang masih berusaha mencari mangsa,mulut disetting menjadi peramah untuk berborak dengan warga Kg Baru yang datang melakukan pemeriksaan kesihatan,terima kasih pada yang hadir.dan yer,kami sangat terharu kerana pelanggan kami yang terakhir adalah seorang nenek yang hampir 70 tahun yang datang dari sentul dikala hujan gerimis semata-mata untuk memberi sokongan kepada kami,walaupun tatkala itu semua sudah mula menyusun alatan untuk pulang,tapi kami pasang balik demi NENEK YANG SANGAT SPORTING ini!!sayang nenek itu!!!
3-5 petang- mesyuarat dikalangan ahli kumpulan program dan kesimpulannya kami harus bekerja lebih kuat pada program yang akan datang,tapi ape pun,GOOD JOB kawan2,anda semua telah melakukan kerja dengan sangat BAIK!!!
5 petang- naik teksi ke KOLEJ TUN SYED NASIR,JALAN TEMERLOH untuk mengambil barang untuk pulang(ouh yer,ini adelah tidak dirancang sebab rancangan sebenar nak balik 15/11 pagi),dan terus ke pekeliling untuk mencari tiket dan akhirnya tiket jam 6 petang dalam genggaman.
6 petang-9 malam- dalam bas bulan restu yang dalam perjalanan ke KUANTAN terchenta.dalam bas aku dihiburkan oleh seorang radio,yer seorang yer rakan-rakan,seorang radio yang berwarna merah,berketinggian paras pinggang aku,yang sanggup bersusah payah lah nak hiburkan aku dengan me”nyumbang”kan lagu wali band lah,saleem lah, kristal lah,dan MJ pun ade babe!!!time kaseh lah adik radio, sebab tak bagi ahkak yang comel ni tido walaupun penat.Tak cukup dengan adik radio,aku juga dihiburkan oleh berita terkini hiburan sensasi oleh pakcik driver bas dan kawannyer,hebatlah pakcik tu,aku yang seat tengah2 bas nih pun boleh dengar segala berita terkini yang dia sampaikan.Time kaseh la pakcik sebab bagi saya maklumat yang keretapai nak dibina dari kuantan ke kuala lumpur,dengan duration 1jam 30 minit perjalanan yang dirancang tahun 2015,kebenarannya?mungkin aku boleh sms MB Pahang lepas ni.ouh,dan tak cukup itu,aku turut dihiburkan dengan kelaas belajar mengorat menggunakan bahasa tamil dengan free.”seronok” kot!!!sampai tak sanggup tidur!!
9.10 malam- and finally,sampai kuantan terchenta yang bile time tunggu abah aku sampai,aku dihidangkan dengan asap rokok free dari pakcik2 teksi yang tak faham bahasa isyarat aku tanda aku tak suka mereka!!pesanan untuk pakcik-pakcik itu”pakcik,kot yer pun nak bunuh diri,jangan lah bunuh saya sekali,saya kawen pun belum”!!ces gatal!!haha..
9.45 malam- finally rumah manis rumah.perut diisi dengan sotong katok serai,ok aku tatau la korang panggil makanan tu ape,+ikan goreng,mandi dengan aman,dan yes,katil yang empuk lagi besar yang boleh muat 4 orang aku!!!
ok.dah tamat cerita.
panjang kan??hahha..layannn~~~