Monday, March 7, 2011

akademi fantasia 9 kembali | aznil kembali lagi!

salam semua..selamat hari selasa semua…seperti biasa ,sila mulakan hari anda dengan sarapan pagi!
so,seperti yang semua orang tahu kan,semalam (isnin,7 maz 2011) merupakan tarikh pengacara akademi fantasia musim ke9 diumumkan.ramai yang dok tunggu-tunggu hari ni sebab banyak spekulaasi yang datang kan.
tapi seperti ramai yang mahu,Aznil telah kembali ke persada Akademi Fantasia, n uknow what,aku tengok AF sebab aku nak tengok paknil tau!tapi yang musim ni,tatau boleyh tengok tak.
dan untuk pengetahuan korang semua.ini merupakan akademi fantasia yang terakhir akan dijalankan.itulah sebab utama kenapa warga akademi fantasia membawa kembali Aznil hj Nawawi menjadi pengacara untuk musim ini.Bak kata azlin,pengurus saluran astro ria,ia bak sireh pulang ke gagang!
so,harapan daku untuk Pak Nil!semoga berjaya pak nil!u r the best!:) dan untuk semua peserta selamat berjaya!tahun ni sorang je pakai tudung..
dan dengar2 khabar berita blogger akan diundang ke Akademi Fantasia kali ni.nak tahu sapa yang dapat,korang kenalah tungggguuuuuu…hehe..adios!
image
gambar peserta akademi fantasia 9,nk tahu info lanjut sila prgi murai


jangan lupa tengok AF9 ,bermula sabtu,2 April 2011 di saluran 104,astro ria!:)

Sunday, March 6, 2011

ape maksud famous??

assalamualaikum !selamat pagi!ouh ye..selamat hari isnin ye kengkawan!
FAMOUS!!!ouh..saya femes ke???kompom lah tidak kan~~hehe..so famous tu ape sebenarnya??errr…camne nak kategorikan satu-satu blog @blogger tu famous yer??
hurmmmmm..cer korang gtau sikit,camne erti blog famous @ blogger famous nih!
errrr…..sebelum tamat  jom scroll down tengok antara bloggers dan blog yang tuan belog rasa femes!picit gambar untuk ke blog mereka!okies!
image
image
image
image
image
image
-tamat-
p/s: ramai sangat blog famous nyer..takkan nak masuk semua dalam ni dok??huhu..blog bmm ni femes dok??

Friday, March 4, 2011

alkisah breakfast….

salam semua!selamat pagi!!!selamat hujung minggu!hoyeah!dah boleh jerit sikit sebab assignment semua tinggal dihujung tanduk~~weeehuuuuuu..tapi tunduk diam balik sebab exam is just around the corner.

 

ok,so oleh kerana dah tunduk diam,jadi mari terus ke tajuk utama.breakfast!!korang breakfast tak hari ni???sape yang tak amik breakfast,sila marah diri sendiri sebab korang memang tak sayang badan korang!

 

korang tau tak kenapa breakfast penting?

 

1.penting untuk sesiapa yang tengah berdiet!sila makan sarapan pagi.ok!

2. akan memberikan kita tumpuan untuk sepanjang hari!

 

so,sila lah biasakan diri makan sarapan yer kawan2,walaupun segelas milo panas!

 

tips untuk sesiapa yang terkejar2 masa di waktu pagi,korang boleh siapkan sarapan tu diwaktu malam~~so pagi korang boleh capai jer makanan tu!okeyh!

 

so skrg jom kita layan gambar dari wiki,mkanan breakfast seluruh dunia!

 

ini sarapan dari hongkong!nama die Cha Chaan Teng

ini nama die mohinga with fristers makanan dari Burma!

ini bubur nasi dari negara China

ini Idly Sambar Vada,dari India

ini orang Jepun punya breakfast!

dan ini adalah western style punya breakfast!

 

ngeh3..lapar tak??g makan lah!!jangan lupa breakfast esok dan seterusnya!!

 

adios!

 

p/s: semalam best dapat melepak bersama bloggers yang best!

Thursday, March 3, 2011

hargai tika masih ada…..

salam semua..salam jumaat buat semua..dah masuk ke hujung minggu nampaknya..dah masuk hari ke4 di bulan mac pun,sedar tak sedar kan!hem2 sebelum entry nih panjang2 aku mahu wish seorang budak yang tak berapa nak comot ni,selamat tua ynn!!!jom jenguk blog budak comot ni!hehe

 

image

g wish besday kat ynn tau!kasi die terharu lap2 air mata sikit~~

 

okey,so kembali ke tajuk perbincangan,korang pernah rasa tak satu saat dimana,korang rasa nak menangis bila teringat sesuatu @someone yang korang pernah ada,tapi korang tak treat that someone/something dengan baik and now someone/something tu dah tade?

 

erm,aku rase aku pernah rase saat ini,dan perasaan ini sangat tak best!so entry ni just a simple message untuk semua.

hargai orang atau apa sahaja di sekeliling anda,kerana mereka adalah sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.

hargai mereka selagi ada,jangan tangisi pabila tiada.kerana waktu itu,mereka mungkin tidak akan tahu ape yang anda rasa,dan mungkin juga mereka sudah tiada di dunia.

 

“hidup umpama pencarian harta karun,dan segala yang disekeliling anda adalah harta terbaik yang anda ada”

 

-sekian-

 

p/s: terima kasih buat semua yang sentiasa disisi saya tak kira bila masanya.my luvly family,my frens,and allSmilesayang korang!

Wednesday, March 2, 2011

apa anda mahu??

salam semua..selamat hari khamis~eh???da khamis dah??ouh tidak..masa berlalu lagi..wuuu…hari ni pegi dutch lady.dan aku menjadi tukang demo senaman nanti!haha..cam lawak jer.tak dapat nak bayangkan..dah2..jom masuk topik harini.

apa anda mahu??ok,soalan ni untuk korang-korang semua lah,readers,bloggers dan sapa2 je la yang baca belog ni.

followers dah 1180,so nak la tanya korang-korang semua kan..ape yang korang semua nak ek pada satu2 blog tu.contoh la kan,korang follow blog se budak bebel ni,ape yang korang harapkan dari segi pebulisan sesebuah blog tu.eh lupa plak nak cakap..TERIMA KASIH DEAR FOLLOWER!SAYANG KORANG!


ye la,korang kalau nak follow pun mesti tengok jugak isi blog tu kan??err..ke tak??sebab macam diriku sendiri,bila nak follow blog tu mesti dalam fikiran ade perkara-perkara ni

1. Genre penulisan seseorang blogger .
- contoh,antara blog yang aku follow bergenre tutorial atau tips for blog, blog masakan,dan blog fesyen.

2. sapa pemilik blog tu
- hehee…aku suka nak follow blog tu andainya blogger pemilik blog tu jenis ramah ngan orang,free to share something dengan aku.huhu..

ha,tu bagi pikiran aku lah.so nak lah tnya korang,ape pendapat korang pasal blog bila mashimaro membebel ni,dan andai kata ade kekurangan cer cite camne boleh daku perbaiki!komen korang amat sangat saya hargai!

so,that’s all for now,thanx semua!adios!

p/s: tahniah ERY sebab dah berdomain!jangan lupa tau g jenguk ery kat sini www.eryfarieha.com
p/s: blog akan berpindah hosting tak lama lagi atas sebab dapat hadiah dari kak yanmie,jangan lupa jenguk k.yan di sini www.yanmieonline.com

Monday, February 28, 2011

harapan….

salam semua..selamat tengah malam,dan selamat pagi buat semua!semalam entry macam agak serius jadi hari ni,kasi ringan-ringan je tajuk entry.

 

so,kita dah pun menjejak masuk kebulan mac,ouh tanpa sedar dah 3 bulan kita berada di tahun baru ini,tapi ku rasakan seperti tiada apa lagi yang dapat kucapai buat tahun ini.

 

harapan ku cuma satu,mahu menggembirakan orang tuaku dengan keputusan examku.itu satu-satunya impian dan harapan aku!terlalu tinggi harapan itu buat seorang aku!

 

h

 

untuk sesiapa yang rasa dia hilang harapan,dia terasa dirinya jatuh,dengarkan dan hayati lirik Insyaallah-Maher Zain versi Melayu.

 

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

semoga Allah akan terus bersama kita dan terus membuat kita kuat!

-tamat-

 

p/s: masa terlalu cepat berlalu..mac sudah tiba,bermakna final exam ku semakin dekat!oh TIDAK!

Sunday, February 27, 2011

oh!blogger

salam semua..selamat hari isnin semua.semoga every each of you kat luar sana akan dapat menempuhi minggu ini dengan baik!

 

sebenarnya entry ini ditaip selepas membaca satu blog yang penuh kontroversi.tapi tayah la sebut nama blog tu kat sini ok.

 

erm,memang aku perasan , dunia blogging sekarang dah tak sama macam mula-mula aku masuk ke alam ni dulu,dan bila macam-macam dah jadi sekarang,aku mula rasa hilang minat untuk meneruskan aktiviti ni.

 

ye lah,sekarang dunia blog dah ade hakim-hakim yang tak bertauliah yang suka untuk menghukum orang,ada pemerhati yang bukan sekadar memerhati tapi juga kadang-kadang tanpa sedar menjadi batu api.

 

ouh entahlah!aku memang tak amik pot dengan benda-benda ni,secara jujur aku memang tak berapa berkembang tentang masalah-masalah dan kontroversi yang melanda dunia blog ni.

 

bagi aku selagi aku berblog dan tidak mengganggu kehidupan orang lain,itu sudah cukup.Jadi harapan aku tiada lah insan yang mengganggu kehidupan aku.ape pun buat blogger di luar sana,tulis dengan bijak,jangan mengganggu kehidupan dan penulisan orang lain.ingat!ape yang korang tulis,bukan untuk tatapan diri anda sorang,once dah korang update ke blog,seluruh pelusuk dunia boleh baca!

 

so BEWARE!cakap sila pandang kiri kanan depan belakang!Aku just nak cakap pada yang pernah terlibat sebagai mangsa dalam kes macam ni!korang bersabar!jangan risau,masih ada yang tahu ape disebalik blog korang,dan masih ada yang boleh menilai betul dan salahnya statement seseorang itu!

 

 

adios!

 

p/s: ini hanya pandangan dari seorang manusia bergelar blogger yang mempunyai harapan,biarlah dunia blogger ini aman dari kontroversi segala!peace!

 

p/s: kalau aku nak berenti blogging ade yang kisah tak??haha..perasan!

Friday, February 25, 2011

siti sarah & shuib sepah kahwin hari ni!

salam semua….selamat pagi sabtu!huhu..bru tgh mlm tadi hupdate sekrang hupdate lagi.tapi kali ni hupdate ringkas je!

 

 

ha,inilah mereka yang super comel!sama2 kecik orangnya.so,harini adalah hari mereka akan disatukan!

 

buat SS,sarah n shuib,selamat pengantin baru semoga kekal ke akhir hayat!

 

berita tamat!kalau nak tengok gambar lagi boleh pegi beautifulnara!

 

p/s: wuuuuu..baju itu cantik!!!:)

lone ranger?

salam semua..selamat berhari sabtu,selamat berhujung minggu.oh yeah seperti biasa hari sabtu aku akan dilengkapi dengan kelas yang SERONOK!haha..paham2 sendiri lah maksud seronok tu.

 

so,today mahu cerita pasal lone ranger!yes!lone ranger bukan power rangers pink!atau pun renjer hutan!

 

 

lone ranger dalam cerita aku nih berdefinisi,seorang manusia yang hidup dia hanya dengan dia.maksudnya die tak bergantung dekat orang lain.tapi dia still ade kawan,cumanya tak pelik kalau nampak dia makan sorang2,keluar sorang2,pegi kelas sorang2,hati kayu,ha macam tu lah.

 

dan sekarang saje jer aku nak gtau,aku rasa aku dah termasuk kategori ni dah!nasib baik aku tak masuk kategori renjer puteri!haha..

 

so,pada aku lah,best jugak jadi lone ranger ni,tahu kenapa??sebab aku dah payah nak sentap2 dengan ape yang orang buat kat aku.hati batu plak dah kan..hahah..serius lah aku katakan semenjak jadi lone ranger ni,sentap2 tu payah sikit la aku nak rase.tapi kadang2 ada lah sentap jugak kan~~~hee…

 

tapi ape pun.pada sape2 yang jadi kawan ku di alam maya ataupun di alam nyata!terima kasih korang!korang tetap sahabat aku!aku still memerlukan korang jugak!cumanya sekarang aku nak berubah untuk cuba adapt dengan keadaan.ye lah nanti kalau tetibe ko tercampak jauh dari family kawan2 sume,tadelah ko rasa weird sangat!

 

so doakan aku berjaya jadi lone ranger!haha..apekah???salah doa tu,doa yang sepatutnya doakan aku jadi kawan yang baik dan hati aku kuat!sayang korang!

 

 

-kredit gambar dari google-

 

p/s: selamat 1tahun5bulan1minggu buat si dia!

 

p/s: ok tak template beru nih??

Thursday, February 24, 2011

comel ke?(part1)

DSC_0000029
DSC_0000028DSC_0000027
assalam semuaaaaa……selamat hari jumaat!okey,entry dibuka dengan menayang gambar kesayangan aku untuk 2 minggu nih!
yahooo!!!tamat sudah zaman menjadi ibu dan bapa si tikus..bagi makan,tukar serbuk kayu,cuci sangkar,bagi minum air.ha!lengkap lah cuma tak mandikan jer!
tapi korang tau tak!kerana tikus ni lah!buat aku rase trauma nak mati sampai tangan menggeletar tak henti bila ade satu tikus ni “bergaduh” dengan aku!ha,memang tikus tu pun trauma ngan aku jugak!mana taknya.aku terlepas ekor die dan ala2 tercampak macam orang campak mayat kena bunuh dalam sungai tuh(kesan tgk drama hindustan).eh lupa,sebab menatang nih jugak la daku mengalirkan air mata ketakutan!
dah lah tikus!aku dah ucap sayonara kat kau tadi kan!selamat menghadapi hidup kat dunia ni untuk beberapa hari lagi!eh,jap.lagi 3 hari je lagi,then.jeng jeng jeng~~anda berada di perhitungan~~………
-tamat-to be continued-

p/s: sangat amat terima kasih buat insan tersayang sebab buat hari saya gembira!<3<3<3

Wednesday, February 23, 2011

[tips] indoor exercise (dance)

salam semua..selamat hari khamis!weeeehoooo lagi sekali sebab aku tade kelas!yeah!boleyh bergumbira suka hati..lalallaa..
ok2.tidak mahu berpanjang lebar mengarut.oleh kerana aku dah lama tak share tips pasal pemakanan,diet @ kesihatan kan??so today aku ade satu video yang aku rasa menarik untuk share dengan korang.
video ni aku cari sebab aku ade satu tugasan berkaitan dengan ni,and aku rasa this exercise yang amoi2 ni ajar agak simple untuk dilakukan,so cekidaut ok!
incase video ni taleh bukak kat blog ni.cuba pergi ke page ini
http://v.youku.com/v_show/id_XNTU2NDg2MjQ=.html




ok!selamat menonton dan mencuba ok!kesihatan hak milik setiap insan!selamat berjaya!
adios!

p/s: esok mahu layan kembar siang~~nanti daku review okeyh!

Monday, February 21, 2011

bloglist open!

salam semua...selamat berhari jumaat.jangan malas kerja akibat terpikir weekend yer!sekarang mahu mengumumkan belog baru yang telah kuwujudkan!
belog ini dibuka bertujuan untuk meletakkan bloglist anda-anda dan anda semua yang datang blog mashimaro lah kan!dan sesekali tuan belog ini iaitu cik mashimaro akan menghupdate blog ini dengan contest2.so sape mahu join??silalh yer kawan2!!!
sila klik gambar untuk ke bloglist mashimaro yer!bloglist
sape yang mahu join,anda perlu komen entry ini yer kawan2!kalau nak komen tekan roti kat bawah ni tau!dan sila ikut cara komen seperti berikut!
cara komen entry ini
nickname tuan belog:
nama blog & link:
kategori:
a)perempuan(belum berkahwin)
b)perempuan (sudah berkahwin)
c)lelaki
d)blog masakan dan tips
ok itu ajer!!!soon will update link2 anda semua ok!adios!
p/s:ini akan jadi sticky post sehingga 28/2/2011!

[tips] window’s live writer

salam semua..selamat hari selasa!!!weeehooooo…harini boleyh taip entry di waktu pagi as aku tade kelas harini!!!so weeeehoooooooooooo lagi sekali!haha.

okey2.dah2 la mengarut tu kan.sebenarnya hari ni nak lah aku kongsikan satu tips ngan korang.ramai dah blogger2 lama tulis pasal ni,tapi still macam ade yang tak tahu,so ape kata aku plak tolong kongsikan dengan korang semua kan??

ok,1st kenala perkenalkan ape itu WLW ni kan??

so,WLW ni,satu software yang boleyh diinstall untuk sesape yang guna windows lah kan.software ni bantu kita (blogger) untuk tidak kehilangan idea.kenapa?

1. sebab even korang tade internet connection,korang still boleyh taip entry korang dan save!

2. sebab dengan WLW korang boleh nampak keadaan sebenar post korang time korang taip entry korang tu ,contoh macam ni.

3. Dengan WLW jugak korang boleh letak watermark kat gambar korang.(w/p tak lah sespecial yg selalu org buat ade gmbar2 tu)

image

inilah keadaan time korang menaip di WLW.

okey,jadinya hari ni nak lah kasi tutorial sikit kat korang camne nak guna WLW ni.

1.sila download WLW di sini.

2.lepas dah download sila install macam biasa.

3.then ikut lah ape yang dia mintak kan..huhu..

4.kalau korang banyak blog pun,semua blog korang boleh masukkan tau..cara die macam gambar bawah ni.

image

image

ha,then akan keluar add acount,masukkan je lah link blog korang tu.

5. untuk tambah watermark pulak,korang buat macam ni.

image

image

so,itu jer yang mampu dikongsi setakat ni.enjoy ur blogging time!selamat mengexplore WLW kawan2Smile

p/s: dah habis pilihanraya datang plak kes macam2..huuu..sabar jela:(

Sunday, February 20, 2011

shawl earing untuk dijual

salam semua..selamat petang isnin..:)semoga anda memulakan minggu baru ini dengan gembira dan baik!
ok kawan-kawanku sekalian.update belog kali ni sebab nak let go shawl earing yang cantik2 ini.ade 13 helai semuanya.
harga:
1-RM10
3 –RM 28
+ RM5 UNTUK POSTAGE
DSC_0000014DSC_0000015

sold out
DSC_0000016DSC_0000017DSC_0000018DSC_0000019

-sold out-
DSC_0000020DSC_0000021DSC_0000022DSC_0000023DSC_0000024DSC_0000025DSC_0000026
ok,ini gambar shawl2 ini yer kawan2.sila pilih mana yang berkenan di hati.
sape berminat boleh tinggal kan komen @ boleh email ke hatisamronkin@yahoo.com
kat bawah ni contoh pemakaian  shawl ni..
dinner mig phreak-id (9)
so,semoga ada yang berkenan!!!adios!
p/s: tertunai sudah lah tanggungjawab sebagai pengundi!

Saturday, February 19, 2011

Oh ! Pilihanraya….

salam semua..selamat hari ahad!hari untuk aku berehat disamping assignment yang semakin melambung kalah bukit beroga!ouh ok tipu!
dan oleh kerana aku banyak lagi keje lain.aku malas nak merepek lagi!mari teus kepangkal jalan yang tak berapa nak benar nih!
ops!sebelum merepek lagi panjang!peringatan untuk semua,entry ini bukan lah nak kata aku ni promahasiswa ke ape ke,parti ape ke.no no no n no!aku tak suka parti2 bagai nih!aku tak suka politik lah senang cite!
rasenye semua student ipta sedang terlibat dengan event yang sama untuk minggu ni kan??iaitu demam @ minggu kempen untuk pilihan raya kampus (PRK).dan yes!ukm kl yang agak terpencil ni pun haruslah terlibat jugak kan.
dan kat sini,aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku tak berapa nak suka yang hanya boleyh korang nampak time minggu kempen ni.*peringatan sekali lagi,ini aku katakan untuk semua dan bukan untuk mana-mana parti kampus yang ada*
1. time nilah persahabatan korang yang 4 tahun selama di kolej boleyh jadi sangat rapuh semata-mata kerana perbezaan parti!
2. time dah jadi calon,hamboi bukan mainlah korang tegur orang macam orang ni 10 orang je smpai semua orang lah ko nak tegur,tapi bila dah menang.ada ko tanya khabar??
3. time manifesto ya allah janji kau macam tak hingat lah sume.cara macam semua benda lah korang boleyh bagi,tapi bile dah nak letak jawatan,satu ape pun aku tak nampak manifesto kau!

-seperti biasa kredit gambar dari google imej-
so sebelum entry ni habis nak lah aku ingatkan semua.bukan tak boleh berparti bagai,tapi jangan berlebihan.anda student lagi,ingat tu.dan yes!buatlah pilihan yang betul!kuasa di tangan anda semua!
adios!
p/s: gaya macam aku yang bermanifesto sekrang kan??ade orang nak undi aku tak??hahaha…*teringat kenangan pernah bagi manifesto time kat matrik dulu!!woooooaaaaa..macam tak percaya ok!*

Friday, February 18, 2011

farish aziz kahwin!

salam semua..selamat hari sabtu!oh aku da taleh nak bergembira di hari sabtu sebab setiap sabtu aku akan ade kelas dikala petang!memang lari lah sume plan!nak main kejar2 pun tak sempat!
ok,mari kita kembali ke tajuk asal!sila tengok gambar dibawah dahulu,dan anda akan paham!

-kredit gambar dari ohbulan!-
haaaaa…jadi inilah citenyer!farish aziz yang terkenal dengan cite kau dan aku + pengacara CHOPP!di tv9 ni dah pun selamat jadi suami orang.
tahniah Farish dan isteri zahrah fowzi!
comel kan diorang nih.si isteri itu seorang peguam tau!dengar khabar nya diorang dah bercintan selama 14 tahun!wooooooaaaaaaa!!!
tahniah!!!!semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke akhir hayat:)

Aku Curang!

salam semua..selamat petang.ouh semalam tade scheduled post la.sebab malas!haha..so untuk hari ni tuan belog hupdate petang pulok!
ni ape hal pulak curang2 nih..tak baik sungguh la..seharusnya kena setia kan????nak2 pada sesuatu @seseorang yang kita dah kenal lama,dah pernah bersama…
eh2!!jap2..b4 korang berfikiran negatif lalu berkata tuan belog kaki lelaki,mari tuan belog buka pekung di dada!tuan belog bukan curang dengan incik kekaseh hati ke hape lah!
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii……tuan belog curang dengan incik kekaseh hati no2 iaitu mr nuffnang…tak tahu citer??meh tengok gambar bawah ni


ha,perasan sesuatu tak??haaaaa…kalau anda bermata tajam,anda akan nampak 2 benda kat gambar ni,satu
-header baru yang tak berapa nak comel(gaya nak mintak kena puji)
-iklan(cuba tengok betul2)
ha…dan andainya mata korang super tajam,korang akan nampak kat bawah iklan tu tertulis ads by advertlets!nampak tak???
hahahhahahah..kalau nampak,anda dah dapat jawapan bagi tajuk entry di atas!
yes!!!!AKU CURANG!
adios!
p/s: curang ni sekejap je,nak tengok best tak advertlets ni,kalau rase secocok maka saya akan setia!kalau tak saya setia ngan mr nuffnang balik lah!

Wednesday, February 16, 2011

Contest Aksi Makan yanmieonline.com!

salam semua…selamat hari khamis!wuhuuuu…dah lama tak menjoinkan diri ke alam contest2 nih sume sebab dah makin malas kan.tambah pulak banyak contest yang nak kena letak banner kat sidebar.memang double malas lah kan!
so oleh kerana di alam twitter,aku telah agak rapat ngan kak yan kan,jadi haruslah support kak yan kan.mahu join ini contest lah!so tayah nak berjela2 ayat intro ini syarat contest!
1. Buat 1 Entry “Contest Aksi Makan yanmieonline.com” dan linkback ke entry ini
2. kemudian Postkan Link Entry di ruangan komen ini dan kalau sudi LIKE Facebook Yanmieonline *takde paksaan*
3. Tambah ayat nie di bawah entry korang “Contest Aksi Makan Yanmieonline.com di taja khas oleh Fivio.com dan SuaraPeople.com
4. takde…itu je….ehehe
nak maklumat lanjut terjah blog kak yan sendiri~!

ok jadinya ini lah gambar yang dipertaruhkan!haha..setelah diedit.sila ikut arah cerita yang betul.dari kiri kekanan.betapa tak ayunya budak kecik nih makan!
jiran2makan
last sekali!ayat penutup entry kali ini bukan adios tapi!
Contest Aksi Makan Yanmieonline.com di taja khas oleh Fivio.com dan SuaraPeople.com

Tuesday, February 15, 2011

esok masih ada…

salam semua..berjumpa lagi kita dalam entry yang ke340 bagi belog ini.hari ni mode nak menulis dah jatuh sikit.huhu.sikit je lah.kalau banyak dah lama tutup dah blog nih kan?so hari ini mahu berpuisi sikit boleyh??
andai hari esok masih ada.
masih ada kah masa untuk kita?
andai esok masih ada.
masih sempurnakah kita?
andai esok masih ada
masih adakah semua insan yang sayang kita?
andai esok masih ada.
masih mudakah kita?
andai esok masih ada.
adakah kita akan terus lupa?

andai esok masih ada
semoga sinar kebahagiaan sentiasa bersama kita.
dah lah penat dah taip!sila bagi komen anda yer kawan2!haha..kalau nak kutuk pun boleyh~~:)
adios!
p/s: lepas ni memang akan ade post yang akan keluar within 12-1 am.sebab entry ini akan discheduled kan:)

Sunday, February 13, 2011

kalau kamu cantik…

assalam semua..selamat hari isnin..semoga hari ini segalanya bermula dengan baik.dan semoga baik sepanjang minggu.selamat kembali bekerja pada yang bekerja dan selamat kembali ke kelas buat pelajar2 semua tak kira peringkat mana.
so,cantik!ape definisi cantik pada korang?sebenarnya cantik ni sangat sensitif kan?sebabnya katalah ada 2 orang pompuan ni,dinilai oleh 2 orang lelaki dan pompuan.maybe gadis A dikatakan cantik pada mata si penilai A tapi tak cantik dimata penilai B.dan maybe gadis B cantik dimata penilai B,tapi tak cantik dimata penilai A.
so,kalau kamu cantik,patut ke kamu duk mengwar2kan kepada seantero dunia yang orang lain tak cantik!orang lain tak cantik,awak sorang je cantik.pernah salah seorang kawan ku berkata;
“sebenarnya manusia yang duk sibuk kutuk orang lain kata tak cantik ke hape tuh,sebenarnya dia lah yang tak cantik”
ok,aku tak paham disebalik kata-kata dia tapi yes,lelaki punya pandangan tentang cantik mungkin tak sama dengan pandangan pompuan tentang cantik.
ape2 pun yes.anda cantik dan yes anda cantik lagi,tapi tak perlu menghodohkan orang lain,tak perlu nak kutuk orang lain ok!
maaf andai ada yang terasa tapi ini bukan entry yang dispecial kan untuk sesiapa sekadar pandangan di mata seorang manusia yang sedar diri nya tak berapa cantik,tapi setelah mendapat motivasi,ya!saya cantik!mungkin tak cantik di mata kau dan kau dan kau,tapi biar aku nampak aku cantik!

-kredit gambar dari mediamalaya-
adios!
p/s: tak sabar nak cuti esok.motivasi sudah mula meningkat.terima kasih my beloved readers!komen korang sangat bermakna!