Monday, November 29, 2010

a small gathering with “seniors”

salam semua…
salam hari selasa…ade yang rindu??mungkin padin sorang kot.hahah..sekarang mm kembali..maaf semua tak berblogwalking,tak mengomen,seminggu di KL dihabiskan dengan persiapan program pemakanan sihat di Kg Baru.
and semuanya dah berakhir ahad lepas..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.sebelum program tu berjalan mm ade lah mengisi masa lapang dengan program lain.sabtu sebelum program mm pergi melawat pameran pengantin di PWTC.eh jap,bukan mm nak kawen tau,zaman tu jauh lagi,ni hanya kebetulan sebab kononnyer ade rehersal untuk dinner ANSARA malam tu.
Malam ANSARA 2010,mm terlibat sebagai usher,hohoho,bangga dapat berdiri dan duduk menunggu di bilik menunggu bersama orang2 besar,dan yeah!!dapat amik gambar degan Dato’ Mukhriz Mahathir!!tapi sayangnya gambar pada kamera orang lain..tak dapat nak tunjuk bukti!!
then ahad bertungkus lumus berprogram dengan Program Pemakanan Sihat di Kg Baru,alhamdulillah sekali lagi,ade sambutan dari pihak penduduk,TERIMA KASIH!!
dan sekarang mari masuk tajuk entry,small gathering with “seniors”.ok mereka bukan senior sekolah ye kawan2,tapi mereka yang berlagak “seniors” sebab mm sangat kecik dipandangan mata mereka.ade ke patut,dikatenyer mm baru habis upsr???haish..awet muda sungguh mm kan??
seronok sangat sebab memang dah lama planning untuk jumpa si chearmster a.k.a budak besar ni,tapi tak pernah berjaya.sekali jumpa kali ni dapat jumpa blogger lain plak,antara yang datang aus dan redlinda,tapi cik redlinda taleyh join lama sebab ayah redlinda eksiden,semoga ayah redlinda cepat sembuh yerSmile
untuk Aus: thanx sebab datang memeriahkan lagi acara chearmster membuli aku.selamat berkenalan di alam nyata.
untuk ery farieha: ko tayah tacing2 ok!!kalau tak lagi teruk kite ber2 di buli..
untuk penganjur utama @chearmster: thanx sebab belanja aku + amik n hantar aku + membuli aku..hahaha..aku enjoy ngan korang walaupun tekak aku perit tengok ko menjerit.lain kali jangan serik nak jumpa aku lagi.
kat bawah ni gambar mm ngan aus time melepak kat Nz curry house,kat sinilah tempat mm dibuli sampai rase nak menangis*ok tipu*
gambar ni dicapture oleh chearmster menggunakan blackberry torch kesayangan die.die amik time kitorang tunggu order,siyes aku tak perasan.
*terbayang time die belagak tunjuk bb torch die dalam kereta*
hah nak baca lagi??
pegila tengok chearmster buli mm.
eh,gambar redlinda dengan tuan empunye bb torch tade plak~~
huhu..oklah..penat dah taip..layan!!

[review] it’s all about me & mizz dayana

salam semua..selamat berhujung miggu..weekend datang lagi,tapi weekend ni bz untuk mm..
ok,firstly before start nih,nak mintak maaf sangat2 dekat cik adik yang bernama syu ini..sori yer,entry kuar lambat dari yang dijanjikan,so many things to do,nak hupdate pun tak sempat.
so,ini janji mm..JOM REVIEW!!
eh,jap..review kali ni lain sikit tau..2 blog dalam 1 reviewSmile
nama blog: it’s all about me
pemilik blog: syu90
nama blog: mizz dayana
pemilik blog: dayana @ dd
jadi jom kita tengok ape yang ade dalam dua2 belog nih


1.loading time
image
ok,1st of all untuk loading time,yang 1st tu blog syu,yang 2nd blog dd,
so,dua2 belog loading time BAGUS!!tahniahSmile
2.follower
image
ini follower belog syu
image
ini follower blog dd
ok,kenapa ade beza yer,belog dd tak femes ke?ouh tidak,
sebabnye,dd baru lagi bukak belog ni,dan belog dd cam tak berkembang lagi,
jadi kawan2..jangan lah malu2 jom jadi follower belog dd,die tulis BEST!blog SYU pon sameSmile
tapi jangan jadi follower lelap tau.
3. komen
image
ini antara bilangan komen kat post belog syu
image
dan ini antara bilangan komen kat blog dd..
so,boleyh tengok kan,beza antara blog yang dah mmg agak dikenali dengan baru nak berkembang,
so cik dd,aku doakan blog ko berkembang yer kawan lama!!aku suka cara ko tulis,cara tersendiri no copy paste.
untuk syu,belog dah ok,cuma mm rase mungkin syu boleh tengok balik susun atur widget belog syuSmile
lastly,sorry to both of u,sebab entry lambat &
HEPI BLOGGING!!!

Tuesday, November 23, 2010

hentikan penderaan kanak-kanak…

salam semua..semoga sesiapa yang membaca ini akan terbuka hati dan minda mereka,betapa terseksanya mangsa dera.
dera??apa itu dera??jom tengok apa itu dera di wiki.
so,kes penderaan kanak-kanak ibarat cendawan yang tumbuh lepas hujan sekarang,lepas satu-satu kes yang timbul.
entah kenapa,dalam kalangan manusia wujudnya golongan seperti binatang yang tak berperikemanusiaan mendera kanak-kanak yang masih belum tahu selok belok dunia yang penuh tanda tanya ini.
gambar menunjukkan statistik penderaan kanak-kanak yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 2008
entah apa salah mereka,mereka dipukul,diseksa,disakiti,sehingga ada antara mereka yang trauma akibat kekejaman ini.Penderaan bukan sahaja dari aspek fizikal,sekarang,penderaan seksual juga sering kali kita dengar.
Dunia semakin dipenuhi dengan manusia yang bernafsukan haiwan yang sanggup memperkosa kanak-kanak yang baru menjengah umur 3 tahun sekali pun.apa dosa kanak-kanak itu,mereka kanak-kanak yang masih tak tahu apa-apa.mengapa mereka menjadi mangsa.

ini.umairah.salah seorang mangsa penderaan yang telah pergi meninggalkan dunia akibat dari kekerasan.

dan ini,insan yang bertanggungjawab di atas kematian adik umairah.Dimana letaknya kasih sayang seorang ibu,andai pembunuh anak disayangi????
kanak-kanak insan yang masih suci,masih baru dalam dunia ini.mengapa pergunakan mereka,kenapa berkeras dengan mereka,kenapa harus menyakiti mereka??kenapa???
dan kalau lah mereka mampu untuk bersuara,aku pasti ini yang ingin mereka sampaikan

STOP HURTING US!!JANGAN SAKITI KAMI LAGI!!
jadi,kita semua sebagai rakyat Malaysia yang berhati mulia,
marilah kita sama-sama,bersatu hati menunjukkan yang kita semua membantah penderaan kanak2!!
unicef

[review] ♥ duniaku cumeyl ♥

salam semua..
selamat pagi isnin semuaSmileokay sekarang mahu keluarkan kembali entry untuk review blog..
insan yang bertuah harini,my ex schoolmate merangkap my besties jugerSmile
cik syima sayang..
tuan belog duniaku cumeyl…


so sayang,here my surat cinta 4 uSmile
1.loading page-masih boleh diperbaiki:)[checked]
image
2. follower,syabas!!!dah lepas 100!![checked]
image
3. header-CUN!!nak2 part sara tu!![checked]
image
4.isi blog- just about her life,tapi boleyh bagi mnfaat untuk semua mungkin[checked]
jadi kawan2.ayuh kesana,jangan malu2 yerSmile
adios!!


Monday, November 22, 2010

fenomena di Malaysia…

salam semua…selmat pagi mungkin lebih sesuai untuk entry ini,
ok,sebelum melalut lebih panjang,mahu bagitau..sepanjang minggu ni,blogwalking + update entry hanya akan terjadi waktu tengah malam yer kawan-kawan..
sebab??sebab hanya mampu menumpang berukband kawan jer sekarang.
jadi,sudah alasan,sekrang meh cite tajuk entry..
fenomena??tahu tak fenomena tuh ape??
jom try cari kat wiki yer..
Fenomena merupakan suatu peristiwa yang nyata, sesuatu fakta, pewujudan atau perubahan yang dapat dilihat dan merupakan sesuatu yang istimewa. Misalnya: hujan, ribut, angin monsun, pelangi dan sebagainya.
ini wiki cakap,tapi bagi aku,bila sebut fenomena ape yang terlintas kat kepala,bencana alam!!tapi ade 2nd thing yang aku terfikir,fenomena=trend masa kini.
boleh tak cakap macam tu??huhuhu..dan antara fenomena yang terjadi di Malaysia

1.Fenomena Dato’ Syed Muzaffar-siap timbul kain nama kain angkasawan,huih,Malaysia sangat bangga dapat hantar angkasawan ke angkasa.
2. Fenomena Maher Zain-okeyh yang ni sedang hangat terjadi,even budak kicik pun boleyh hafal lagu beliau,but lagu beliau sangat super duper best!
3.fenomena bertudung-okeyh ni bukan fenomena bukak tudung cabut tudung tau,tapi trend tudung yang macam2,antaranya,tudung Siti,tudung Rozita Che Wan lah.paadahal RCW tak pakai tudung pun still ade tudung die..

ini tudung siti

ini tudung RCW

4. Fenomena yang paling aku benci kat Malaysia ni,fenomena buang bayi.hah,yang nih aku rase cam nak hemouk jer kepala orang yang wat keje nih!!!so,mari same2 banteras fenomena yang last nih ok!

dah,cukup lah aku melalut.korang jangan segan silu nak komen yerSmile
ADIOS!!!!

Friday, November 19, 2010

kisah aidiladha 2010

salam semua…

selamat malam minggu..

ouh,ade yang tunggu hupdate ke??

maaf lah yer,tuan rumah punyer mood hupdate pegi bercuti,ni baru nak dapat angin2 mood balik..

maapkan hamba yer..pada golongan yang belum direview,tunggu yer kengkawan,entry akan kuar balik hari isnin yerSmilesila jangan marah hamba,nanti korang cepat tua,dah tak cantik dah..hiiii…

ok,ni tanak hupdate panjang2 pun,

saje nak datangkan balik aura menghupdate daku..

tapi sebagai tanda mintak maap,

meh nak bagi resepi sikit,

resepi daging black pepper,yang mana ada lagi daging korban tu,bolehlah cuba yer kengkawan..

ade 2 style kat sini..

: daging black pepper :version 1:

bahan2:

- daging (ikut suka hati la nak bnyak mana)

- lada hitam( yang ni pun ikut suka hati,kalau nak berapi,letak bnyak2)

- garam( ni pun ikut cukup rasa korang lah)

- air

- sos tiram(kalau ade,tade ganti ngan serbuk perasa,sikit je ok)

- bawang merah & putih,untuk menumis.

cara2:

1.campur garam,lada hitam yang ditumbuk dan gaul dengan daging,biarkan sekejap

2. panaskan minyak dalam kuali dan kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah

3. masukkan lada hitam yang dah ditumbuk halus dan digaul dengan air masak,ke dalam kuali.tambahkan garam dan perasa secukupnya.

4. masukkan daging dan tunggu sehingga empuk,sila pastikan anda menambah air sekiranya terlalu kering.

5. sila masukkan dalam pinggan dan anda dah boleh makanSmile

okeyh,sudah siap resepi dari hamba,silalah cuba yer,ada lagi resepi yang bakal dihupdateSmile

gambar dari google yerSmile

adios!!

 

Tuesday, November 16, 2010

[review] ♥fully written by me♥

salam semua selamat hari isnin semua..
selamat memulakan minggu baru..
sebelum entry bertambah panjang.
nak mintak maaf banyak2 pada cik diea,
empunyer belog yang akan direview ni..
sebab suppose direview semalam,but then semalam is a long day..
nanti kite cite dalam entry lain..
so now,let us do this.
nama empunyer belog: diea(kembar nyer Bella)
nama belog: fully written by me


ok,dan ini review untuk cik diea
untuk loading time,ha,kali ni mm upload dua2..
image
image
so,kesimpulannya,loading time diea bagus,teruskan..Smile
image
ini pula dari segi follower 972,ouh congrats dah lepas 9++
and hopefully mereka bukan ahli follower lelap..
dari segi penulisan,mm tade nak komen ape2 as diea pun dah lama dalam dunia ni,so u have your own style.keep it up!!
dan ini entry yang mm suka baceSmile
so,stay tuned yer kawan2Smiletunggu entry review seterusnyaSmile

Monday, November 15, 2010

aidiladha 2010

salam semua…selamat hari selasa,

esok dah nak raya kan???jadinyer..entry ini adalah entry ringkas buat semua pembaca BMM..

“SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA”

dan ucapan untuk semua..

- sila jangan makan daging dengan banyaknya andai anda ade darah tinggi.sila lah berjaga-jaga.

- kepada sesiapa yang menjalankan ibadah qurban,semoga segala amalan anda ini dilakukan dengan ikhlas dan semoga amalan ini diterima ALLAH s.w.t

- kepada semua umat ISLAM yang berada di MEKAH,sila doakan mereka semua selamat menunaikan ibadah haji mereka,dan semoga mereka selamat sampai ke destinasi mereka selepas itu.

- pada kanak-kanak,adik2 sila jangan mintak duit raya atau adik2 bakal menjadi halimunan di kalangan ahkak2 dan makcik2.

- pada yang suka memasak tapi dah pening nak masak daging-daging yang bakal banyak tu camne,nantikan entry2 resepi dari BMMSmile

- pada semua warga IPTA yang dah bercuti,selamat bercuti,nikmati cuti anda,dan pada yang baru ingin memulakan perjuangan di medan peperiksaan,Selamat menghadapi peperiksaanSmile

ini kambing dan biri-biri mahu berkata2:

Black Sheep“selamat hari raya kawan-kawan,makan daging kitorang ni jangan banyak2 tau”Goat

p/s: dah ade keje2 memasak menunggu daku~~

Sunday, November 14, 2010

kisah semalam

salam semua..selamat hari isnin..

ini entry kisah semalam kisah yang panjang untuk diriku.dalam entry ini mm bahasakan diri aku yerSmileini jadual aku semalam,sile tengok dengan teliti

ahad-14112010

7.00 pagi- bergerak berjalan kaki dengan konon-konon mind setting sihat weh jalan kaki pagi-pagi.Berjalan menuju ke KG BARU.

8-00 pagi- dah sampai di Kg Baru,ouh rasa macam tak dijemput pun ade,sebab kitorang datang,tapi kawasan sekeliling macam sunyi.oh aku rasa cam pendatang asing terhormat.

9.00 pagi- taklimat dimulakan sebelum program,dan aku tak terlibat untuk shift klinikal pagi,jadi di pagi itu haruslah aku dan kawan-kawan yang lain bertungkus lumus berpeluh hamis untuk mencari mangsa untuk klinikal.hehe..

10.00 pagi- pelanggan pertama kami sampai,dan kami dah buat muak senyuman paling manis tahap semut pun takut nak datang sebab takut kena diabetes,tapi malangnya,sambutan macam tidak menggalakkan.jadi bergerak lah kami sekeliling Kg Baru untuk mencari target.tapi aku,jadi penyambut tetamu di pintu,sebab tu kot orang tanak datang.

11.00 pagi-12.00 tengahari- rutin memaniskan muka dan mulut diteruskan tapi senyuman dah turun tahap kemanisan sebab kaki dah mula lenguh berdiri dikala matahri memacak di atas kepala,baju dah basah macam mandi hujan dek kerana peluh.

12.30 tengahari- selepas perut diisi dengan makanan yang sedap,hati dah senang,aku memulakan tugasku iaitu menjaga stesen pemeriksaan tekanan darah,ouh tak pernah buat sebelum ni,tapi BERJAYA!!dan yer,tekanan darah sendiri yang rendah.

1-4 petang- tugas dijalankan dengan penuh komitmen,dikala kawan2 lain sedang masih berusaha mencari mangsa,mulut disetting menjadi peramah untuk berborak dengan warga Kg Baru yang datang melakukan pemeriksaan kesihatan,terima kasih pada yang hadir.dan yer,kami sangat terharu kerana pelanggan kami yang terakhir adalah seorang nenek yang hampir 70 tahun yang datang dari sentul dikala hujan gerimis semata-mata untuk memberi sokongan kepada kami,walaupun tatkala itu semua sudah mula menyusun alatan untuk pulang,tapi kami pasang balik demi NENEK YANG SANGAT SPORTING ini!!sayang nenek itu!!!

3-5 petang- mesyuarat dikalangan ahli kumpulan program dan kesimpulannya kami harus bekerja lebih kuat pada program yang akan datang,tapi ape pun,GOOD JOB kawan2,anda semua telah melakukan kerja dengan sangat BAIK!!!

5 petang- naik teksi ke KOLEJ TUN SYED NASIR,JALAN TEMERLOH untuk mengambil barang untuk pulang(ouh yer,ini adelah tidak dirancang sebab rancangan sebenar nak balik 15/11 pagi),dan terus ke pekeliling untuk mencari tiket dan akhirnya tiket jam 6 petang dalam genggaman.

6 petang-9 malam- dalam bas bulan restu yang dalam perjalanan ke KUANTAN terchenta.dalam bas aku dihiburkan oleh seorang radio,yer seorang yer rakan-rakan,seorang radio yang berwarna merah,berketinggian paras pinggang aku,yang sanggup bersusah payah lah nak hiburkan aku dengan me”nyumbang”kan lagu wali band lah,saleem lah, kristal lah,dan MJ pun ade babe!!!time kaseh lah adik radio, sebab tak bagi ahkak yang comel ni tido walaupun penat.Tak cukup dengan adik radio,aku juga dihiburkan oleh berita terkini hiburan sensasi oleh pakcik driver bas dan kawannyer,hebatlah pakcik tu,aku yang seat tengah2 bas nih pun boleh dengar segala berita terkini yang dia sampaikan.Time kaseh la pakcik sebab bagi saya maklumat yang keretapai nak dibina dari kuantan ke kuala lumpur,dengan duration 1jam 30 minit perjalanan yang dirancang tahun 2015,kebenarannya?mungkin aku boleh sms MB Pahang  lepas  ni.ouh,dan tak cukup itu,aku turut dihiburkan dengan kelaas belajar mengorat menggunakan bahasa tamil dengan free.”seronok” kot!!!sampai tak sanggup tidur!!

9.10 malam- and finally,sampai kuantan terchenta yang bile time tunggu abah aku sampai,aku dihidangkan dengan asap rokok free dari pakcik2 teksi yang tak faham bahasa isyarat aku tanda aku tak suka mereka!!pesanan untuk pakcik-pakcik itu”pakcik,kot yer pun nak bunuh diri,jangan lah bunuh saya sekali,saya kawen pun belum”!!ces gatal!!haha..

9.45 malam- finally rumah manis rumah.perut diisi dengan sotong katok serai,ok aku tatau la korang panggil makanan tu ape,+ikan goreng,mandi dengan aman,dan yes,katil yang empuk lagi besar yang boleh muat 4 orang aku!!!

ok.dah tamat cerita.

panjang kan??hahha..layannn~~~

Saturday, November 13, 2010

[review] ♥ saya sayang emak saya ♥

salam semua…
selamat hari jumaat..
ini entry yang ntah keberapa untuk sesi review by BMM..
masih belum tamat,masih ade lagi yang in list..
harap2 program ni ada faedahnya untuk semua yang direview yerSmile
so,today,mari kita lihat satu lagi belog,
iaitu belog milik kawan sekolah rendahku,akma@deqma
♥ saya sayang emak saya ♥
dan ini link belog beliau


jadi 4 deqma,here some “ayat0ayat cinta” for u ye syg..
♥ for loading time,kali nih kita guna tempat lain punyer,so seperti dalam gambah,tahniah,belog anda tak berat!!!sebab,kalau belog yang berat,200kbSmile
image
♥ dari segi followers,yup,boleyh dilihat dari gambar,55 orang,tapi tak kesah la kan..follower ramai pun buat ape kalau sekadar jadi follower lelapkan mata??
image
♥ dari segi penulisan belog,belog ini berbentuk story telling about her self,deqma punyer kehidupan sehari2 dan everything yang beliau rasa nak share.
♥ ha,sapa2 yang nak kenal beliau,boleyhla baca belog beliau nih sekarang,coz beliau tengah rajin buat posting cabaran 30 hariSmile
check it out yer kawan2!!
abis sudah!!
adiosSmile