Tuesday, June 8, 2010

[update] gathering blogger pantai TIMUR..

salam semua....
selamat hari rabu...
okeyh..
entry ini dibuat sebab mahu hupdate,
sesiapa yang rase dia berkenaan dengan entry nih..
oh..dush2..jangan panjang lebar..sila kembali ke point sebenar!!!

kat bawah ni adalah maklumat tentang 
gathering 
"mari eratkan ukhwah" versi PANTAI TIMUR..

tarikh:12 jun 2010(sabtu)
masa: 11.00 pagi bukan malam
tempat berkumpul: pintu masuk utama BERJAYA MEGAMALL..
aktiviti: will be main bowling ramai2 dan makan2 ramai2...

for those yang berminat jat entry lepas tu kan???
boleyh tak tolong email mm..
korang punyer nama,no tel, and agak2 berapa orang yang bakal join korang..
nak bawak kawan pun ok~~
nak datang mengejut pun buleyh...

hatisamronkin@yahoo.com

so,entry akan dihupdate lagi pada jumaat ni..
sekian..
majulah blogger utk blogger..

Monday, June 7, 2010

isu ISRAEL kejam!!!!!




salam semua....
hahhaa...selmat hari selasa...
harini mm datang lagi..
dengan perubahan wajah bila mashimaro membebel nih..
maaf la yer..tengah mencari blog template yang sesuai dengan hati..

so,back to the topik..
semua orang pun tengah kecoh kan pasal isu ni???
mm tak pernah sebut lagi kot pasal nih
walaupun topik ini hot sekarang..
so,
PM kita,sangat amat prihatin tentang hal nih...
dan beliau telah pun mengemukakan 15 usul khas yang dibentangkan
dalam dewan rakyat semalam..

nak tahu apa usulnya..
jom baca kat bawah..

(1) Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam;

(2) Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;

(3) Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mencela Israel dan bukannya semata-mata membuat kenyataan yang lemah;

(4) Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza;

(5) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);

(6) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ);

(7) Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);

(8) Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak;

(9) Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini;

(10) Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;

(11) Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;

(12) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis;

(13) Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki, Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis;

(14) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat;

dan

(15) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.

mm sangat sokong dengan usul2 yang disebutkan.
anda bagaimana???

Sunday, June 6, 2010

tahniah buat anne!!!

salam semua...
pagi:)
awal giler hupdate arini...
as ganti semalam takde entry kan....
by the way,mm mintak jasa baik kalian untuk sama-sama sedekahkan al-fatihah 
buat arwah pak cik dan sepupu mm yang telah kembali kerahmatullah berjarak 2 minggu antara mereka.
al-fatihah..
semoga roh mereka dicucuri rahmat ALLAH..

 ok..back to the  story...  
korang kenal tak sape anne ni??
rasenyer sape yang selalu dengar hot fm pasti tau..
anne,atau nama sebenarnya
Putri Andreanna Syigim Mohd. Razalli,akan diijabkabulkan a.k.a dimarriedkan pada 12 jun 2010,
iaitu hari sabtu ini,dengan pengarang jantung hatinya,Nik Mahathir Zainudin.

so,4 tahun usia percintaan mereka,
harapannya semoga hubungan yang suci ini terus bersama sehingga akhir hayat..
tahniah buat ANNE DAN NIK!!
jom layan gambar mereka yang mm amik sumber dari KOSMO!




oh!!!mereka sangat romantik la...i like:)

Saturday, June 5, 2010

SAYANG dah cukup ke???

salam semua...
emm...hari ni semngat blogwalk mm tetibe merundum jatuh macam saham yang jatuh...
tak tahu kenapa..
mungkin sebab emosi terganggu...
ceh..macam la kena pikir maslaah negara nak emosi terganggu...
tak patut2...
so..mm kembali lah ni..
suka tak??
hahhaa..dah cukup la tuh ko mengarut wahai mm..

back to the topic~~
SAYANG.......
tahu ke meaning die ape???
orang kata sayang tu cinta..
betul ke???
kalau sayang tu cinta,buat ape orang wujudkan perkataan cinta..
ye tak???
ada plak orang kata sayang tu kasih...
ye la..dah kasih kena la sayang...
ye ke???
ntah la...
sayang tu cukup ke???
sibuk lah dengar orang duk cakap..
awak,saya sayang awak,sampai hujung nyawa..
tup2 esok tengok kuar ngan orang lain..
ape cite??
ouh..yang semalam saya sayang awak,yang hari ni,saya cinta awak,
yang esok plak,saya kasih la kat awak..
lusa???ape lagi???

sayang ni sebenarnya suci..
jadi..janganlah cemari dengan benda-benda yang tak sepatutnya..
kot ye pun sayang,janganlah sampai nak amik yang bukan hak kita...
tahu sayang..tunggulah masanya...


ouh..sori la..
mm teremo plak..
ye lah,sape tak sedih tengok berita hari-hari..
kanak2 didera,bayi dibuang ditepi jalan utama,bayi dihumban dalam sungai,bayi dibakar,bayi diletak dalam tong sampah...

ini yang dikatakan sayang???
sayang awek mengandungkan dia..
sayang anak buang je dia...

so,cukup ke sayang???
fikir2kanlah...
kalau betul sayang,buatlah dengan cara yang betul..
yang halal,dan yang sah..
bukan niat mahu jadi ustazah,
tapi sekadar memperingatkan diri sendiri dan kawan2...

kita ada akal,kita boleh berfikir jadi jangan 
kalahkan binatang yang tiada akal tapi tak buat semua ini...

renung-renungkanlah...

Thursday, June 3, 2010

hutang tag lagi...

salam semua..
selmat hari jumaat..semoga selamat la ye semua..
hehehe...

okeyh..
dah adat blogger..mesti kena tag kan??
tag tanda sayang tau..
kalau selalu kena tag..
maknenya ramai la orang sayang..heheh...

okayh..let me start ngan tag pertama yang disertakan dengan award dari fiq
huhu..ini lah dia...
dapat award blog paling comel plak..
suke2..
tapi dah dapat kena la patuhi syarat kan??

syaratnya...
~LENGKAPKAN PANTUN PEMBAYANG DI BAWAH~
...............................................
..............................................
memang aku rasa blog aku comel;
kenapa korang jeles ke?

dan jawapan mm..

pagi-pagi jumpa shamil,
jumpa shamil untuk cerite,
memang aku rase blog aku comel.
kenapa korang jeles ke???

haha....
sori..mm tak kreatif plak harini~~..hahha

so..satu dah tamat mari yang kedua..
tag kedua dari incik krole..
ouh..ok..alang2 tag dari krole kan..
nak cakap ni..
header baru tu krole buatkan..cantik tak???
heeee...
dah2..jangan merapu..
jom bayar tag!!!

1) 3 nama samaran saya :
nik
mm
masitah

2) 5 tarikh penting dalam hidup saya :
9/12
21/5
28/10
31/3
2012(insyaallah tahun grad)

3) 5 perkara yang saya buat semalam :
tidur
makan
online
masak
mandi

4) 5 perkara yang buat anda gembira :
family
fren
bf
duit
hadiah(w/p susah nak dapat ni)

5) 5 drama kegemaran anda :
cinta & anugerah
benci bilang cinta
adamaya

6) 5 hobi kegemaran anda :
baca novel dan baca novel dan baca novel

7) 5 tempat percutian anda :
ada orang nak tolong bawak ke???

8) 5 sebab kamu menjawab soalan ni :
sebab krole suruh..hahha..
saje je..ngah nak ilangkan ketiadaan mood tengok result tadi..

9) 5 orang nak di tag :
fiq
reine
darkbatman
badboy
aqib

tag habis!!!!
hoyeah!!!

Wednesday, June 2, 2010

mari eratkan ukhwah!!!

salam semua...
munculnya entry baru hari ni..
adalh untuk memanggil blogger2 sekalian datang jenguk mm yang tak berapa sihat nih...
hahhaa..abaikan...

sebenarnya,entry ni dibuat untuk mengajak...
semua blogger di MALAYSIA..
khususnya yang berada area KUANTAN,KEMAMAN,TERENGGANU...

dah lama dah kami...
roy @ qamarguyz,yaya n mm 
rancang nak buat gathering ini..
yelah..nak jugak kenal di alam realiti kan???

so,setelah dibincang2..
dari idea asal mahu bersuka ria dan bercanda ditepian pantai cherating ditukar ke..
aktiviti makan2+ jalan2 @ kuantan..
maybe leh makan2 kat ECM and buleyh juga makan angin di tepi pantai 
TELUK nangka eh salah..TELUK CHEMPEDAK..

so dekat sini..
mm nak tanya,ada sape2 yang berminat untuk join tak..
setakat ni ada la dalam 5 orang yang insyaallah boleh join..

info:
tempat: area kuantan
aktiviti: berjalan suka ria + berborak2
tarikh:12@13 jun 2010
masa: 11.00 am-tade limit..

kalau dapat penyertaan dalam 20 orang..mm akan proceed dengan aktiviti ni..
tapi kalau kurang..akan dipertimbangkan..
sekian..
majulah blogger untuk blogger..heheh..:)


Tuesday, June 1, 2010

cantik dan sihat

salam semua.....
huhu..dah lama tak kasi tips sharing is caring kt sini kn...

so,today mahu bagi tips lagi..
bukan pasal blog sebab mm baru lagi,tak layak pun..
yang layak hnya mereka yang dah berjaya..

so..
sila jangan mengarut panjang2 yer cik hatisamronkin..hehehe...

tips hari ni..
makanan:cantik dan sihat...
biasa la..kalau dah umah mm memang isu makan la jadi tajuknya..
yelah..amik sains pemakanan kan..

so..mari kita mula..

ape yang boleh kita makan untuk jadi cantik dan sihat???

1.
bukan tomato man tau..
dan tips untuk tomato
-makan sekurang-kurangnya sebiji tomato 3-5 kali seminggu
-pilih yang segar dan kalau boleh yang organik gitu.

2.
bukan kiwi kasut tau..
dan tips untuk kiwi pula:
- cuba ambil dalam bentuk jus dan kalau ingin tambah susu,pilih susu rendah lemak
- jangan ambil berlebihan sebab kiwi juga ada lemak.

3.
brokoli yang sangat sedap lagi2 kalau fresh dari ladang..
tips untuk ini:
-jangan masak terlalu lama sebab nanti vitamin2nya akan terserap ke dalam air.

4. 
yogurt...tak kisah yang ade perisa atau yang asli.
tipsnya:
- makan 3-5 kali dalam seminggu
-pilih yogurt yang rendah lemak

5.
strawberi..
ha..yang ni mm tau..mesti ramai suka kan??
tips untuk strawberi..
-makan segenggam strawberi 3-4 kali seminggu
-boleh dibuat jus atau campur dalam salad.

okeyh..dah tamat dah tips...
jom2..listkan makanan2 ni dalam makanan bulanan untuk di shopping...

"makan untuk sihat"

notes:mm dapat buffered lagi..thanx nuffnang n kawan2 blogger...sayang anda semua..